🌺 - Bab 124

149 15 1
                                    


Hujung minggu sudah pun tiba. Amymas bersiap untuk pergi ke rumah Aminah dan Saleha kerana ingin berjumpa dengan bapak diorang.

Ikut pada plan, ingin bertanya baik-baik, kalau bapak diorang yang cari pasal, Amymas tak teragak-agak nak tinggi suara dekat orang tua itu.

Mereka masuk ke dalam kereta tersebut. Enjen dihidupan, terus kereta meluncur pergi dari rumah tersebut, Mak Tom yang tanya ingin ke mana banyak kali itu hanya diabaikan.

Mak Tom pun dah nak balik rumah dia sendiri kerana, Sufiah sudah mendapat surat sambung belajar, mybe kolej yang sama dengan mereka. Mak Tom balik lagi amat rumah itu.

Sebaik sahaja semakin dekat dengan rumah Aminah dan Saleha itu. Mereka berhentikan kereta jauh daripada rumah itu, rumah pondok itu dilihat lama. Kenapa seperti tiada orang didalam rumah?

Dalam masa yang masa, mereka tidak perasan bahawa, Lucky Girls sedang mengikuti mereka dari belakang.

Lucky Girls hanya memerhatikan kereta Amymas dan juga rumah pondok itu. Takut apa-apa jadi kepada Amymas, boleh lah mereka tolong panggilkan sesiapa untuk tolong.

Amymas yang leka memandang rumah tersebut, langsung tidak sedar bahawa Lucky Girls mengikut mereka dari belakang.

Di depan rumah itu hanya miliki kereta saga berwarna putih sahaja. Kereta yang selalu diorang pakai pergi kolej. So, mereka ada ke tidak sebenarnya ni?

"Aduh.. apa yang Amymas buat tu? Bosanlah aku tengok. Tak keluar-keluar pun" bebel Sally sambil sandar dikerusi tersebut.

"Nak jumpa ke nak mengintai rumah orang?" Soal Zatty sendiri.

"Aku tengok rumah diorang ni tak ada lah buruk sangat. Cantik je.. kenapa diorang tu over sangat taknak kita tahu rumah diorang?" Soal Lucy pelik

"Entah sebab rumah kita sejuta jauh beza dengan rumah diorang kut.." berlagak suara Zatty, kepalanya bersandar ke sofa kereta itu.

"Amymas ni.. lambat betul!"

"Aku rasa Amymas tak buat apa pun.. diorang mengintip rumah Aminah dengan Saleha je kutt.." teka Sally "Jom balik.."

"Mana boleh balik. Mybe diorang tengah tunggu sasaran diorang?" - Lucy

"Sasaran apa? Ayam kampung?" Teka Sally lagi, malas betul nK tunggu lama-lama.

"Banyak bunyilah kau.. tunggu jelah.." - Lucy

Mereka hanya memandang ke arah kereta Amymas dari jauh sehingga mereka keluar dari kereta tersebut. Tetapi ini dah nak masuk 20 minit.. tak keluar pun dari kereta.

Mereka hampir sahaja ingin menguap apabila menunggu Amymas itu. Mata dah macam nak lalai.. tiba-tiba tingkap belah penumpang diketuk kuat.

Lucky Girls yang hampir ingin terlena itu terkejut beruk. Kawasan dahlah sunyi, tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Sepantas kilas mereka memandang ke arah pintu tersebut.

"Amymas?"












_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now