🌺 - Bab 1

2.6K 91 18
                                    

Suasana di dalam club malam terbuka di tengah ibu kota itu semakin hangat dengan kunjungan para pengunjung yang tidak berputus putus hadir ke sana. Kelihatan 4 orang gadis sedang menari keseronokan. Tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati.

Danisya, Emysha, Emylia dan Kaisara adalah dari kumpulan Amymas. Mereka yang sedang menari tiba-tiba berasa penat dan ingin berehat. Mereka duduk di meja yang berbentuk bulat. Meja yang paling hujung. Meja tersebut agak terlindung.

"Hey guys!" Panggil Kaisara. Emysha, Emylia dan Danisya memandang ke arah Kaisara. Tengok dari gaya Kaisara seperti hendak mengosip jee.

"Hah? Kenapa?" Tanya Danisya.

"Cuba tengok geng Minah gedik tuh" Kaisara menujuk ke arah Lucky girls yang terdiri daripada Zatty, Lucy dan Sally.

"Kenapa dengan diorang?" Tanya Emylia. Dia meluat sebenarnya dengan Lucky girls.

Kalau nak tahu Amymas sebenarnya anti dengan Lucky girl, sama juga dengan Lucky Girls. Apabila berjumpa je berperang mulut. Mereka memang musuh ketat dari hari pertama mereka bertemu.

"Aku tengok diorang macam rancang sesuatu" kata Kaisara.

"Lantak diorang lah. Diorang tak kacau kita, kira okey lah tu" balas Emysha.

"Tapi diorang asyik pandang kita je" Kaisara masih tidak puas hati.

"Memang lah diorang pandang kita. Eh! Silap bukan kita tapi kau!" Kata Emylia menunjuk Kaisara.

"Kenapa aku?" Kaisara sedikit pelik. Apa yang tak kena dengan dia? Dia rasa dia tak ada buat salah apa-apa pun.

Emylia dan Danisya gelak. Tak sedar rupanya minah nie.

"Kau tengok lah kain baju kau tuh, dah serupa badut sarkas aku tengok" perli Danisya.

Kaisara kelihat sedang memakai kain batik yang diguntingnya sehingga paras lutut dan baju tidur yang dijahitnya sehingga menjadi ketat. Kemudian rambutnya ditocang kepada dua belah. Apa yang kelakarnya Kaisara mekaup seperti seorang ahli sihir dan memakai cekak rambut yang designnya mempunyai telinga arnab.

"Ewah kau! Haritu kau yang suruh aku buat design sendiri so aku buatlah. Sebab aku nak buka butik" dengan bangganya Kaisara berkata.

"Aku suruh buat design sendiri tu mean buat baju yang cantik bukan design nak pergi sarkas. And one more thing kalau kau buka butik aku berani jamin yang takkan ada seorang pun pelanggan yang datang butik kau" balas Danisya. Dia sangat yakin dengan kata-katanya

"Aku sokong seratus peratus. And kau kena terima hakikat yang kau tu tak kreatif" Emylia pula yang menyampuk.

"Kau nikan!!" Kaisara menahan geram. Sakit hati apabila ada yang memerli designnya. Penat dia fikir design baju tu.

"Dah dah. Takpayah gaduh" tegur Emysha.

"Cuba korang tengok Zetty tu sibuk berkepit dengan jantan. Geli aku, tak senonoh langsung" sambung Emylia. Kembali kepada topik asal.

"Dahlah! Jom balik. Jam dah tunjuk pukul 2 a.m. Lama dah kita dekat sini." Ajak Danisya.

"Gais!" Panggil Emysha. "Hah" jawab mereka serentak. Emysha menunjuk ke arah seoramg lelaki. Danisya, Emylia dan kaisara memandang lelaku tersebut.

"Itukan boyfriend si sally gedik tu?" Tanya Emylia.

"Yelah. Betul la dia tu" balas Danisya.

"Aku tak sangka yang dia curang" kata Emysha menggeleng kepala.

Lelaki tersebut sedang menari dan berpeluk sakan dengan seorang perempuan.

"Harap je muka hemsem, tapi perangai nauzulbillah! Buaya darat rupanya" kata Kaisara lagi.

"Ini kalau aku bagitahu Sally kau rasa lagi berapa hari jantan ni hidup?" Emylia dah mulakan plan jahatnya.

"Huhuhuh.. tak lama dah tu" kata Danisya sambil menutup mulut.

"Biarlah dia. Kita pun bukannya baik sangat pun dengan si Sally tu" kata Emysha.

"Jom ahh.. tadi kata nak balik. Tak pasal pasal jalan jatuh dalam longkang kang" Kaisara dah merapu.

Semasa mereka hendak pulang. Mereka terpandang muka perempuan yang bersama dengan lelaki tadi. Ouh perempuan tu Sally rupanya tak pasal-pasal dapat dosa mengumpat lelaki tadi.

"Ya allah, pahala melayang, dosa is coming" Emylia buat muka sedih.

"Hish tak pa.. kita tak tahu siapa perempuan tadi. Tak berdosa pun" Kaisara membuat ajaran sendiri.

Mereka sudah tidak perduli, mereka ingin pulang. Mereka menggunakan lorong belakang kerana lorong itu sunyi dan tiada seseorang pun menggunakan lorong itu. Mereka lebih suka berjalan bersama-sama dalam keadaan sunyi. Mereka berbual gelak ketawa dengan kuat. Tanpa mereka sedar ada beberapa orang sedang mengikuti mereka.



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now