🌺 - Bab 26

354 29 3
                                    

Semasa mereka tengah mencari kayu. Mereka ternampak sebuah rumah banglo yang mewah dan kelihatan seperti emas yang berkilau.

"Besarnya"...

"Dahtu kalau besar, cantik pun nak buat apa? Nak masuk ke nak cari mati?" Tanya Emysha tenang.

"Taknaklah! Mana tahu ni rumah lama ke, kalau ada hantu macam mana?" Tanya Emylia takut.

Kalau rumah lama mestilah dah berhabuk dan banyak rumput yang tumbuh tapi yang ni seperti ada penghuni kerana terjaga dengan bersih berkilat.

"Kalau rumah lama mestilah dah buruk! Tah-tah sentuh sikit dah jadi abu. Ni terlajak cantik wey!"

Mereka seperti berfikir sesuatu tetiba Danisya bersuara.

"Jom masuk nak?" Tanya Danisya ceria. Semua memandang Danisya tak percaya, taktakut ke?

"Nak buat apa?" Tanya Kaisara balik.

"Alah kau ni lembab lah! Kita boleh tanya tuan rumah ni kot-kot dia ada kayu api ke.. takdaklah kita susah-susah nak cari kan" balas Danisya ceria.

"Betul juga kan" sokong Emylia. "Kalau macam tu jom lah masuk, nanti lambat pula, dah nak senja ni"

Mereka pun menuju ke rumah tersebut. Emysha cuba mengetuk pintu tetapi tiada sahutan kemudian Emylia cuba membuka pintu. Pintu tidak terkunci rupanya.

Mereka pun masuk ke dalam. Agak terkejut apabila ada banyak lukisan perhiasan yang seram seperti naga, singa, gagak hitam dan juga lukisan berdarah.

"Wey. Aku takutlah" kata Kaisara.
"Kau yakin ke ni rumah orang tah-tah penunggu" sambung Kaisara.

"Jom lah kita pergi sportchek sekejap" ajak Emylia

"Kau gila ke sewel?" Tegur Kaisara dalam ketakutan.

"Kau takut ke?" Soal Emylia.

"Aku baru je cakap aku takut. Kau pekak ke?" Marah Kaisara bengang dengan kelembapan Emylia.

Emylia diam sekejap untuk berfikir.

"Weh.. jom lah" ajak Kaisara.

Dalam masa yang sama Danisya dan Emysha sudah pun melihat sekeliling. Gambar-gambar tersebut kelihatan cantik walaupun seram. Danisya berhentikan langkah apabila ternampak satu lukisan yang menulis 2 patah perkataan. 2 patah perkataan itu sangat besar, dilukis dan digantungkan di dinding.

"Leon Chong" itu perkataan yang terkeluar dari mulut Danisya tanpa sedar, dia telah menyebut nama seseorang.

Kaisara dengan Emylia yang bergaduh mulut itu terus memandang Danisya turut sama dengan Emysha. Nama sapa pula yang dia sebut tu?

"That's my name!" Satu suara garau menegur dari belakang.

"Tak ada sapa yang tanyalah" balas Danisya tanpa sedar.

Sesaat, dua saat, Amymas tersedar sesuatu, suara yang jawab berkata itu ganas seperti suara lelaki. Amymas semua semua lembut. Adakah itu bermakna tuan rumah sudah pulang?





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now