𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 68

35.5K 1.6K 139
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Ariana mengejar langkah Danish yang baru sahaja masuk ke dalam rumah kayu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariana mengejar langkah Danish yang baru sahaja masuk ke dalam rumah kayu itu. Danish seperti tidak mahu melayan Ariana. Diam saja tidak pedulikan isterinya.

"Danish." Ariana cuba mendekati Danish namun suaminya itu seperti tidak mahu berada dekat dengan Ariana. Danish berjalan menuju ke arah singki. Pili air dibuka dan tangan dibasuh bersih. Ariana masih memandang belakang tubuh Danish. Kini, Ariana berdiri rapat di belakang Danish.

"Danish." Danish menutup pili air dan baru sahaja dia mahu bergerak menjauhi singki, Ariana terlebih dahulu memeluk erat belakang tubuh Danish. Ariana menyembamkan wajah pada belakang badan suaminya. Rindu dengan lelaki itu.

"Aulia masuk tengok nanti." Ariana mengangkat wajahnya daripada terus disembam pada belakang tubuh Danish. Suara garau serak basah Danish terlalu garau dan makin seksi. Seperti suara lelaki yang sangat matang. Danish merungkaikan pelukan tangan Ariana pada pinggangnya.

"Abang." Ariana menyeru lembut memanggil suaminya menyebabkan Danish membisu dan terkaku. Danish menghela nafas perlahan dan dibiarkan Ariana memeluknya dari belakang. Ariana bergerak ke hadapan Danish. Mahu melihat wajah lelaki yang sudah lama meninggalkannya itu.

"Kenapa dengan muka kau sayang?" Ariana menyentuh pipi kiri Danish yang berkedut-kedut itu. Air mata Ariana tumpah tatkala bebola mata Ariana meneliti wajah Danish yang sudah mempunyai cela parut. Parut terbakar! Maknanya Danish ada dalam rumah itu semasa rumah tersebut meletup dan terbakar habis.

"Kenapa?" Danish hanya memandang wajah Ariana. Air mata wanita itu menyebabkan Danish memalingkan kepala ke arah lain. Terlepas sentuhan tangan Ariana pada pipi Danish. Air mata yang mula membasahi kain pada pipi menyebabkan luka Ariana kembali pedih.

"Air mata tu nanti sakit balik luka tu." Danish berjalan mendekati meja makan. Pinggan dicapai sebelum mihun goreng dimasak oleh mak iaitu isteri kepada lelaki yang membantunya semasa di rumah banglo tersebut. Ariana menghampiri Danish sebelum menarik kuat lengan Danish supaya lelaki itu memandangnya.

"Bagitahu aku apa yang jadi!" Danish merenung tajam wajah Ariana yang sudah comot dengan air mata. Ariana meninggikan suaranya menyebabkan Danish mengetap kuat bibirnya.

"Tak boleh nak bercakap dengan suami tu elok-elok sikit ke? Tak puas lagi khianat suami sendiri?" Ariana makin mengerutkan dahinya menahan pedih pada luka tatkala mendengar perkataan suami dari mulut Danish. Ariana terus memeluk kemas tubuh Danish sebelum tangisan dihamburkan pada dada bidang Danish.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now