🌺 - Bab 92

187 15 5
                                    

Kaisara datang dekat sahabatnya dan Lucky Girls. Lucky Girls hanya tergelak seperti kerang busuk dan Kaisara terus membuka microphone itu dan dibalingnya diatas meja.

"Macam mana lakonan aku?" Soal Kaisara dengan muka yang berlagak sambil duduk dikerusi yang tiada orang duduk

"Bagus! Bagus!" Jawab Danisya ceria.

"Tak payah nak buang masa. Sekarang ni turn kau Emysha" kata Sally sambil memandang Emysha yang berpeluk tubuh itu.

Emysha memandang Sally menyampah. Dia bangun dan mengambil microphone itu dengan kasar, ni kalau mama tak suruh berbaik atau berkawan dengan korang, aku tak akan buat sampai bila-bila pun syarat babi korang ni

Nasib baik aku ingat nak berubah demi mama.. kalau tak aku akan pastikan korang yang buat semua benda alah ni bisik hati Emysha geram.

Emysha memperbetulkan pakaian yang sebelum pergi dekat seorang lelaki yang tua yang tengah makan seorang diri, lihat pada rupa mesti umur dah 60-an.

Berubah apa aku kalau pergi dekat dia marah-marah! Ni kalau mama tahu mesti dia tak maafkan aku dah. Berubah taik anjing lah kalau perangai still sama. Emysha mengeluh geram.

Emysha memandang lelaki itu dan dia terus menghentak meja lelaki tua tersebut dengan kuat. Boleh patah tangan dia kerana sakit. Ramai yang memandang ke arah mereka.

"Pakcik ni apahal?" Marah Emysha tiba-tiba.

Lelaki itu terkejut dan terus dia memandang Emysha yang berada dihadapannya, dia sendiri pelik, kenapa ada gadis datang dan hentak meja yang dia duduk itu secara tiba-tiba.

"Pakcik sengaja nak cari gaduh dengan saya kan?! Saya tak cari pasal dengan pakcik, pakcik nak cari pasal dengan saya apahal?!" Marah Emysha, suaranya boleh didengari semua yang berdekatan.

Lelaki tua itu terkejut apabila dia diserang oleh Emysha. Lelaki itu pandang kiri kanan depan dan belakang dan memandang Emysha semula, Emysha sempat menjeling ke arah Lucky Girls.

"Pakcik lah. Yang tengok atas bawah, kiri kanan, depan belakang apahal?" Marah Emysha sambil mencengkam pinggangnya. "Saya tengah cakap dengan pakcik!"

"Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Bantu apa? Saya tanya pakcik apahal pakcik cari pasal dengan saya? Apahal? Hah? Apahal?" Emysha yang mencengkam pinggang itu bertukar kepada berpeluk tubuh.

"Saya cari pasal dengan kamu? Eh... saya rasa kamu dah salah orang" kata lelaki itu sambil senyum kepada Emysha yang kelihatan marah.

Marah? Memang tema yang diberikan kepada Emysha adalah cari pasal dan marah. Memang itu kan yang Lucky Girls nak. Kalau kau kata tak boleh berkawan walaupun kitorang dah buat benda yang macam ni, aku akan pastikan kau kena cekek hantu bisik hati Emysha.

"Salah orang? Saya ingat tahu tak, muka pakcik tu! Tak pernah hilang dari fikiran walaupun kita baru ketemu sekarang!" Kata Emysha berpura-pura marah!

"Saya tak pernah jumpa kamu. Macam mana kamu kenal saya?" Soal lelaki tua itu dengan pelik.

"Saya pun tak kenal pakcik. Kan kita baru je jumpa sekarang ni. Kita mana pernah jumpa sebelum ni sebab tulah saya tanya pakcik. Apahal pakcik cari pasal dengan saya ah?" Marah Emysha.

"Eh? Kamu kata kita tak pernah jumpa tapi kenapa tiba-tiba kamu kata saya cari pasal dengan kamu?"

Emysha mengeluh berat.

"Pakcik.. dulu... 1000 tahun yang lepas. Pakcik lamar saya kan?" Soal Emysha serius.

Lelaki itu cuba ingat semula tetapi tidak dapat, 1000 tahun?. Kenapa dia kata aku cari pasal dengan dia padahal aku tak boleh nak ingat pun siapa dia bisik hati lelaki itu.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now