🌺 - Bab 47

289 24 3
                                    

Amymas, Lucky Girls dan kedua-dua perempuan itu duduk dikerusi yang berdekatan dengan kantin. Amymas dan Lucky beriak wajah tenang sahaja manakala dua orang perempuan yang tidak dikenali tersebut dalam keadaan ketakutan.

Lelaki yang berada dihadapan mereka itu dijeling berkali-kali kerana berasa rimas. Nak cakap sangatkan? Kenapa diam?

"Pakcik Daniel nak apa? Dah berbulu ketiak saya ni tunggu lama-lama. Ingat kami ni binatang ke?" Soal Danisya kasar.

"Memang awak semua binatang, kenapa saya cakap awak binatang? Sebab awak semua tak fikir, binatang je tak ada akal! Tu kan library, yang nak kena gaduh dekat situ kenapa?" Tegas Daniel memarahi mereka.

"Kami minta maaf Encik Daniel! Kami janji tak buat lagi" balas salah sorang perempuan tersebut dengan wajah ketakutan.

"Betul Encik Daniel! Kami tak akan ulang kesilapan kami! Janji!" Bidas seseorang lagi.

Menyampah Amymas dan Lucky Girls mendengar kata-kata penakut dari kedua-dua perempuan tersebut. Chill lah!

"Yang korang tujuh ni kenapa? Tak reti nak minta maaf ke dah buat salah?" Tegur Daniel kepada Amymas dan Lucky Girls.

"Suruhlah diorang yang minta maaf. Bukan saya yang mula dulu" balas Zatty selamba.

"Sapa yang gaduh tu, mintalah maaf. Kitorang tak ada buat salah apa pun!" Kata Lucy pula

"Awak kan terlibat dalam pergaduhan tu. Kenalah minta maaf!" - Daniel.

"Halloo! Bahasa elok sikit. Kitorang tengok je okey! Pergilah panggil sapa-sapa yang leraikan pergaduhan Danisya dengan Sally tu, ehh.. silap . Sally sorang, sebab Danisya tak salah!" Kata Emylia membela Danisya.

"Lagi satu, ni semuaaa salah pakcik tau!"

"Kenapa salah saya pula? Saya tak ada buat apa apa pun. Selebihnya nak korang tu berubah bukan bergaduh!" - Daniel

"Tapi masalahnya Pakcik Daniel buat kitorang bergaduh!" Emylia memandang kertas semua itu "Nampak kertas tu! Pakcik yang suruh kitorang buka ubat stapler lepastu pasang balik.. ingat kitorang kuli pakcik?" Sambung Emylia.

"Pakcik nak buli kitorang ke macam mana sekarang ni? Buka ubat stapler.. pasang balik ubat stapler. Tak ada function apa apa pun" Danisya berkata dengan bengang, Daniel di pandang tajam.

Daniel memandang kertas-kertas tersebut. Kertas apa tu? Aku taktahu apa-apa pun. Ke diorang nak cari gaduh dengan kata aku yang bagi kertas semua tu.

"Kertas apa? Saya tak ada bagi apa apa kertas untuk korang buat pun! Kenapa saya nak bagi korang padahal saya tak percayakan korang?" Sindir Daniel tegas.

Amymas dan Lucky Girls terkejut apabila Daniel kata bukan dia yang bagi. Kedua-dua perempuan itu dipandang tajam.

"So, bukan pakcik lah yang bagi?" Soal Kaisara pula.

"Bukan lah! Korang jangan nak cari pasal dengan saya!" Tegas Suara Daniel.

"Assalammualaikum Pakcik Daniel! Saya tak akan minta maaf atas pertuduhan tersebut. Saya nak Encik Daniel pergi dari sini boleh tak?" Tegas suara Danisya sambil ekor mata memandang perempuan tersebut.

"Kenapa saya nak kena pergi? Saya dengan korang tak selesai lagi!"

"Tak pa.. saya boleh berbincang dengan diorang ni.." Danisya menunjuk kedua-dua perempuan itu "Biasalah.. hal betina kan" sambung Danisya.

Daniel tak tahu apa strategi mereka tetapi dia hanya memandang tanpa bersuara. Terus dia melangkah pergi dari situ dalam keadaan marah.

"Dah besar! Akal tak besar besar!" Sindir Daniel sebelum pergi.

Disebabkan mereka dengar kata-kata Daniel, Lucy terus menjerit dan juga Danisya.

"Akal Encik Daniel besar tapi bagus ke?" Sindir Lucy pula, dia menjerit sedikit kerana Daniel makin jauh.

"Entah! Akal dia pun kecil!" Jerit Danisya.

Kelibat Daniel hilang dari pandang mereka. Kedua-dua wanita tersebut dipandang dengan tajam. Amymas dan Lucky Girls mengepung perempuan tersebut.

"Kau nak jujur dengan kitorang ke tak?" -

"Jangan sampai kitorang belasah kau!"

Mereka menunduk muka ketakutan, tadi berani lawan sekarang takut pula.

"Kitorang minta maaf!"

"Aku benci perkataan maaf!!" Amboi kau.. kau minta maaf dekat orang boleh pula. Orang minta maaf dekat kau, kau kata benci.

Terkejut Dua orang Perempuan itu apabila mereka dijerkah, perasaan takut seperti menguasai diri mereka, Amymas dengan Lucky Girls kot, pandai cari nahas pandai tanggung!








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now