🌺 - Bab 52

278 21 2
                                    

Semua peserta duduk di meja masak yang di sediakan. Danisya, Emylia, Emysha, Kaisara dan juga Sally dengan Zatty duduk sebaris, kerana tempat itu yang diberikan oleh Daniel.

"Ingat ambil bahan masa yang perlu sahaja. Bahan utama adalah ayam, ayam kena pakai kerana ini adalah ayam masak lemak. Simple je"

Mereka semua berebut untuk mengambil bahan masak tetapi tidak keenam enam perempuan ini, mungkin mereka tidak tahu nak ambil barang pun diberikan masa.

"Gila ke diorang ni? Yang kalut sangat kenapa?" Soal Kaisara terlalu pelik.

Mereka tidak pedulikan kata-kata Malik yang menjadi juri itu. Hanya ambil bahan yang perlu sahaja? Mereka mana tahu bahan apa untuk masak lemak, sampai hujung mereka ambil kesemua barang. Banyak pula tu.

"Semua dah ambil bahan masak? Okey.. korang boleh mula dalam kiraan 3,2 mula!" Kata Daniel yang menjadi penyampai.

Semua dah mula memaksa dan ada yang memotong bawang, ada yang sediakan minyak panas tetapi Amymas dengan Zatty dan Sally tak tahu nak mulakan dengan apa- diorang hanya memandang semua orang.

Danisya mengambil bawang dahulu kerana ramai yang ambil bawang walaupun dia taktahu apa function bawang tersebut. Danisya memotong bawang itu, bentuk? Tak ada bentuk, malah potongannya hancur. Kulit banyak tidak dibuang, kulit bawang dan bawang bercampur. Baru dua potongan bawang, Air mata sudah pun mengalir. Emylia pula memanaskan minyak, ini kes tengok orang depan dan belakang mereka.

"Mama! Kenapa pedih sangat bawang ni?! Bawang ni dera Nisya sampai Nisya nangis mama! Tak ada sapa pun boleh buat Nisya nangis selain mama tapi ini bawang.. hhuhu!" Danisya menangis sambil membebel, tidak peduli dah sapa sapa yang dengar

Kaisara juga menangis apabila kena potong bawang, dia tidak letak minyak tetapi dia letak air kosong untuk digantikan kepada Minyak itu kerana taknak tangan rasa berminyak. Emysha yang memandang ayam mentah tersebut terus berasa geli.

"Kai, kalau kita tak pakai ayam boleh? Aku geli lah ayam mentah ni" soal Emysha kepada Kaisara, itu sudah kira lari daripada menu masakan.

Zatty dan Sally yang nampak Danisya dan Kaisara menangis akibat memotong bawang je pun, mereka terus tak jadi nak letak bawang. Malah mereka gantikan dengan sesuatu yang berwarna hitam, mereka pun tak tahu itu apa benda tapi itu adalah serbuk kopi.

"Potong bawang pun nangis!" Sindir Sally.

Mereka leka memasak dengan penuh semangat tetapi Amymas, Zatty dengan Sally hanya memasukkan semua bahan kerana mereka taktahu cara nak masak dan bahan masak pun tak kenal.

1 jam kemudian ! ...

"Korang hanya tinggal 10 minit sahaja"

Danisya melihat perbezaan masakannya dan orang lain. Kanapa dia punya warna masakan lain? Tetapi orang lain warna kuning hijau-hijau. Demi ingin sama, Emylia ingin meletakkan pewarna kuning, bila di kacau menjadi kuning lah kononnya tanpa tidak sengaja dia terletak sambal blander, Emylia kacau masakan itu tiba tiba bertukar warna merah.

Kaisara pelik apabila masakannya berbeza warna dengan masakkan orang lain. Masakan mereka warna kuning biasa. Kaisara meminta pewarna kuning dekat Danisya lalu terus dia tuang dengan banyak. Bila dikacau masakannya menjadi colour hijau tua yang tidak menarik.

Masakan Zatty dan Sally terlalu berbeza, mereka pelik kenapa orang lain warna kuning cantik je, orang lain lah bukan si Amymas.. tetapi dia punya berwarna kelabu. Dia masih tidak ingat dia letak apa untuk gantikan minyak. Demi menukarkan warna, Sally letakkan serbuk kunyit. Malah bertukar menjadi warna coklat tua pula. Eh.. menjijikkan.

Miss TroubleMakersजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें