🌺 - Bab 104

190 16 0
                                    

Emysha memasuki biliknya dengan keadaan yang sangat marah. Tindakan untuk menutup pintu dengan cara menghempas pintu itu terhalang apabila Emylia muncul di hadapan pintu biliknya termasuk dengan Danisya dan Kaisara. Kalau Emysha tutup pintu tak pasal-pasal dia melukakan kepala adik sendiri.

Emysha hanya memandang mereka dengan pandangan yang tajam. Ini adalah kali pertama dia berperang mulut sebegitu dengan Emylia tentang arwah papa mereka. Mungkin Emysha sedikit stress.

Emysha terasa sakit hati apabila Emylia tidak habis-habis menyoalkan tentang arwah papa. Dia taknak Emylia anggap yang dia tidak sayangkan papa tetapi apabila dia ingin ingat semua benda tu, dia terasa sakit kepala yang amat. Perasaan rindu itu membuatkan kepala Emysha ditekan.

Emysha menuju ke arah katil dan dia duduk sandar dibahagian kepala katil itu. Emylia dan Kaisara mendekatinya manakala Danisya sibuk menutup pintu dan mengunci pintu bilik Emysha, takut makcik bawang tu datang menyibuk lagi.

"Korang percaya ke apa yang Mak Tom beritahu tadi?" Soal Emysha tiba-tiba sambil biji mata memandang mereka bertiga saling berganti.

"Kau percaya ke?" Soal Emylia balik

"Entah.. aku tak tahu nak kata macam mana. Aku rasa apa yang Mak Tom beritahu tu macam betul tapi mustahil mama tipu kita" balas Danisya sambil duduk di kerusi solek Emysha.

"Kenapa kau kata macam tu?" - Emysha

"Entah.. dari dulu lagi hati aku kuat mengatakan.. yang papa kita accindent bukan sebab papa kau kena serangan jantung tapi atas sebab lagi" jawab Danisya kepada soalan Emysha sebentar tadi.

"Sebab apa?" - Kaisara

"Aku tak tahu tapi yang main dalam kepala otak aku sekarang ni.. apa yang Mak Tom kata tu buat aku separuh percaya tapi.. arghh.. takkan mama tipu kita" balas Danisya lagi "Mustahil yang amat.."

Emylia, Kaisara dan Emysha diam seketika

"Apa kata kita tanya mama je" - Danisya

"Betul juga kan? Call lah mama!" Kata Emylia

"Okey.." Danisya bangun berdiri dengan semangat

Dia ingin menyeluk poketnya tetapi dia perasaan tangannya sudah pun menyeluk poket sehingga paras lutut, sejak bila poket aku sampai lutut ni?. Apabila diperhatikan semula, seluar yang dipakainya itu tidak mempunyai poket, dia memandang semua yang ada situ sambil tersengih.

"Hihihi.. sorry lupa phone ada dekat bilik aku" Danisya sengih sambil garu kepala yang tidak gatal, macam mana boleh lupa. Alahai..

"Sha, kau lah tanya" kata Kaisara sambil menunjuk phone Emysha yang berada di atas katil dan disebelah Emysha itu.

Emysha memandang phonenya yang berada disebalahnya sambil memandang Kaisara dengan tajam. Idea sapa taktahu.. aku kena kenapa? Lalu phone itu diambil dengan kasar dan diserahkan kepada Danisya.

"Thank you beb"

Danisya senyum. Butang telah ditekan, kelihatan ada pasword di phone Emysha. Danisya memandang Emysha yang tengah membelek kukunya, geram. Phone di pandang semula, apa kata laluan kau sial? Tak apa aku cuba bisik Danisya

Danisya mencuba pelbagai perkataan yang atas di kepala otaknya. Nama Emysha sudah cuba, nama penuh pun dah cuba, ada juga Danisya cuba letak nama Emylia tetapi tidak berjaya. Nama kumpulan juga telah cuba letak tetapi gagal. Emysha di pandang, Emysha sedar yang Danisya memandangnya kerana tidak tahu kata laluan phonenya terus dia bersuara.

"Kenapa tak call lagi?" Soal Emysha selamba sambil membelek kuku sendiri.

"Apa password kau?"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now