🌺 - Bab 7

685 45 1
                                    

Emylia, Emysha dan Kaisara sedang menonton TV yang bersaiz 60 inci itu. Tonton sambil makan tetapi badan tidak gemuk-gemuk pun. Danisya yang baru lepas dari permukaan pintu dapur itu terus menuju ke arah sahabat sahabatnya. Kelihatan mereka seronok menonton tv, Danisya duduk di atas sofa.

"Gais! Apa kata nanti kita pergi shopping nak tak?" Cadang Danisya senyum kepada mereka.

Sudah berapa hari mereka duduk rumah tanpa ke kolej, sudah terbiasa dengan perangai ponteng kolej. Danisya hanya meminta kepada mereka untuk ponteng selama seminggu sahaja, dan mereka hanya bersetuju.

"Shopping? I like that!" Kata Emylia senyum diwajahnya kelihatan gembira. "Okey juga daripada duduk dekat rumah tak buat apa-apa pun kan?" Sambung Emylia.

"Bila kita nak pergi?" Riak wajah Danisya sangat gembira apabila menyebut tentang shopping. Excited!

"Nanti kita bincangkan" jawab Kaisara pula

Mereka hanya diam beberapa saat dan fokus kepada tv sahaja. Tiba-tiba terkeluar soalan dari kepala otak Emylia, dia memandang Kaisara yang sibuk memandang tv itu.

"Kai, kau dah tak kisah ke Faizal layan kau?" Emylia tanya tiba-tiba.

"Kau apasal? Tibe" Kaisara menyuap keropok ke dalam mulutnya.

"Kau tak kisah ke Faizal layan kau? Kenapa kau tak terima dia?" Tanya Emylia lagi.

"Kau terima dia, kita putus sahabat!" Kata Emysha yang diam dari tadi secara tiba-tiba.

"Aku mana lah minat couple couple ni! Lagi satu kalau aku couple aku takut terlupa sahabat sendiri sebab sibuk dengan boyfriend" jawab Kaisara tenang sambil makan, kata-kata Emysha sengaja dibiarkan.

"Yes! I know about you! You are the best!" Emysha setuju dengan penuh keyakinan.

Mereka hanya diam sambil menonton tv. Amymas memang sahabat baik dari kecil, kalaun ada salah satu dari mereka ingin couple atau ada kekasih, kesemuanya kena ada sekali, alasan mereka kerana takut salah satu dari mereka yang ada boyfriend itu, melebihkan boyfriend daripada sahabat yang sudah lama berkawan.

Takut mereka terleka sehingga mereka mengikut yang baru kenal dan tinggalkan sahabat yang dah lama kenal, lama itu bertahun-tahun kenal. Itu sebenarnya mereka takut. Kehilangan sahabat lagi pedih daripada kehilangan boyfriend.

Mereka melihat tv itu sudah pun menunjuk cerita yang mereka ingin tengok, terus tersenyum lebar dibibir mereka

"Gais dah start gais! Cerita ni aku rasa sesuai untuk Lucky Girls! Sombong nak mampos, sebiji" kata Danisya dengan geram.

Mereka hanya mengangguk sambil senyum. Rumah banglo itu menjadi bising apabila suara 4 orang sahabat itu muncul! Ceria nampaknya kalau melihat cerita mereka cerita yang mereka suka tak ada makna kawasan itu akan sunyi.

Mereka gelak ketawa mendengar kutukan dari mulut masing-masing. Seronok sangat nampaknya mengutuk Lucky Girls! Dalam masa yang sama, tambah seronok juga apabila mereka akan pergi shopping! Shopping gais!






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now