𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 39

39.1K 1.6K 74
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

Danish mencelik kelopak matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Danish mencelik kelopak matanya. Terasa dadanya seakan dihempap sesuatu. Iris mata biru kehijauannya tepat memandang kepala isterinya yang berada di atas dada bidangnya. Wanita cantik itu masih lena. Danish memejamkan mata sambil menghidu bauan rambut isterinya, wangi. Mata Danish kembali terbuka, lelaki itu mengucup lembut kepala Ariana.

Danish dengan perlahan mengangkat kepala wanita itu sebelum diletakkan di atas lengan kekarnya. Wajah Ariana di hadapannya. Sangat dekat sehingga hembusan nafas hangat isterinya mengenai wajah kacak Danish.

Danish merenung wajah wanita itu. Jarinya mengelus lembut kening nipis Ariana sebelum menyentuh lembut kelopak mata isterinya yang terpejam rapat. Disebalik kelopak mata itu, terdapat iris mata bewarna hazel yang sangat cantik. Hazel, iris mata yang bewarna hijau keperangan. Namun, mata yang cantik itu sering kali menghasilkan air mata dan semuanya kerana dia, Danish Uqael. Hidung mancung isterinya pula disentuh lembut. Kucupan diberikan pada hidung si isteri.

Bibir nipis Ariana direnung penuh minat. Danish mengelus lembut bibir mungil isterinya. Pinggir bibir wanita itu dikucup ringkas. Bibir cantik ini pernah luka disebabkan tamparan kuatnya pada si isteri.

"Tolong hilangkan sisa ego aku, Aisya." Danish berbisik lembut di hadapan wajah Ariana. Danish mengusap perlahan kepala wanita itu sebelum dahi licin isterinya turut dikucup lembut.

"Bertahan sikit lagi dengan aku."

××××

"Ari, jaga diri elok-elok tau. Nanti mama balik, mama jumpa Ari okey? Jaga kesihatan tu elok-elok. Makan kena cukup. Kasihan baby nanti." Datin Diana memeluk erat tubuh kecil menantunya. Wanita itu tergelak perlajan. Comel betul mama mentuanya ini. Sweet sahaja.

"Mama nak Ari duduk lama dengan mama dekat sini, tapi tu la haih." Ariana mengusap lembut bahu Datin Diana sambil memberikan senyuman manis kepada wanita itu.
Dia dan Danish perlu balik harini kerana lelaki itu mempunyai kerja dan yang terpaling pelik, lelaki itu menyuruh Ariana balik bersamanya sekali.

"Nanti Ari call mama bila Ari dah sampai ya?" Datin Diana hanya mengangguk sahaja bersama wajah yang sengaja ditayangkan kepada riak sedih. Matanya beralih pada wajah anak lelakinya yang sedang menatap iPadnya.

"Danish, jagakan Ari untuk mama. Kalau kamu tak sayang dia pun, jangan sesekali sakitkan dia. Faham?" Danish memandang wajah Datin Diana. Gajet mahalnya disimpan. Aira yang berada di samping Datin Diana hanya tersenyum manis melihat Datin Diana bersama Ariana.

"Mama, selangor dengan Pahang ni bukannya jauh pun. Nanti mama balik sana juga. Dah dah la dramanya." Ariana hanya tersenyum apabila Danish menggelengkan kepala memandang Datin Diana.

"Suka hati mama lah. Ini menantu mama, memanglah mama berdrama dengan menantu-menantu mama, sebab mama sayang. Bukannya macam kamu."

××××

Ariana menyandarkan kepalanya pada kerusi kereta. Kelopak matanya yang terasa memberat menyebabkan wanita itu mengerlipkannya beberapa kali bagi menghilangkan kantuk. Namun matanya tetap mahu terpejam. Danish yang berada di sebelah hanya memandang sekilas isterinya. Wanita itu tampak tidak bermaya. Tersengguk-sengguk. Sah mengantuk!

"Kalau nak tidur, tidur. Tak payah nak jadi burung belatuk macam tu. Rendahkan seat tu." Ariana memalingkan wajahnya memandang Danish yang hanya mengerlingnya sekilas. Tanpa mendengar arahan Danish, wanita itu terus menutupkan matanya. Danish mengecilkan mata apabila melihat Ariana yang sudah lena tetapi tempat duduk masih tidak direndahkan. Degil! Sakit pinggang baru tahu.

Lelaki itu menghela nafas sebelum menghentikan keretanya di bahu jalan. Danish mendekati Ariana sebelum merendahkan sedikit seat kereta tempat isterinya. Kain kecil yang berada di tempat duduk belakang di ambil sebelum tubuh kecil isterinya diselimutkan. Danish mengusap lembut kepala Ariana sebelum mengucup lembut dahi isterinya. Wajah wanita itu direnung dengan perasaan yang bercampur. Sayang, benci dan lelaki itu sedang berlawan dengan egonya sendiri.

"Sleep tight."

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now