🌺 - Bab 42

292 26 1
                                    

Amymas balik petang tadi untuk tukar baju, dan mereka terus keluar semula. Tempat pertama yang mereka pergi kedai makan sebab mereka tak pandai masak, tempat kedua, mereka pergi ronda-ronda tempat ketiga barulah club.

Amymas duduk dimeja paling hujung seperti biasa. Mereka tidak minum, tidak berbual dengan mana-mana lelaki, cuma mereka akan dari tempat lepak yang seronok. Bila disoalkan.. kenapa club? Taman permainan kan ada.

Amymas yang berbual itu memandang Lucky Girls yang tergedik dengan boyfriends masing-masing. Lucy layan Faizal tetapi Faizal layan macam tak layan je.

Selalunya Lucky Girls akan datang serang mereka tapi kali ini tidak mungkin kerana petang tadi mereka kata mereka dah insaf tidak akan datang club lagi. Kata-kata mereka hanyalah bersahaja.

"Korang nak cari siapa sebenarnya yang kenakan Malik tu?" Tanya Emylia.

"Buat apa?" Kaisara pelik.

"Takpayah cari. Aku syak si Lucky Girls tu. Dari awal lagi aku dah curiga dengan diorang tahu tak" beritahu Danisya.

"Tapi diorangkan..kata bukan diorang" - Kaisara.

"Selama ni kita kenakan Daniel tu, boleh je kita cakap bukan kita yang buat. Ingat diorang bodoh sangat ke tak boleh bagi alasan yang sama" Bidas Danisya.

"Tapi dalam masa yang masa.. kenapa aku rasa bukan diorang?" Sambung Danisya tiba-tiba.

"Hmm.."

Betul ke Lucky Girls yang kenakan Malik tapi atas alasan apa? Amymas ingin tahu tapi malaslah nak siasat. Ingin detektif ke?

Lucky Girls duduk di sofa yang empuk itu selepas bersembang dengan boyfreind masing-masing. Walaupun penat mereka taknak minum air haram itu.

"Aduh sakitnya belakang aku" dah macam orang tua Sally bersuara.

"Aku nak tanyalah. Kenapa prank kita dekat Daniel terkena dekat Tuan Malik?" Tanya Lucy tetiba.

Yes! Memang Lucky Girls yang buat, mereka marahkan Daniel kerana Daniel ingin menolak markah mereka! Itu pun sebab mereka tidur dalam kelas.

"Kita tidur dalam kelas je pun. Daniel tu mengajar Amymas juga kan? Diorang tu confirm-confirm akan tidur juga.. kau rasa markah diorang kena tolong tak?"

Lucy terfikir sesuatu..

"Wait.. wait! Kenapa aku rasa yang prank sebelum ni Amymas yang buat eh? Diorang mungkin nak kenakan Daniel tapi Malik yang kena. Kut-kut kena tolak markah juga" terang Lucy seperti orang bijak.

"Macam kita juga!" Smbung Lucy.

"Tapi diorang kata bukan diorang buat"

"Sapa sapa je boleh kata macam tu, beb. Kita pun kata bukan kita yang buatkan" Lucy menegur kawannya.

"Entah.. aku tak rasa dioranglah" beritahu Zatty tiba-tiba.

Lucky Girls juga turut curiga dengan Amymas. Mereka taknak tuduh satu sama lain kerana tiada bukti dan start daripada hari ini, Lucky Girls yang buat salah, semua kena dan Amymas yang buat salah semua turut kena.

Lucky Girls meliarkan mata memandang sekeliling. Sampai sahaja di meja hujung mereka sedikit terkejut melihat empat orang gadis itu, insaf tokcik korang.

Mereka pergi kepada Amymas.

"Waw.. cantik betul masjid korang ni kan. Siap ada lampu kelip-kelip lagi" sindir Zatty.

"Taktahu pula orang yang dah insaf datang dekat tempat yang menakjubkan ni" suara Sally sedikit buat untuk melawan rentak muzik.

"Mana pergi ayat.. 'nanti lama-lama takut tak laku' tuu.." balas Zatty selamba...

Amymas membuat muka meluat. Kalau tak kalau diorang memang tak sah, jam tangan dilihat dan tunjuk pukul 11 malam dah. Dengan selamba badak mereka pergi dari situ..

"Pengecut thoiii!" Perli Lucky Girls sambil ketawa.
















___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now