𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 42

38.9K 1.6K 122
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish meletakkan ubat sapu pada dahi Ariana yang sedikit benjol

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Danish meletakkan ubat sapu pada dahi Ariana yang sedikit benjol. Wanita itu hanya mendiamkan diri sambil memandang suaminya. Senyuman nipis terukir. Lembut sahaja jari jemari Danish menyentuh bahagian dahinya itu.

"Lain kali kalau nak aku hentuk dahi bagi benjol, cakap. Tak payah duduk belakang pintu tu." Danish mengerling sekilas Ariana yang hanya memandangnya bersama senyuman nipis. Botol ubat itu diletakkan di dalam laci night stand sebelum berdiri sambil memeluk tubuhnya menyebabkan Ariana yang duduk di atas katil itu mendonggakkan wajahnya memandang wajah kacak suaminya.

"Tak payah tersengih sangat. Aku dah siap masak, kalau kau rasa nak makan, makan, kalau tak nak, lantak. Jom." Belum sempat Ariana hendak memberi jawapan, lengannya sudah ditarik lembut oleh Danish menyebabkan Ariana bangun dari duduknya dan terus mengikuti langkah suaminya.

Semasa menuruni anak tangga, Danish masih memegang lengan Ariana menyebabkan wanita itu mengerutkan dahinya sambil tersenyum. Danish sudah berubah? Masuk sahaja ruang dapur, Danish melepaskan lengan Ariana. Lelaki itu duduk dan mengambil pinggan sebelum menyenduk spaghetti buatannya ke dalam pinggan itu dan diletakkan di atas meja. Matanya memandang Ariana yang masih terpaku di hadapan pintu pemisah ruang dapur dengan ruang tamu.

"Sini. Makan. Sorry, aku tahu masak ni je." Danish menjungkitkan kedua belah bahunya sebelum tangan bekerja menuangkan air ke dalam gelas.

"Kau ada masalah ke Aisya? Yang kau tercegat dekat situ kenapa?" Danish memandang Ariana kembali, wanita itu mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali sebelum berjalan mendekati Danish.

"Duduk sini." Danish menarik kerusi di sebelahnya sebelum mengarahkan Ariana duduk disitu. Wanita itu hanya menurut dan duduk di sebelah Danish. Lelaki itu menarik kerusi isterinya sehingga jarak antara mereka sangat hampir. Garfu diambil sebelum diletakkan di dalam pinggan Ariana.

"Makan." Ariana menggigit bibir bawahnya sambil memandang spaghetti buatan Danish. Lelaki itu memincingkan matanya memandang Ariana yang hanya memandang makanan. Danish bertindak mengambil garfu itu sebelum menggulungkan spaghetti dan disuakan pada mulut Ariana.

"Open your mouth, Aisya." Mata cantik Ariana memandang wajah Danish yang dekat dengannya. Hanya lelaki itu sahaja yang mengelarnya dengan nama pertamanya, Aisya. Ariana membuka mulutnya menyebabkan Danish dengan mudah menyuapnya. Lelaki itu hanya tersenyum nipis sebelum menyuapkan ke dalam mulutnya juga, dari garfu bekas Ariana.

"Not bad right? Aku nak jadi chef la pula lepas ni, bosan dah dengan kerja bodoh tu." Ariana tergelak kecil selepas sahaja mendengar kenyataan daripada suaminya itu. Ternaik hujung bibir lelaki itu apabila melihat Ariana tergelak sehingga menampakkan barisan gigi putih wanita itu.

"Apa yang kelakar huh?" Kesan comot dipinggir bibir Ariana diusap lembut oleh ibu jari Danish sebelum lelaki itu memasukkan ke dalam mulutnya. Ariana sedikit terkejut melihat tindakan suaminya namun dikawal sebaik mungkin riak wajahnya.

"Cuba bayangkan kalau kau jadi chef, mesti lari customer, entah-entah dengan restaurant sekali meletup. Kau kan baran." Perlahan sahaja Ariana menutur menyebabkan Danish mengecilkan matanya sebelum menyuapkan spaghetti ke dalam mulut wanita itu.

"Mengata aku lebih lebih pula." Ariana tergelak kecil menyebabkan Danish tersenyum sehingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya yang agak dalam. Handsome!

"Gurau je." Ariana tersengeh sambil membuka mulutnya apabila suaminya itu ingin menyuapkan spaghetti.

"Tahu." Danish mengelap lembut bibir Ariana yang sedikit comot dengan ibu jarinya sebelum dimasukkan kedalam mulutnya. Tindakan itu diulang berkali-kali. Air yogurt berperisa strawberry dituangkan kedalam cawan kaca sebelum dihulurkan pada Ariana. Wanita itu menyambut huluran suaminya sebelum dengan perlahan meminum air kegemaran Danish.

"Naik, lepastu mandi." Habis sahaja spaghetti itu dimakan Ariana yang disuap oleh Danish, lelaki itu segera mengambil pinggan dan cawan sebelum diletakkan ke dalam singki dan dibasuh. Ariana hanya mengangguk walaupun Danish tidak memandangnya.

"Dalam bilik aku." Baru sahaja Ariana hendak melangkah keluar dari ruangan itu, langkahnya terhenti apabila Danish mengarahkannya supaya mandi di dalam bilik lelaki itu.

"Tidur dalam bilik aku mulai sekarang. No excuse."

××××

Ariana mengelap rambut perangnya sebelum duduk di hadapan meja solek. Perfume vanila disemburkan pada lehernya sebelum losyen disapukan pada tubuhnya. Kini dia berada di dalam bilik suaminya. Selepas sahaja lelaki itu mengarahnya supaya berpindah ke dalam bilik Danish, terus dia melakukannya tanpa membantah. Kalau dibantah arahan si suaminya itu, jelas-jelas tubuhnya akan disakiti. Dia masih takut dengan lelaki tersebut.

Ariana bangun dari duduknya sebelum berjalan menuju ke arah katil. Tubuh kecilnya dibaringkan di atas katil sebelum duvet ditarik dan tubuhnya diselimutkan. Tindakannya terhenti apabila pintu bilik suaminya itu terbuka dan Danish masuk ke dalam ruangan itu. Matanya memandang Ariana yang hanya merenungnya. Danish mengabaikan renungan si isteri.

Bajunya dibuka sebelum diletakkan ke dalam bakul baju kotor. Tuala yang tersangkut pada tempat penyangkut diambil sebelum lelaki itu berjalan masuk ke dalam bilik mandian. Hanya mengambil masa 20 minit, lelaki itu kembali keluar dari bilik mandi dengan hanya tuala yang dililit pada pinggang.
Ariana yang sedang merenung siling mengalihkan pandangannya ke arah Danish. Matanya turun memerhati tubuh kekar suaminya, dari dada bidang lelaki itu sehingga perut berotot Danish, six pack!

"Ehem!" Mata Ariana naik memandang wajah Danish yang sedang memandangnya bersama sengihan senget. Serta merta wajah Ariana berona merah. Danish tergelak kecil sebelum mendekati isterinya.

"Jaga mata tu Ariana, aku belum milik kau sepenuhnya lagi."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now