🌺 - Bab 125

159 15 1
                                    


Lucky Girls membuka tingkap sendiri, baru sahaja Sally nak bersuara, Emysha terus bersuara terlebih dahulu.

"Keluar.." hanya itu yang dikatakannya

"Taknak aku... Kau siapa?" Soal Sally menjauhkan diri sedikit daripada tingkap tersebut.

"Kau tak payah pura-pura tak kenallah. Apasal korang ikut kitorang?" Tanya Emysha tegas.

"Amymas ke ni? Aku tak nampak korang keluar dari kereta pun" beritahu Sally

"Aku ada kuasa magic. Sekarang ni aku tanya kau, apasal kau ikut kitorang? Kan kitorang kata kitorang nak jumpa bapak diorang dan kau tak boleh halang.." beritahu Emysha

"Kitorang ikut sebab untuk jaminkan keselamatan korang. Kalau korang mati, kesian mama korang hidup sorang.." beritahu Lucy pula dengan yang sengaja buat-buat sedih.

"Yang kau nak risau sangat kenapa? Aku nak jumpa, aku nak tanya baik-baik jee... Kau tak payah nak sibuk" - Emylia

"Baik-baik macam mana? Sekali diorang balik dalam keadaan mabuk, tambah pula masalah duit. Kau akan dibunuh kau tahu tak? Entah-entah diorang heret korang masuk bilik!" Kasar Sally bersuara.

"Aku tahu jaga keselamatan aku lah! Kau tak payah nak risaulah! Kitorang pandai handle diri sendiri. Kau balik je lah!"

"Korang kena ingat tau. Korang tak boleh halang kitorang! So, sila meninggal.. kalau rasa rasa ajal kau lambat lagi nak jemput kau. Baik kau balik.." - Danisya

"Bila korang keluar dari kereta?" Soal Zatty menukar topik, ikutkan mereka taknak balik dari situ kalau Amymas tak balik

"Tahun lepas.. balik cepat!" - Danisya

Lucy mengangguk..

"Baliklah.." - Emylia

"Ha.. baliklah ni.." Lucy senyum.

"Baliklah cepat.. gerak pun tak lagi.." beritahu Danisya membulatkan biji mata.

"Ye.. ye.." - Lucy

"Handbrake pun kau tak tarik lagi.. baliklah cepat.. blah cepat! Cepat sikit!" Tegas suara Danisya

"Okay.. okay...kejap lagi" - Lucy

"Aku cakap sekarang.." - Danisya

"Kau jaga diri eh?" Sempat lagi Zatty berpesan.

"Pandai lah aku jaga diri aku sendiri. Kau tak payah menyibuklah! Baik Korang balik sekarang.. nanti mama korang risau kan korang pula.." beritahu Danisya.

"Kau pun baliklah kampung.. risau mama korang bila korangtak balik jumpa dia.." Sally membalas semul ayat risau itu.

"Kau tak payah nak tukar topik pasal mama, sekarang ni baik kau balik, kau buang masa ikut kitorang kenapa?" - Emylia

"Sekurang-kurangnya aku tak bosan duduk dalam rumah.." Lucy menjawab dengan senyuman.

"Korang jangan nak lama-lama dekat sini sebab aku taknak bapak diorang perasan kereta kita berdua!" - Danisya

"Kenapa?"

"Aku ada tanya orang kawasan ni, mana rumah Aminah, diorang beritahu aku tapi diorang warning aku satu benda.. kita tengoklah kereta kita pakai, berjenama mahal dan orang sini beritahu, kalau bapak diorang nampak je kereta mewah diorang akan tegur" beritahu Danisya dengan wajah yang serius.

Memang sebelum sampai dekat rumah ni, mereka ada singgah kedai makan yang berdekatan dekat sini. Lucky Girls pun nampak mereka singgah kedai. Lucy memandang Zatty dan Sally

"Kau bohong!" Lucy dah mula rasa tidak sedap hati dan rasa takut sedikit, dia memandang kiri kanan.

"Kalau kau betul ikut aku dari tadi, mesti kau nampak aku ada singgah kedai tu. Kalau kau tak percaya, kau pergi tanya orang kedai itu"

"Kau tak takut ke?" - Zatty

"Kitorang yang nak jumpa diorang, buat apa kitorang yang nak takut? Kau tu pergi balik.." Kaisara

"Ha.. nak baliklah ni.." Lucy

"Cepat lah blah.." - Kaisara

"Ye..." Lucy menurunkan handbrake.

Amymas melihat kereta Lucky Girls pergi dari kawasan itu dan mereka kembali semula ke dalam kereta.










_______________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now