🌺 - Bab 8

618 35 2
                                    

Emysha, Danisya dan Kaisara menunggu Emylia di pintu luar tandas yang berada di shopping mall itu. Emylia ke tandas kerana ingin membasuh tangan dan membetulkan style rambutnya. Beberapa minit kemudian Emylia pun keluar di ke arah Emysha, Danisya dan Kaisara tengah berbual itu.

"Jom beb! Aku dah siap dah! Err.. nak pergi mana ni?" Tanya Emylia kepada sahabatnya.

"Kite pergi je mana-mana! Ikut kaki kita nak pergi!" Jawab Emysha senyum.

Mereka pergi shopping, jalan-jalan, makan, dan tengok wayang. Banyak beg yang ada ditangan mereka. Macam macam jenis baju dan seluar dibeli. Mereka berbual bergelak ketawa, mereka sudah lama tidak shopping bersama dan kali ini mereka berasa seronok.

Mereka berjalan kemana sahaja sambil ketawa. Semasa tengah sibuk ketawa tiba-tiba Emylia terlanggar seseorang, dia terkejut, semua turut terkejut sama! Barang barang Emylia yang berada ditangannya terjatuh, hanya tinggal 1,2 beg sahaja ditanganya. Emylia mengangkat kepala dan melihat lelaki yang sibuk meminta maaf itu!

"Sorry sis! Saya tak sengaja!" Lelaki itu meminta maaf sambil menunduk untuk mengangkat semula barang barang yang jatuh itu untuk diberikan kepada Emylia semula.

Wajah lelaki itu tidak sempat tengok lagi.

"Cis! Kau buta ke? Tak nampak ke aku yang besar badak ni?" Tanya Emylia kuat dan tegas, geram!

Lelaki itu mengangkat muka dan bangun! Dia mengambil beg itu dan diberi kepada Emylia semula. Wanita ini muka memang cantik tetapi percakapan lagi cantik!.. Jantan ini harap je muka handsome tetapi buta yang amat!

"Kan saya dah minta maaf, yang awak marah marah ni kenapa? Tadi pun saya rasa awak yang langgar saya sebab saya hanya duduk setempat sahaja!" Terang lelaki itu selamba penuh keberanian. Tak ada nak 'rasa'nye, dah memang terang-terang wanita itu yang langgar kau!

Bulat mata Emylia apabila lelaki itu menuduhnya. Kau ni kan jantan tak guna!

"Hey kau tu langgar aku! Jangan nak beralih cerita pula!" Marah Emylia. Beralih cerita? Aku rasa cakap benda yang sama je, pasal langgar! Arggh lantak lah!

Emylia memandang sahabatnya.

"Dia langgar aku kan?" Tanya Emylia kepada sahabatnya itu dan jarinya lurus menunjuk lelaki itu.

Emysha hanya diam dari tadi. Tidak menunjukan sebarang reaksi. Manakala Danisya dan Kaisara mengangguk laju, sengaja nak menangkan kawannya.

"Kau tengok tu! Diorang yang nampak kau langgar aku!" Emylia masih tidak mahu mengalah.

"Kau tu yang langgar dia, kalau dia langgar kau barang kau akan jatuh tapi sekarang ni barang dia yang jatuh, itu bermakna kau yang langgar dia!" Balas Danisya pula.

Lelaki itu tiada bawak apa apa barang pun, macam mana barangnya nak jatuh. Lagi satu apa kawan dia ni merepek? Mereka ini mesti sama je perangai, tak reti bertutur kata langsung. Nak melepaskan kata-kata kasar sahaja. Anak siapa nie?

Emylia melihat lelaki itu diam terbisu, terus dia bersuara.

"Hey dey! Apasal kau diam? Dah buat salah diam pula?" Tanya Emylia bengang sambil memetik jari di muka lelaki itu.

"Okey! Saya minta maaf! Saya yang salah okey" lelaki itu tidak mahu berperang mulut takut ada yang melihat kearah mereka. Karang free je dapat malu.

Dia hanya mengalah walaupun dia tahu dia tidak bersalah! Kerana dia hanya duduk setempat sahaja! Mereka yang gelak ketawa itu langgar dia. Emylia senyum puas!

"Ingatkan tak reti minta maaf tadi! Tau menuduh je!" Kata Emylia selamba taktahu malu langsung!

Lelaki itu rasa dari awal dia ada minta maaf agaknya.. wanita ini pekak ke? Buat buat pekak ke? Atau memang pekak betul? Sindir lelaki itu dalam hati.

Emylia baru hendak pergi itu terpandang salah satu isi dalam beg yang dia shopping tadi. Dia tengok jam barunya yang terkeluar dari kotak pecah. Jam berjenama pecah gais!

Emylia bukan main terkejut lagi bila tengok jam tu. Mana taknya jam tu bernilai RM 850. Dah lah duit dia melayang sebab nak beli jam. The tak sampai 2 jam, jam tangan tu dah jahanam! Ni memang nak kena ni, serius kena minta ganti rugi ni!

Emylia memandang lelaki tadi. Lelaki tadi baru sahaja nak beredar. Mungkin sudah 2-3 langkah, lalu dengan laju Emylia memanggilnya semula.

"Hoi! Mamat sepet!" Jerit Emylia. Sape suruh mata kau sepet kan, memang aku panggil mamat sepet lah! Alang-alang taktau nama nih.

"Kenapa Lia?" Tanya Kaisara pelik. Mereka baru je nak blah tiba-tiba Emylia panggil mamat itu balik. Rasanya hal tadi dah sattle.

Takkan Emylia nak minta maaf sebab sedar kesalahannya tadi? Omg! Terharunya Kaisara dan Danisya. Emysha yang selalu tenang dan sentiasa cool itu juga turut sama terharu..

Kau dah matang rupanya Emylia. Dah sedar kesalahan kau ye. Terharunya akuuu!!!

"Ni jam aku pecah! Aku baru je beli!" Emylia merungut.

Lerhhh! Ingatkan dah insaf tadi. Rupa-rupanya tak habis lagi. Menyesal mereka terharu tadi.

Ish mamat ni! Pekak ke apa? Boleh dia blah macam tuh je? Kau ingat kau sapa wey? Ini Nur Emylia Elissa lah! Sapa yang dah cari masalah dengan Nur Emylia Elissa tak akan dapat lari!

Selain masalah itu betul-betul selesai! Kau ni dah la mamat sepet. Pekak pulak tu! Boleh kau jalan macam tu je. Apa pun kau kena ganti rugi balik!




___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now