𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 80 - End

59.3K 1.7K 249
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

3 Tahun Kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 Tahun Kemudian,

"Abang? Adyan?" Ariana dengan perlahan menuruni anak tangga. Bebola matanya bergerak meliar mencari kelibat suami dan anak lelakinya. Baju Adyan yang berada di dalam pegangannya dikebaskan sedikit. Kaki Ariana melangkah laju ke arah ruang tamu, ternaik pinggir bibirnya apabila melihat Danish yang sedang terbaring bersama Adyan yang berada di atas perut berotot suaminya itu. Kini, usia anak lelakinya itu sudah mencecah tiga tahun.

Remote television yang berada di atas meja kaca dicapai sebelum television di tutup, Ariana mendekati Danish, punggungnya dilabuhkan bersebelahan suaminya yang sedang tertidur bersama kepala yang dilapikkan dengan bantal kecil. Rambut keperangan Danish, Ariana raupkan dengan perlahan ke belakang. Belakang tubuh Adyan yang terdedah diusap lembut. Senyuman manis terukir indah pada wajah jelita Ariana, bahagia tidak terkata apabila melihat dua orang heronya yang berada di hadapannya ketika ini.

Hero dunia akhiratnya.

"Abang." Ariana mengelus lembut dahi licin Danish sebelum dia melabuhkan kucupan hangat pada dahi suami kesayangannya itu. Kumis yang tumbuh di wajah Danish makin menyebabkan wajah lelaki itu semakin kacak dan matang. Danish mengerutkan dahinya sebelum dengan perlahan mencelikkan kelopak matanya. Wajah Ariana menghiasi sistem penglihatannya menyebabkan pinggir bibir lelaki itu terangkat. Belum sempat Ariana hendak berkata apa-apa, laju sahaja Danish meletakkan kepalanya di atas riba Ariana.

"Kenapa abang tidur dekat sini? Ni baju Adyan, sejuk dia nanti." Rambut keperangan suaminya itu diusap sayang menyebabkan Danish tersenyum suka. Kepalanya ditundukkan sedikit bagi melihat anak lelakinya yang sedang tertidur. Rambut perang Adyan diusap sayang.

"Biarlah dulu. Adyan baru je tidur, nanti kalau kejut dia mengamuk pula." Selimut kecil Adyan yang berada di sebelah diambil oleh Danish sebelum tubuh kecil anak lelakinya yang berada di atas tubuhnya itu diselimutkan.

"Abang, jomlah naik. Dah pukul 12 ni. Aisy ngantuk." Danish mendongakkan kepalanya memandang wajah Ariana. Tangan wanita itu digenggam dan dilabuhkan kucupan hangat di belakang tangan isterinya.

"Kita tidur sini je lah. Sayang ambil bantal dengan duvet. Kita tidur sini je. Ambil toto tebal sekali." Ariana mengecilkan matanya memandang Danish yang sedang tersengih. Amboi! Suka hati dia je mengarah orang eh!

"Ye lah. Angkat kepala abang ni, Aisy nak pergi ambil." Danish mengangkat kepalanya daripada riba Ariana sebelum diletakkan kembali di atas bantal kecil tersebut. Bebola matanya bergerak memerhati isterinya yang sudah naik ke tingkat atas, senyuman manis terukir elok pada wajah kacaknya itu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now