𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 3

36.1K 1.7K 38
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Ari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ari." Ariana yang sedang termenung di ruang tamu rumah Datin Diana sedikit tersentak apabila namanya diseru oleh seseorang.

"Oh Qila, sorry I berangan sikit. Kenapa ya?" Ariana memandang Tengku Aqila yang sedang berjalan sebelum duduk bersebelahannya. Wajah gadis itu dihiasi dengan senyuman manis.

"Berangan sampai ke mana dah tu Ari? London? Korea? Or dah sampai dekat hati Danish?" Ariana tergelak kecil manakala Tengku Aqila hanya tersenyum nipis.

"Tak mungkin I sampai dekat hati Danish Qila, mana nak masuk dah? You already ada dalam tu." Ariana tersenyum manis memandang wajah Tengku Aqila.

"Ari, jagakan Danish baik-baik ya?" Tengku Aqila mengenggam kedua belah tangan Ariana. Wajahnya dihiasi dengan senyuman manis. Ariana yang sedang tersenyum itu memandang wajah Tengku Aqila. Senyuman manis telah pudar dan digantikan dengan senyuman nipis.

"He love you, Qila." Tengku Aqilah menggelengkan kepalanya.

"Tapi dia takdir you, Ari." Tengku Aqila mengusap lembut bahu Ariana.

"Buat dia cintakan you. I memang cintakan dia Ari, tapi I tak mampu untuk halang apa yang telah ditakdirkan untuk dia." Ariana menunduk. Dia memang menang dalam permainan kotor yang diciptanya tetapi dia akan tetap kalah dengan Tengku Aqila. Perempuan itu adalah perempuan pilihan hati Danish.

"Dah, jangan sedih sedih, nanti you dah nak bergelar isteri orang tau." Ariana mengangguk bersama senyuman manis. Tengku Aqila turut memberikan senyuman manis.

××××

"Aku terima nikahnya Aisya Ariana Binti Dato' Ahmad Azender dengan mas kahwin sebanyak dua ratus ringgit tunai."

"Sah."

"Sah."

"Sah..."

"Alhamdulillah." Datin Diana tersenyum nipis sebelum memeluk tubuh Ariana yang berada di sebelahnya. Walaupun dia marah akan perempuan yang sudah bergelar menantunya ini namun tidak pernah terdetik di hatinya untuk membenci wanita ini. Datin Arranda Wong yang berada di sebelah kanan Ariana hanya melihat sahaja tanpa ada niat untuk memeluk anak perempuan bongsu suaminya itu.

Ariana memandang Danish yang hanya merenung tajam ke arahnya. Wajah lelaki itu tampak sangat dingin. Wanita tersebut mengalihkan tatapannya pada wajah Danish apabila tatapan mata lelaki itu, bagaikan pisau menusuk ke dalam anak matanya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now