🌺 - Bab 136

236 14 1
                                    


Selepas pergi makan bersama dengan Sufiah, mereka mengajak Sufiah untuk pulang sekali dengan mereka, pada mulanya Sufiah tidak mahu tetapi apabila dipaksa oleh Amymas, dia hanya mengikut perintah.

Semasa ingin pergi ke laluan rumah Sufiah, jalan mereka terhalang apabila ternampak Lucky Girls yang berada tengah jalan tersebut. Kereta diberhentikan dan mereka keluar dari kereta dengan wajah yang tidak percaya.

"Hoi! Korang buat apa ni?!" Jerit Danisya.

Lucky Girls yang berada di tengah jalan itu agak terkejut dengan suara tersebut, tidak mereka sangka yang itu adalah Amymas bersama Sufiah tetapi mereka hanya berwajah selamba sahaja.

"Hai my friends! Waww.. you all dan okey ke dengan mama you all? Dengar cerita mama you all sakit eh? Betul ke?" Lucy ssngaja buat-buat macam dia tidak tahu apa-apa padahal dia yang beritahu mama Amymas sakit.

"Kau buat apa ni hah? Aku nak lalu pun tak senang kau tau tak? Kau buat apa tengah jalan ni?" Marah Emysha bengang.

"Eh.. eh baby.. tanyorr lah elok-elok sikit. Ni tahu dengan perangai sombong you je, i duduk sini sebab i nak cari line, sebab nilah kitorang tak suka duduk kampung, benci!" beritahu Zatty sambil mengipas diri sendiri.

"Cari line?" - Danisya pelik

"Yelah.. kampung ni line dah tak ada.. lepastu dekat dalam rumah tu memang sah-sah tak ada langsung sebab tu lah i duduk depan rumah i ni.. sebab i cari-cari dekat sini je ada.." cerita Lucy dengan selamba.

"Depan rumah kau kata? Ni bukan depan rumah lah dey! Ni tengah-tengah jalan raya kau tau tak?!" Marah Emysha tegas.

Lucky Girls mengabaikan.

"Kalau korang kata nak cari line sebab dekat kampung ni line tak ada.. itu tidak menjadi masalah besar bro tapi yang jadi masalahnya.." Danisya senyum kepada Lucky Girls, Lucky Girls hanya jeling.

"Masalahnya kau dah kenapa nak kena heret katil kau sekali letak dekat sini wey? Tilam je bolehlah diterima lagi.. masalahnya sekali katil kau heret kenapa bodoh, ni..ni bukan payung orang buat meniaga ke?" Soal Danisya dengan tegas sambil menunjuk payung tersebut

"Ada masalah dengan korang ke?"

"Ada lah! Kau dah halang jalan kitorang lepastu kau tanya kitorang yang kitorang ada masalah ke tidak, apahal kau? Ingat bagus sangat ke?" Marah Danisya pula.

Lucky Girls teruskan bermain telefon

"Akak.. kenapa akak buat macam ni? Ni kan jalan raya utama, kereta nak lalu lalang pun tak boleh akak.. katil akak tu besar.." tegur Sufiah pula.

"Lalu lalang apa? Tak ada pun kereta.."

"Tapi ni kan jalan orang selalu pakai untuk pergi kampung sebelah.. orang selalu pakai jalan ni akak.. tak ada sesiapa ke yang tegur akak?"

"Koranglah orang pertama" balas Lucy

"Piah.. malang betul nasib Piah dapat kakak perangai tak matang macam ni kan? Sedih.." bisik Kaisara kepada Sufiah.

"Mama kau tahu ke tidak?" - Emylia

"Mama aku? Of couselah.. TAK! Kalau diorang tahu aku buat macam ni dah lama aku kena membebel kau tahu tak.. so, aku minta sangat kau jangan kacau aku untuk aku tenangkan diri bersama handphone aku.." - Lucy tegas

"Kalau korang nak sangat lalu.. lalu jelah dekat tepi.. tepi tu.. terlanggar rumput sikit pun tak payah nak kecoh sangat lah.. kereta murah je pun.." perli Sally selamba walaupun dia tahu kereta Amymas sama mahal macam keretanya.

"Kereta aku ni walaupun pun aku beli dengan harga 10 sen, aku sayang tau. So, aku nak kau alih katil buruk kau ni pergi tempat lain. Tak senang aku nak memandu" - Emysha

Miss TroubleMakersWo Geschichten leben. Entdecke jetzt