🌺 - Bab 96

205 17 0
                                    

Amymas membuka pintu rumah banglo itu sesuka hati, mereka terus masuk ke dalam rumah tersebut. Kalau nak ikutkan dah empat kali mereka jejak kali dalam rumah jejaka dua tersebut. Amymas mencari Daniel dan Rayyan.

Di ruang tamu tiada, di dapur juga tiada, di bilik secret admire yang penuh dengan gambar mereka pun tiada. Amymas bertegas untuk naik ke tingkat atas, mungkin diorang masih tidur, yelah cuti mereka datang untuk minta maaf. Mereka cari Daniel dekat kolej tidak jumpa, so mereka pun datang rumah Daniel, alang-alang tu boleh minta maaf dekat Rayyan sekali.

Mereka masuk sahaja dalam rumah itu, mereka nampak banyak barang dan perabot yang telah berubah, ni mesti kes diorang hancurkan semua. Sofa baru, pinggang mangkuk baru, pasu baru dan lain-lain. Kaya juga kau ni, Daniel.

Di bahagian atas ada beberapa bilik dan mereka pergi ketuk satu satu bilik tetapi tiada sesiapa pun menjawab. Kini hanya tinggal lagi dua buah bilik yang belum diketuk, jadi Amymas dapat rasakan mesti itu bilik Rayyan dan Daniel. Bilik mereka hanya bersebelahan sahaja.

Amymas memandang satu sama lain sebelum mengetuk pintu bilik tersebut. Kalau bukan nanti dah jadi satu masalah, cukup lah dengan masuk rumah itu sesuka hati mereka. Kata nak berubah, Emysha dan Danisya ketuk dibahagian kanan dan Danisya ketuk dibahagian kiri.

Sekali ketuk tiada respon. Dua kali ketuk, tiada respon lagi. Tiga kali ketuk, masih lagi diam, empat kali ketuk terasa sakit hati. Lima kali ketuk pintu tersebut, rasa macam macam nak pecahkan pintu itu, enam kali ketuk, diam diam dan diam. Sampai lah yang kesepuluh. Kali kesepuluh mereka ketuk masih lagi sunyi, ini betul-betul buat perangai Trouble mereka datang semula.

"Diorang ni tidur mati ke?" Soal Danisya bengang.

"Kan.. ke tak ada orang dalam rumah ni?" - Emylia

"Kalau tak ada orang, kenapa kereta diorang ada? Kasut pun ada, kereta tu rasa macam panas lagi bahagian enjin dia. Macam baru balik dari rumah" balas Emysha pula.

"Dah tu kau nak ketuk guna apa?" Soal Danisya.

"Guna tangan lah. Kita ni dah berubah, berzikir, selawat setiap masa. So, kalau nak ketuk tu, ketuk guna tangan, kita tak boleh pecahkan pintu tu sebab..." Emylia memberi laluan untuk Danisya sambung.

"Kita dah berubah. MashaAllah.. ingat tuhan selalu"

Emysha rasa menyampah pula dengan drama Emylia dan Danisya. Dia memandang kedua-dua pintu tersebut dan memikirkan sesuatu, macam mana nak gerak diorang? Emysha memandang sekeliling, dia memandang pasu bunga yang kelihatan baru dan berkilat.

Kerana tidak mahu tangannya sakit, dia memanggil pasu tersebut dan menghentak-hentak dekat pintu bilik mereka saling berganti, ketuk elok-elok tak dengar. So, nak kena ketuk kuat-kuat agaknya.

"Hoiii! Encik Daniel binti bapak yoo! Sultan Rayyan diraja binti nenek youh! Hello! Buka lah, ingat kitorang ni bibik korang nak kena gerak korang?!" Jerit Emysha dan pasu itu dihentak lagi dipintu tersebut.

Mereka mengetuk banyak kali dan macam-macam mereka mengumpat Daniel dengan Rayyan. Tidur kalah anak dara betul lah diorang ni, Amymas betul-betul sakit hati.

Daniel yang berada di dalam tandas yang tengah membasuh buka itu sedikit terkejut. Bunyi apa tu? Dia membersihkan tapak tangannya dan keluar dari tandas. Suara itu agak kuat dan dia dah dapat agak siapa gelaran suara tersebut. Korang ceroboh rumah aku lagi, korang masuk ikut mana?

Rayyan yang tengah bermain geme bersama dengan headphone itu juga terdengar suara yang agak mengerikan. Dia memandang ke arah pintu biliknya, pintu diperhatikan, perlahan-lahan dia membuka headhphonenya itu. Suara itu kedengaran agak kuat dari tadi, memang datang dari pintu biliknya. Ada orang ceroboh masuk ke? Siapa?

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now