𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 20

38.8K 1.6K 85
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Ugh!" Danish mendengus perlahan apabila terasa kepalanya memberat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ugh!" Danish mendengus perlahan apabila terasa kepalanya memberat. Tangannya automatic naik menyentuh dahinya. Berkerut dahi lelaki itu menahan denyutan di kepala. Kelopak matanya dicelik perlahan. Bau wangian vanila menusuk rongga pernafasannya menyebabkan lelaki itu memalingkan wajahnya memandang seseorang yang sedang lena sambil memeluk pinggangnya.

"Aisya Ariana..." perlahan sahaja Danish menyebut nama isterinya. Kelihatan wanita itu mengiring memeluk tubuh sasanya. Separuh badan isterinya tersebut menghempap badan sasa Danish. Wajah Ariana betul-betul di tepi kepala Danish menyebabkan nafas tenang wanita itu menampar lembut wajah Danish yang sedang memandangnya. Danish memegang lembut tangan isterinya yang berlingkar di pinggangnya sebelum dia menarik perlahan untuk meleraikan pelukan tersebut.

"Hm." Danish melepaskan tangan Ariana apabila wanita itu merengek dan tangan Ariana naik memeluk leher suaminya erat. Terangkat hujung bibir Danish melihat telatah isterinya. Wajah tenang isterinya diteliti. Tangan kasar Danish naik mengusap lembut rahang Ariana sebelum membelai lembut pipi isterinya itu. Kerana dendam, wajah mulus itu bengkak, merah dan luka. Kerana ego, hati wanita ini sanggup disakiti. Danish menatap kelopak mata yang tertutup itu. Dia tidak tahu mengapa tiap kali dia menyakiti wanita ini, mata berkaca isterinya akan menyengat hatinya.

"Aku minta maaf." Kelopak mata yang tertutup itu diusap lembut sebelum Danish melabuhkan kucupan lembut pada kelopak mata isterinya.

"Kau menang, Ariana." Rambut perang isterinya diusap lembut bersama senyuman nipis. Hidung mancung wanita itu dibelai dengan ibu jari kasarnya.

"But jalan hidup kita takkan menarik if aku turunkan ego aku dulu." Danish tergelak kecil sebelum dia menarik perlahan pinggang isterinya menyebabkan tubuh kecil itu sepenuhnya menghempap tubuh sasanya. Lengannya berlingkar di pinggang ramping wanita cantik itu.

"Hm." Danish segera memejamkan matanya apabila Ariana mengeliat kecil dan terus membuka kelopak matanya. Wanita itu terkebil-kebil melihat Danish yang berada di bawahnya. Kening nipisnya yang tidak gatal digaru perlahan. Ariana dengan perlahan mengerakan tubuh kecilnya untuk turun daripada tubuh suaminya.

"My body more comfortable than my bed huh?"

"Eh mak kau Danish."

PAP

"Aduh." Danish mangaduh sakit apabila tapak tangan halus isterinya melekap betul-betul pada dada bidangnya yang tidak berlapik apa-apa pakaian. Ariana membulatkan matanya sebelum terus turun dari katil Danish. Namun belum sempat dia hendak mengimbangkan badannya, tubuhnya jatuh terduduk di atas lantai.

"Aku tak sengaja." Pucat wajah Ariana apabila melihat Danish yang bangun dari baringannya dan terus memandang wajahnya. Lelaki itu bersandar pada kepala katil melihat Ariana. Dia takut, terlalu takut dengan suaminya itu. Sakit ditubuhnya kerana dipukul oleh lelaki tersebut masih terasa. Risau andai Danish akan menambahnya lagi.

"Yang kau shaking tu dah kenapa?" Danish memejamkan matanya sambil mengurut lembut dahinya yang masih berdenyut. Ariana menelan payah air liurnya. Tubuhnya yang menggeletar itu dikawal sedaya upaya.

"Daripada kau menggeletar dekat situ, better kau picit kepala aku." Danish membuka kelopak matanya sebelum merenung ke arah isterinya. Ariana bangun dengan perlahan sebelum mendekati katil suaminya dan hanya tercegat disisi katil tersebut.

"Yang kau jadi mannequin dah kenapa?" Danish menarik lengan Ariana menyebabkan wanita itu terduduk di atas katilnya sebelum dia melabuhkan kepalanya di atas riba isterinya. Ariana mengerlipkan matanya berkali-kali sebelum menelan payah air liurnya. Tanganya mengurut perlahan kepala suaminya yang berada di atas riba sambil memandang ke arah lain. Danish yang berada di bawah tersengih sinis memandang Ariana. Matanya merenung rahang isterinya.

"Still hurt?" Ariana memandang wajah Danish sambil mengerlipkan matanya. Mencerna soalan Danish. Matanya menatap mata Danish yang merenung rahangnya.

"Oh ni. Tak. Tak sakit dah." Ariana mengusap lembut rahangnya sambil tergelak kekok. Cuba untuk menutup rasa kekok. Semalam bukan main lagi, hari ini tenaga dnn keyakinannya untuk memikat Danish semakin runtuh ke angka sifar. Dia takut.

"Aku tak tanya pasal tu, aku yanya pasal benda lain..."

"Hati kau."

××××

BANG

Dinding yang sudah tersedih berlubang itu makin berlubang apabila peluru glock itu menembusinya.

"Enough, Alex. Peluru kau tembus dinding tu banyak mana pun, dia tetap tak kisah." Alex mendegus kasar mendengar kenyataan daripada rakannya yang sedang meneguk secawan alkohol.

"Aku tak puas hati selagi aku tak dapat musnahkan dia, Aidan." Aidan yang berada di sofa tersebut hanya mengukirkan senyuman sinisnya.

"Kau rasa kau mampu untuk musnahkan dia?" Soalan Aidan sudah cukup menyebabkan Alex naik beranh. Pistol miliknya dihalakan ke wajah sahabatnya itu. Aidan hanya tenang sambil bersandar pada sofa tersebut.

"Kau jangan nak cabar aku!" Aidan tergelak kecil apabila melihat Alex sudah duduk di sebelahnya, putung rokok dilempar ke dalam bekas besi yang berada di atas meja. Rambut diraupkan ke belakang.

"Satu hari nanti, Danish akan jatuh tersungkur dekat kaki aku."

To Be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be continued ...

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now