🌺 - Bab 35

344 27 2
                                    

Amymas terpaksa menyiapkan kerjanya kerana telah membuat Daniel bengang semalam, Lucy yang ludah dekat baju Daniel, kitorang yang kena siapkan kerja kitorang sendiri.

Untuk lebih aman tanpa gangguan, mereka terus pergi ke perpustakaan. Kaki yang jarang masuk ke situ telah pun menjejak kaki disitu semula. Selama 2 tahun ada dekat kolej tersebut ini kali yang pertama masuk library.

Mereka cari meja yang ada 4 kerusi, cukup-cukup tuan badan sahaja. Apabila dah jumpa mereka terus duduk dan mengeluarkan assignment masing-masing.

Tiga sampai 10 minit ada dekat situ, muncul seseorang perempuan di meja mereka. Amymas melihat budak perempuan itu secara serentak, budak tu pula macam takut-takut.

"Ye ada apa?" Tanya Emylia perlahan, librarykan.

"Ada orang bagi surat dekat Kak Kaisara" kata junior itu dan memberi surat tersebut kepada Kaisara.

"Sapa bagi?" Tanya Kaisara.

"Ada sorang lelaki tu, taktahulah siapa. Dia pakai mask" balas budak itu.

"Okey.. thanks" Kaisara senyum kepada budak itu sebelum dia pergi dari situ.

Kaisara cepat-cepat buka dan baca surat tersebut. Muka memang terkejut baca apa yang tertulis dekat surat itu, ayat yang paling geli yang dia pernah dapat.

~ Kaisara baby manja ku. Saya amat mencintaimu. Saya harap dengan pickupline yang saya bagi ini awak suka.

1. Awak nak tahu tak apa beza awak dengan banduan?
= Banduan dipenjarakan dekat penjara. Awak dipenjarakan di dalam hati saya.

Kau nak bezakan aku dengan banduan? Kau ingat aku ni teruk sangat ke sampai nak kena masuk penjara? Di hati kau? Geli aku soal Kaisara.

2. Apa beza awak dengan gula?
= Gula manis dimakan, awak manis bila bersama dengan saya

What the hell????

3. Awak kenal mana-mana tukang kayu tak?
= sebab saya nak pahat nama awak dekat hati saya.

Bagus biar mati awal toreh hati sendiri, wah jahatnya fikiran kau, wahai Kaisara.

4. Apa beza awak dengan habuk?
= Habuk melekat di mata saya.. awak melekat di hati saya!

Sendiri bagi soalan, sendiri jawablah.

5. Boleh saya tahu nama penuh awak?
= supaya senang saya nak sebut bila akad nikah nanti.

Cia..cia..cia

Cinta saya dekat awak sedalam lautan.

#secretadmire

Aduh pening kepala Kaisara memikirkannya. Siapa pula yang bagi pickupline yang mengelikan ni?

"Aku lah dengan si Faizal ni! Memang hilang sabar betul lah!" Danisya bangun dari situ, dia ingin mencari Faizal.

Yang lain hanya ikut dari belakang, barang-barangnya hanya tinggal dilibrary itu. Faizal memang sah nak kena kaki dengan si Danisya dan Emylia.

Mereka cari dikantin, tak ada. Apabila pergi di tempat lepak khas untuk pelajar, dia nampak Faizal bersama dengan kawan dia yang semalam.

Apabila hampir sampai dekat Faizal, Danisya terus membaling kertas itu betul-betul kena dekat kepala si Faizal. Dia yang tengah bersembang itu terkejut termasuk kawan-kawannya.

"Apa ni?" Tanya Faizal pelik.

"Patutnya aku tanya kau apa tu?" Danisya menunjuk kertas itu.

Faizal yang taktahu apa-apa itu, terus membuka kertas yang telah royok di gulung itu dan baca dengan wajah terkejut.

"Apasal nampak macam terkejut? Ayat sendiri kut. Kau memang jenis yang takfaham bahasa ke? Kau ingat dia cair ke dengan ayat yang kau bagi tu? Nak termuntah lagi adalah!" Balas Danisya bagi pihak Kaisara.

"Yang kau nak bagi surat dekat aku kenapa? Aku tak sukalah surat ni" kata Kaisara pula.

"Bukan saya yang bagi" kata Faizal jujur.

"Apa bukti kau tak bagi? Siapa yang suka dengan cintakan si Kaisara dekat kolej ni yang terlalu menunjuk? Kau jelah!" Kata Emylia tegas.

"Kalau aku cintakan dia terlalu menunjuk, aku boleh je cakap depan-depan. Buat apa nak tulis dekat kertas" balas Faizal bengang.

"Kau tanya kitorang kenapa? Tanyalah diri sendiri. Kau yang tulis!" - Emylia geram.

"Kan aku dah cakap aku tak tulis surat macam ni! Aku cintakan si Lucy dulu pun aku cakap depan-depan. Aku tak bagi pun surat macam ni dan aku tak pernah bagi pickupline!"

"Kau tahu tak pickupline kau tu menjijikan?" Danisya membuat muka geli.

"Kau memang tak faham bahasa. Kaisara dah cakap dia tak suka kau kan? Kau pekak ke? Yang tetap pikat dia dengan cara yang tak sweet langsung kenapa? Pergilah dekat si Lucy tu!"

"Aku hilang sabar tapi aku boleh bersabar lagi tau. Lagi sekali aku dapat surat yang bodoh macam ni, aku report polis!" Ugut Danisya.

Faizal betul-betul sakit hati, macam mana dia nak cakap dekat diorang, bukan dia yang bagi suarat macam tu. Diorang bukan jenis faham bahasa pun.

"Faizal tak buatlah. Ni bukan tulisan Faizal" sampuk kawan Faizal.

"Kau diam.. kau jangan nak menyibuk!" Kata Danisya tegas.

"Masalahnya kau tak boleh tuduh Faizal macam tu. Dia tak buat, bukan korang taktahu tuduh tu memfitnah orang. Fitnah berdosa besar!" Tegur kawan Faizal.

"Ehhh kau ni! Aku tumbuk juga kang!"

"Faizal! Aku warning kau!"

"Sebelum aku blah, aku nak balas balik pickupline kau dekat Kaisara tu" balas Emysha.

"Apa beza kau dengan kipas? Nak tahu tak?" Tanya Emysha lagi.

Faizal menggeleng kepala. Taknak tahu.

"Okey aku beritahu. Selaju laju kipas berpusing. Laju lagi kepala kau berpusing aku lempang!" Balas Emysha sambil menunjuk tangannya.

Waw.. pickupline yang menakjubkan. Amymas pun pergi dari situ, setiap kali dapat surat, setiap kali tu mereka akan cari Faizal. Bila mereka dah hilang dari pandangan.

"Kau ke yang buat surat ala-ala romantik ni?" Tanya kawan Faizal yang lain.

"Aku taktahu" Faizal dah pening kepala.

Siapa pula yang bagi surat macam ni. Secretadmire? Macam mana nak cari bukti kalau ramai yang minatkan si Kaisara dekat kolej tu, yang pasti dan confirm. Bukan Faizal yang buat!.






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now