𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 23

35.7K 1.6K 10
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Agh—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Agh—"

Mulut Ariana ditekup kuat dari belakang menyebabkan suara jeritannya hilang dibalik tapak tangan kasar dan besar orang yang menekup mulutnya.

"Shh." Rontaan Ariana serta merta terhenti apabila terdengar suara maskulin suaminya yang terlalu dekat dengan telinganya. Dengan pantas dia memeluk tubuh sasa Danish dan menyembamkan wajahnya pada dada bidang lelaki itu.

"Aku nampak orang—"

"Shh." Danish segera menekup mulut isterinya. Tubuh kecil isterinya di peluk erat ke dalam pelukannya. Mata lelaki itu tajam memerhati gerak-geri orang yang hendak memecah masuk rumahnya.

DANG

DANG

DANG

Pintu dapur di tendang kuat menyebabkan Ariana menggigil di dalam pelukan suaminya. Tubuh kecil wanita itu betul-betul melekap pada tubuh suaminya yang tidak berlapik baju. Danish hanya memakai seluar slack tanpa baju.

"Masuk bilik aku." Danish menolak lembut tubuh Ariana. Wanita itu menggelengkan kepalanya dan memeluk kuat pinggang suaminya. Lelaki itu mendengus kasar.

"Pergi masuk bilik aku sekarang. Ambil glock dalam laci night stand. Jangan buka pintu selagi kau tak dengar suara aku." Tubuh Ariana di tolak kasar menyebabkan pelukan wanita itu terlerai. Ariana mengigit bibir sebelum berlari naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik suaminya. Sesampai sahaja di bilik suaminya, Ariana terus ke night stand dan membuka laci satu per satu sehingga menjumpai sepucuk senjata api bewarna hitam. Menggeletar tangan Ariana apabila hendak menyentuh glock itu.

Pintu bilik di kunci dari dalam.

××××

Danish mengeluarkan iphonenya sebelum number Roy didail.

"Roy." Nama lelaki berkacukan Russia itu segera di seru olehnya. Namun tiada sahutan dari anak buahnya itu.

"Hello Tuan Danish." Rahang Danish mengetat tatkala seseorang menjawab sahutannya. Dia sangat kenal dengan suara garau tersebut. Danish segera mengeluarkan glock dan mengacukan senjata api itu ke arah pintu dapur.

DANG

DANG

"What the hell, Alex?" Danish memandang pintu dapurnya yang masih ditendang kuat dari luar. Bagaimana lelaki itu boleh mengetahui rumahnya? Ah bodoh Danish! Kalau rumah Dylan pun Alex temui dan berani mati ceroboh, ini kan pula rumah kau!

"I miss you, bro. Did you miss me huh?" Danish segera menuju ke pintu depan sebelum mengintai di tingkap melihat keadaan di luar rumahnya. Kesemua anak buahnya bergelimpangan di atas tanah. Lantai simen hadapan rumahnya dipenuhi dengan cecair bewarna merah pekat. Darah. Danish mengetap kuat giginya.

"Fuck you. Mana Roy?" Carutan diberikan Berombak ganas dada bidang Danish apabila melihat keadaan di luar rumahnya. Terdengar gelakkan sinis dari dalam talian.

"Jangan risau pasal anak buah kesayangan kau tu, Danish. Aku cuma nak kepala dia." Berubah air muka Danish. Dia hilang Roy! Anak buah paling berharga baginya!

"Tak guna! Fuck you." Alex tergelak sinis mendengar carutan si Danish. Jarang dia mendengar makian lelaki tersebut, ramai yang bahaskan bahawa Danish sangat menjaga bahasa walaupun sinis dan licik seperti itu. Carutan bukan keutamaan baginya.

"Better you run, Danish. Bawa isteri kesayangan kau tu sekali. By the way, she's so gorgeous and beautiful. I want her to be my slave—"

"If you touch her, I swear I will kill you." Danish terus mematikan talian sebelum segera ke tingkat atas dan menuju ke bilik tidurnya. Dia memikirkan isterinya yang berada di dalam ruangan tersebut. Risau dengan ugutan Alex padanya sebentar tadi.

"Open it, Ariana." Danish mengarah apabila pintu biliknya itu terkunci dari dalam. Namun tiada sahutan dari isterinya.

"Ariana!" Masih sepi dan tiada sahutan daripada Ariana. Danish mengetap kuat giginya. Jantungnya sudah berdegup laju.

"Ariana! Open the door!"

BAMM

"Danish!" Teriakan kuat isterinya menyebabkan Danish membulatkan matanya. Nafas sudah menderu laju.

"Bodoh Alex!" Danish mencarut sebelum menendang kuat pintu biliknya. Terlalu risaukan keadaan Ariana yang berada di dalam ruangan tersebut.

DANG

DANG

DANG

"Ariana!" Tubuh Danish merempuh kuat pintu kayu itu namun masih tidak dapat buka sepenuhnya pintu tersebut.

"Argh!" Jeritan nyaring Ariana menyebabkan jatung Danish berdetak kencang. Apa yang terjadi pada isterinya itu?

"No no. Ariana!"

BAM

Dengan sekali rempuh sahaja pintu bilik itu terbuka dan Danish terus masuk ke dalam biliknya. Matanya membulat apabila melihat isterinya terbaring di atas lantai. Tingkap biliknya terbuka luas. Danish laju menghampiri tubuh isterinya sebelum kepala wanita itu diangkat dan diletakkan di atas ribanya. Kepala Ariana berdarah.

"Aisya." Pipi wanita itu ditepuk berkali-kali. Danish mengangkat tubuh isterinya supaya berada dalam duduk sebelum kepala wanita itu diletakkan pada bahu kekarnya.

"Open your eyes, please!" Tubuh lembik wanita itu dipeluk erat.

"Ariana, please please. Don't do this to me. You said you love me!" Pipi wanita itu ditekup sebelum tubuh kecil isterinya dipeluk erat kembali.

"Bodoh, Alex!"

"Danish." Danish segera menunduk memandang wajah isterinya. Kelopak mata wanita itu terbuka sedikit. Tubuh isterinya dibawa ke dalam dakapan dan dipeluk kemas.

"Aisya."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now