🌺 - Bab 10

559 35 1
                                    

Sudah beberapa lama mereka tidak ke kolej. Tiba hari ini mereka muncul di kolej semula, segar rasanya apabila mereka tiba di kolej. Rindu pula rasanya, nak jumpa member member yang lain. Yang paling penting mereka rindukan Lucky Girls. Rindu nak bergaduh dengan diorang. Hahhaha.

Sebenarnya mereka mengabaikan kata-kata Danisya yang hendak bercuti selama seminggu sahaja. Tapi kalau dah malas setahun pun mereka takkan datang ke kolej. Mereka banyak membazir masa dengan membuat hal yang tidak berfaedah seperti keluar masuk kelab.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengabaikan kerja kerja khusus di kolej. Mereka rasa seperti kerja kerja itu membuang masa mereka sahaja. Sudah ramai kawan kawannya yang cuba beritahu kerja kolej tetapi apa yang mereka buat? Semua kena block
-_- !

Dalam perjalan mereka hendak ke kantin sebelum kelas bermula. Seorang gadis cina yang bernama Ying Xoo menuju ke arah mereka. Ying Xoo terus menegur Amymas yang sedang berborak rancak itu.

"Wey korang dah tahu ke kita ada pensyarah baru?" Tanya Ying Xoo. "Puan Fatimah dah dapat cuti bersalin minggu lepas. So ada pensyarah baru yang gantikan dia" sambung Ying Xoo.

Ying Xoo asal China sebenarnya tetapi sudah lama duduk di Malaysia dan ramai kawan melayu, bercakapan dia sedikit berubah. Cara dia bercakap seperti orang melayu sahaja

"Tak tahu pun" jawab mereka selamba. Mereka peduli ke? Memang tak lah!

"Korang taktahu ke korang kena tolak markah?" Tanya Ying Xoo hairan.

Amymas memandang Ying Xoo sekilas, Hilang habis gelak ketawa dan bualan rancak mereka itu. Mereka terkejut, what? Pensyarah mana yang berani tolak markah kitorang ni?

"Kenapa pula? Selama kitorang buat perangai Puan Fatimah tak pernah tolak markah kitorang! Sebab apa pensyarah baru ni nak tolak markah kitorang?!" Tanya Danisya tak paus hati! Ying Xoo senyum.

"Boleh lagi korang tanyakan.. korang dah lah tk buat kerja khusus, soal selidik, precentation.. banyak lagi lah! Memang patut kena tolak markah" Ying Xoo sempat lagi menyokong pensyarah baru itu.

"Laa.. kitorang kan tak datang!" Kata Danisya taknak mengalah.

"Kalau tak datang kena ada surat! Sekarang mana surat korang? Mana?" Tanya Ying Xoo tegas. Mereka hanya diam tanpa menjawab.

"Tak adakan? Sebab korang ponteng!" Kata Ying Xoo selamba.

"Sapa pensyarah baru tu?" Tanya Kaisara ingin tahu.

"Nanti korang tengok lah sendiri!" Kata Ying Xoo

"Laki or perempuan?" Soal Emylia

"Lelaki!"

"Alaa.. beritahu lah!" Kaisara merungut.

"Nanti pukul 2 kelas dia. Tengok sendiri dan.. jangan nak ponteng atau hilang pulak nanti!" Ying Xoo sempat memberi amaran sebelum berlalu dari situ.

"Kena tolak markah wey!" Rungut Emylia

"Lek aa sekurang-kurang markah kita sama. Tak beza satu dan tak kurang satu. Lek aa" Emysha menyoal dengan nada yang tenang sekali.

"Betul tuh!" Sokong Danisya sebelum menyukir senyuman.

Sebelum kelas bermula mereka pergi lepak di kantin dahulu. Mendengar kena tolak markah pun hanya sekejap sahaja dan mereka akan kembali ke perangai sedia kala. Sembang dan gelak tawa dengan kuat sekali..

___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersDove le storie prendono vita. Scoprilo ora