🌺 - Bab 84

215 19 2
                                    

Amymas memandu kereta sehingga masuk ke dalam kawasan kampung itu. Hampir 7 bulan mereka tidak kembali ke pangkal jalan, kelihatan ada sedikit suasana dikampung itu telah berubah.

Kereta mereka menuju ke arah rumah mereka. Mereka menaiki hanya satu kereta sahaja tetapi disebabkan mereka berjiran, mereka hanya memarking kereta mereka dihadapan rumah Emysha dan Emylia.

Sebelum mereka tiba dirumah mereka, mereka lalu disatu kawasan warung sering mereka datang dahulu dan disitu juga mereka sakit hati apabila ada makcik bawang yang mulut kalah longkang, warung itu juga ada sedikit perubahan. Padahal tidak sampai 5 tahun pun tinggalkan kampung tersebut.

Mereka ponteng kelas untuk memujuk mama kesayangan mereka sahaja, mereka tahu yang mereka melampau tetapi mereka tidak boleh membiarkan mama mereka menjauhkan diri dari mereka buat selamanya, kena ada usaha memujuk juga.

Mereka singgah diwarung tersebut kuih kegemaran mama mereka. Emysha memarking kereta disebalah warung itu. Mereka pun keluar berjemaah, Danisya adalah orang yang terawal keluar dan yang lain hanya mengikut langkah Danisya yang pergi ke kaunter itu.

"Assalammualaikum" tegur Danisya a.k.a sopan santun kepada lelaki tua yang berada dikaunter itu.

Lelaki itu memandang ke arah Amymas. Sekali pandang, dia sudah kenal siapa yang memberi salam itu, empat orang anak dara yang hampir 7 bulan tidak pulang ke kampung tersebut.

"Waslm, Nisya" balas lelaki tua itu dengan senyuman, lebih dikenali sebagai Pak Usop, owner warung tersebut.

"Baru Pak Usop nampak batang hidung hampa. Hampa pergi mana tak balik langsung ni? Kesian dekat mama hampa tu tahu tak? Bersusah payah nak pi bandaq" beritahu Pak Usop dengan senyuman gigit berlubangnya.

"Kitorang dah balik ni kan.."

"Mentang-mentang hampa dapat sambung dekat bandaq hampa lupa kami yang duduk dekat kampung ni ka? Kami semua rindu kan hampa"

Amymas hanya membuat muka yang penuh dengan senyuman. Rindu? Pigii lah! Siapa yang rindukan diorang selain mama diorang yang bersusah payah tu? Pak Usop, minta sediaka keranda tau..

"By the way.. kitorang datang ni nak tanya, kuih yang mama kitorang suka tu ada lagi tak?" Tanya Emylia pula kepada lelaki tua itu.

"Kuih? Kuih apa? Kuih yang mana mak hampa suka tu?" Soal Pak Usop sedikit pelik, kuih mana?

Tapi masalah sekarang ni.. Amymas pun tak tahu apa nama kuih tu. Memang cari pasal betul lah Amymas ni, macam ni lah kalau korang taknak ambil tahu apa-apa hal.

"Haa.. haa.. kuih tu. Jap Pak Usop pi tengok jap naa" beritahu Pak Usop tiba-tiba dan dia terus pergi dari kaunter itu masuk ke dalam kedai itu.

Beberapa minit kemudian..

Mereka pun membayar kuih yang mereka ingin beli itu, merek bali tiga dan mama yang perlu dipujuk hanya ada tiga, tidak kurang dan tidak lebih.

Sebaik sahaja mereka ingin pergi ke arah kereta mereka ditahan dengan sesorang perempuan lebih kurang satu kampung kenal dia. Hobi dia suka membawang.

Amymas menoleh ke arah perempuan sebaya dengan mama mereka itu. Yang ini lah mereka tidak suka, gedik kalah Lucky Girls. Dengan kebaya dan payung nyee. Kasut tumit lagi, meka up kalah hantu cina..

"Eh eh.. hampa! Si kembar dan sahabat-sahabtnya. Hampa baru balik ka? Hampa tak rindu dekat Mak Tom ka?" Soal perempuan itu kepada Amymas.

Haa.. nama sebenar dia Safiyyah Irina. Bestkan nama, tapi Amymas sendiri tidak tahu kenapa ramai panggil Mak Tom. Mak Tom ni suka membebel bergosip, memfitnah dan paling penting dan paling wajib ada dalam diri dia adalah membawang, kekadang membawang dengan diri sendiri.

"Maklumlah.. Hampa dah tinggal dekat bandaq tu ah.. hampa lupa lah kami yang ada dekat kampung kan?"

"Saya tak pernah lupa semua orang dekat kampung ni.. tapi saya lupa Mak Tom sorang je.. anak Mak Tom saya ingat siapa. Tapi Mak Tom, baru sat-sat ni nampak muka, baru saya ingat" jawab Danisya sambil sinis, menyampah.

Mak Tom ni ada seorang anak, nama anak dia Sufiah Imina. Anak dia dengan mak dia memang jauh beza, anak dia seorang yang baik dan alim tetapi mak dia kuat membawang. Amymas memang tidak berapa rapat dengan Sufiah kerana mereka rasa Sufiah bajet bagus, bajet alim didepan semua orang.

"Hang dari dulu sampai la ni... hang mana pernah nak ingat nama aku ni kan sebab apa? Sebab hang duk seronok dengan jantan kaya dekat bandaq tu an? Betul an?"

Bulat muka Amymas mendengar

"Hampa ingat nama jantan-jantan yang pernah bersama dengan hampa jelah kan.. nama aku yang mudah diingat ni hampa tak ingat pun. Nama mat salleh yang susah nak sebut tu senang pula hampa nak ingat! Nama aku susah, nama anak aku boleh hampa ingat kan?" Kelihatan Mak Tom tidak berpuas hati dengan Amymas.

Mak Tom dengan Amymas memang dari dulu sampai sekarang suka berperang pun. Lebih kurang macam Lucky Girls tetapi yang berbeza usia mereka.

"Mak Tom ni apahal? Kenapa nak kena cakap kitorang ni berseronok dengan jantan dekat bandar tu?" Danisya mula tidak berpuas hati.

"Hampa ni kan.. berpasang-pasangan dengan orang kaya lepaih tuh hampa kikih duit dia kan? Hampa ni mata duitan ka?" Mak Tom sudah membuat cerita sendiri.

"Mama hampa tu dah kaya, mak hampa ada bisnes sendiri tapi ampa masih nak kikih duit orang ke? Hampa ingat hampa bagus sangat ka?" Sambung Mak Tom sambil mengipas diri sendiri, suka dari pasal orang tua ni.

"Hey orang tua! Mulut kau jaga sikit eh. Aku dekat bandar tu tak pernah nak buat apa yang kau cakap tu. Nasib baik kau tu dah tua, kalau tak tangan aku naik dekat muka kau!" Balas Emylia tegas.

"Kau ni tak padan dengan tua ada hati nak membawang, nak bergosip. Cermin lah muka tu dulu, kau tak dengar eh kubur tengah panggil kau?!" - Danisya

"Rumah kau ada cermin tak?!" - Emylia

"Tak adalah tu" balas Emysha selamba

"Kalau Mak Tom tak ada kitorang dengan suka relanya nak beli untuk Mak Tom? Anak Mak Tom tu tak ada duit ke beli?" Sindir Kaisara sinis

"Hampa ni.. dari dulu sampai la.. tak pernah insaf-insafkan? Tahu biadab je kerjanya kan? Apa lah nasib mak hampa tu dapat anak macam hampa ni? Tak takut dosa ke?"

"Apalah nasib Sufiah tu dapat mak yang suka buat dosa macam Mak Tom ni kan? Mesti dia menyesal an?" Balas Danisya dengan senyuman sinis.

"Mak Tom tak payah nak cakap pasal dosalah sebab sekarang ni saya dah boleh rasa, pahala dekat diri Mak Tom tu hilang dan dosa is coming" balas Emylia lagi.

"Bye orang tua, minta-minta insaflah. Hope to die early" tanpa rasa bersalah Danisya berkata begitu.

Amymas terus pergi dari situ.

"Hey hampa tak payah nak bajet mat salleh kat sini lah! Hampa ingat aku faham ka?! Aku boleh soh anak aku terjemah untuk aku lah" Jerit Mak Tom apabila Amymas semakin jauh.

"Apa benda yang hampa kata tadi? Hohp torwh dai er-aliyh? Apa benda tu, hawau? Hang nak dai rambut sapa?! Tak cukup dengan rambut hampa sendiri ka?!"

Mak Tom membuat muka menyampah dengan Amymas apabila Amymas mengabaikan kehadiran-nya itu. Dah jadi orang bandar berlagak, siapa nak layan mulut jahat macam kau tu Mak Tom?








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now