🌺 - Bab 79

226 18 3
                                    

Waktu kelas Daniel telah tiba. Semua murid memgambil tempat masing-masing kecuali Amymas. Daniel mengajar seperti biasa. Hari ini Daniel memakai blazer.

Tiba-tiba pintu kelas ditolak kasar dari luar. Amymas baru sampai. Semua murid dan Daniel memandang ke arah Amymas. Mereka lambat 30minit. Mereka memang sengaja datang lambat pun.

Amymas tidak duduk di tempat mereka malah mereka pergi ke arah Daniel. Daniel yang memandang Amymas menuju ke arahnya terus bersuara. Emysha memegang segelas air panas.

"Awak tak malu ke selalu datang lambat?!" Marah Daniel. Menyampah dengan sikap selamba mereka tetapi mereka hanya mengabaikannya.

Emysha duduk di kerusi Daniel dan air panas itu diletakkan di atas meja. kebetulan Daniel berdiri semasa mengajar manakala Emylia dan Kaisara bersandar di meja Daniel. Danisya berdiri memeluk tubuh sambil memandang Daniel.

"Awak tak habis-habis cari pasal kan? Tempat awak bukan dekat sini. Pergi duduk tempat awak sekarang!" Marah Daniel lagi. Semua murid hanya memandang mereka.

"Rilex aa.. jangan marah-marah. Nanti cepat tua" kata Emysha selamba sambil menyelak semua barang Daniel yang berada di atas meja pensyarah itu.

"Awak jangan nak sentuh barang saya!" Marah Daniel, dia memang tiada mood pada hari ini, kerana ada sesuatu yang telah berlaku dekat rumahnya. "Pergi duduk tempat awak! Saya tak ada mood nak layan perangai biadab awak semua!" - Daniel tegas

Amymas hanya membuat tidak dengar, malah mereka bertanya soalan kepada Daniel tanpa rasa diri mereka tu bersalah. Memang mereka tahu yang mereka biadab, jahat, kurang ajar dan banyak lagi. Hidayah mungkin tidak sampai lagi. Hahah!

"Ermm.. pakcik. Boleh i ask you something?" Soal Emylia sambil memandang Daniel, siap senyum sinis kepada Daniel yang tengah bengang itu.

"Awak buta ke saya tengah mengajar?" - Daniel baran.

"Rumah pakcik macam mana semalam? Okey?" Tanya Emylia.

Daniel sedikit terkejut, kenapa Emylia tanya keadaan rumah dia? Mereka tahu ke rumah dia telah diceroboh dan semua barang dalam rumah dia telah pun musnah?

"Kenapa awak tanya?" Soal Daniel sedikit pelik, jangan kata diorang yang buat. Makin melampau, makin menjadi-jadi perangai Amymas.

"Sebab saya tahu ada something yang telah berlaku dekat rumah pakcik. Girlfriend pakcik tahu tak? Mana tahu pakcik mengadu dekat dia" - Emylia

"Awak ke yang ceroboh rumah saya?" Tanya Daniel.

"Yes!" Balas Kaisara dengan tenang.

"Awak sedar tak apa yang awak dah buat? Awak semua memang betul-betul melampau kali ni!!!" Jerkah Daniel di hadapan semua pelajar.

Pelajar yang mendengar jerkahan tersebut terkejut dan takut. Tapi tidak bagi Amymas. Mereka ketawa sinis.

Emysha mengeluarkan sepaket milo 3in1 di dalam begnya. Lalu dibuka dah dituang kedalam air panas tadi tanpa menghiraukan yang lain

"Kenapa? Pakcik marah ke?" Perli Danisya sinis.

"Kenapa awak kena buat semua tu? Awak tahu tak, barang yang awak jahanamkan dalam rumah saya tu nilainya hampir RM 80 ribu tahu?" Daniel mula membebel sementara itu Kaisara mengeluarkan sudu untuk diberi kepada Emysha yang sedang membancuh air itu.

"Awak semua nak ganti balik ke?" Sambung Daniel lagi.

"Hahaa, kami ganti? Jangan mimpi lah pakcik" - Emylia

"Saya taktahu dah nak buat macam mana dengan awak semua ni! Hati saya suruh saya fikir yang awak ni ada penyakit je tapi penyakit awak buat awak semua jadi melampau!" Marah Daniel, pen yang dipegang dibaling kasar ke arah meja.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now