𝒜𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒰𝓆𝒶𝑒𝓁 69

35.7K 1.4K 45
                                    

𝐃𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐮𝐬.

"Abang, cantiknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang, cantiknya." Mulut Ariana sedikit tergangga tatkala sistem penglihatannya disajikan dengan pemandangan sungai. Danish yang berada di sebelahnya hanya tersenyum manis, pinggang ramping Ariana ditarik sehingga tubuh wanita itu melekap pada tubuh kekarnya. Sisi kepala isterinya dikucup lembut.

"Hm." Danish merehatkan kepalanya pada kepala Ariana sambil mata merenung ke arah air sungai yang mengalir tenang itu. Ariana pula sudah masukkan kedua belah kaki ke dalam sungai. Sejuk!

"Nak mandi dekat sini boleh?" Ariana menyoal sambil bermain dengan air sungai itu. Danish menggelengkan kepala menyebabkan Ariana memandangnya.

"Kenapa?" Danish memandang Ariana yang sedang melihatnya bersama cebikkan. Selendang hitam yang menutupi kepala Ariana dibetulkan sedikit.

"Sekejap lagi ramai orang lalu. Nanti nampak aurat pula." Ariana tersenyum manis mendengar akan apa yang dikatakan oleh Danish. Senyuman melebar sebelum Ariana memeluk leher Danish.

"Merajuk lagi ke dengan aku?" Ariana merenung lama wajah Danish. Walaupun mempunyai parut Danish masih kacak dan lebih tampan dengan adanya parut itu. Nampak lagi garang!

"Sikit." Danish jawab tanpa memandang wajah Ariana. Mata Danish melihat sahaja air sungai yang mengalir tenang itu.

"Benci aku ke?" Ariana mengusap lembut rahang Danish. Makin tajam tirus rahang suaminya. Rambut Danish juga mungkin makin panjang kerana lelaki itu mengikat rambut.

"Tak." Danish balas sebelum memandang wajah Ariana.

"Kalau benci, aku biarkan je Aidan bunuh kau." Ariana masih merenung wajah Danish. Berbalas renungan.

"Kenapa tinggalkan aku? Selama ni kenapa tak balik jumpa aku?" Ariana mengusap bahu tegap Danish. Mata sudah dilarikan dari menatap mata kehijauan suaminya. Malu!

"Saja. Merajuk." Danish jawab selamba sambil menarik tubuh Ariana semakin merapat. Merajuk merajuk juga, tetapi rindu tu tetap ada!

"Mengada." Ariana berkata perlahan sambil menampar lembut dada bidang Danish.

"Jadi selama ni? Dylan tahu kan yang kau masih hidup? Aku je lah yang tak tahu?" Danish mengeluh perlahan menyebabkan Ariana memandang pelik. Dia salah cakap kah?

"Boleh tak kalau kita tukar panggilan. Aku kau, aku kau. Tak manis tau tak?" Danish menepuk lembut tepi pinggang Ariana menyebabkan wanita itu mengerutkan dahi.

"Selama ni kan macam tu? Tapi kan aku panggil kau abang? Kenapa tak manisnya?" Ariana menyoal polos. Danish tersenyum segaris sebelum melarikan pandangan matanya ke arah sungai kembali.

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐬𝐡 𝐔𝐪𝐚𝐞𝐥 | 𝐂Where stories live. Discover now