🌺 - Bab 72

228 19 2
                                    

Mereka seperti susah nak percaya apa yang mereka nampak di dalam bilik itu. Kenapa semua gambar ni boleh ada dengan lelaki itu? Siapa lelaki itu sebenarnya? Mereka memandang sekeliling kawasan tersebut.

Gambar itu adalah gambar mereka dan kebanyakan adalah GAMBAR KAISARA! Adakah lelaki ini yang sebenarnya secret admire Kaisara selama ni, dan mereka sudah pun menuduh Faizal. Patutlah Faizal yakin sangat yang dia langsung tak salah, memang dia tak salah pun.

Satu gambar di ambil, memang sakit mata memandang gambar tersebut. Siapa dia ni sebenarnya? Secret admire? Mr Stalker? Atau lain lain? Seram sejuk tetapi bagi Amymas mereka tak takut langsung.

Emysha ternampak satu gambar yang mereka sangat tahu kawasan itu, ini gambar masa mereka ditangkap oleh Leon Chong. Adakah lelaki itu yang menyelamatkan mereka semasa mereka hampir dimasak hidup-hidup oleh Leon Chong?

Banyak gila gambar yang tergantung di situ ada gambar mereka dan banyak gila gambar Kaisara. Kalau macam ni, memang dia lah secret admire yang sebenar!

"Wey! Aku boleh gila lah macam ni, apa semua ni?" Soal Danisya memegang kelapanya seperti orang kena sampuk.

"Dia kata tak kenal kita.. tapi apa ni?" Emylia mengambil semua gambar yang ada dan melihat dengan menyampah, kalau ikutkan nak je koyak kertas itu.

"Dia ke yang selamatkan kita dari Leon Chong tu? Dia juga secret admire Kaisara ke? Ni mesti sebab tak sanggup nak bersemuka dengan Kai sampai dia langgar Kai pun dia boleh lari!" Danisya memandang semua gambar yang ada dan tidak tinggal satu pun.

"Kita nak buat apa dengan dia ni?" Tanya Emysha.

"Orang macam ni, tak boleh nak lepas!" Balas Emylia

Emylia mengambir satu gambar yang berdekatan dengannya dan dia laju melangkah pergi ke arah lelaki tersebut. Dia mengambil kerusi dan duduk betul betul di hadapan lelaki tersebut.

"Wey jantan! Apa semua ni? Kau kata kau tak kenal kitorang! Kau kenal Kaisara pun sebab dia ramai peminat tapi apa semua ni? Kau ke secret admire tu, Rayyan?!" Tanya Emylia sambil tangan memegang gambar tersebut.

"Mana kau tahu nama aku?" Lelaki itu pelik.

"Bongong! Kau tengok gambar ni sial, ada nama kau dengan Kaisara, bodoh! Ni gambar aku selfie dengan Kaisara, yang sakit mata memandang. Boleh kau edit muka aku jadi muka tak hemsem kau tu?"

"Dekat dalam tu banyak gambar kitorang. Kalau kitorang selfie empat-empat orang. Gambar kami tiga ni kau edit gambar kau, kau kembar tiga ke? Kembar tiga yang bergambar dengan Kaisara?" Sambung Emylia lagi.

"Ni gambar aku dengan Kaisara. Muka aku kau edit jadi muka kau, siap tulis Kaisara love Rayyan lagi. Kau ni apahal?" Tanya Emylia bengang.

"Kau nak edit pun agak-agaklah lah bro. Muka jantan dah elok tapi bila tengok badan, badan perempuan. Payudara bertimbul tu kau tak malu ke? Nanti kalau gambar ni dapat dekat orang lain. Diorang ingat lesbian kau tahu tak?!" Sambung Emylia lagi.

"Tolonglah lepaskan aku" rayu Rayyan.

"Bagus juga Faizal tu, kitorang suruh cari siapa penyebab Kaisara jadi macam tu tapi dia dah tunjukan secret admire dan si penyebab Kaisara jadi macam tu adalah punca dari orang yang sama" sambung Emysha pula.

"Korang ni gila lah! Aku minat Kaisara tak ada kena mengena dengan koranglah! Korang patut bersyukur aku selamatkan korang dari Leon Chong dulu!!"

"Ouh.. so kau lah yang selamatkan kitorang, kitorang taknak pertolongan kau lah. Kau tolong pun sebab Kaisara ada kan? Kalau dah macam ni.. mestilah sebab Kaisara!" Balas Emylia.

"Korang ni memang sah psycho! Jadi macam ni, sanggup ikat aku sebab kawan korang! Psycho bila kawan dicederakan!" Rayyan bengang, dia tak habis-habis nak melepaskan diri.

"Yang psycho tu kau.." tiba tiba Danisya terfikir sesuatu, kau ada bagi kad dekat Kaisara, cakap yang kau psycho kan? Danisya senyum.

"Ha'ah lah.. kitorang psycho, ha..ha..ha" Danisya gelak sedikit seperti mana dia baca yang ada di kad itu tetapi dia tukar sedikit.

"Apa ayat kau cakap dekat Kaisara tu?" Emylia cuba ingat ayat itu semula. "Ouh.. Awak jangan menyakitkan hati saya sebab saya psycho. Hahahah" Emylia cuba gelak cara jantan.

"Hihihhi.. awak takut? Saya tak sengaja nak sakitkan hati awak, Rayyan. Saya gurau je, awak jangan nangis okey? Ala.. bucuk masam kitee ni.. jangan nangis! Ni saya ada bagi pecah pasu awak" Emylia pergi ke arah pasu yang berdekatan dengannya, terus dihempas sehingga pecah.

Rayyan menahan marah.

"Saya bagi pecah pasu awak untuk awak maafkan silap saya tadi. Saya saja nak test awak.. tak sangka awak nangis kan? Boleh tak kau maafkan saya? Saya cuma kata saya psycho tapi tak sangka awak nangis teruk sangat sampai macam ni, Rayyan! Maafkan saya je" lembut suara Emylia untuk menyebutkan ayat yang Rayyan pernah bagi dekat Kaisara.

Muka yang dilembutkan terus menjadi bengis.

"Kau dengar sini Rayyan! Semua benda yang kau bagi Kaisara akan dapat dekat aku atau Danisya dulu tau, kalau dapat dekat Kaisara pun, dia tak akan marah kalau kitorang rampas dari dia! So, semua ayat kau bagi dia aku dah jemu!"

Arghh! Lepaskan akulah sial jerit Rayyan dalam hati badan tak habis memberontak tak tentu pasal, ikatan yang mereka ikat itu terlalu kuat.

"Kau tak payah nak memberontak lah! Kau tak akan terlepas kau tahu tak! Kalau kau bagi surat dekat Kaisara je tak apa tapi ni.. kau dah langgar dia, mungkin kitorang boleh maafkan lagi. Masalah sekarang ni, kau boleh larikan diri. Disebabkan kau larikan diri kitorang datang dekat kau!" Tegas suara Emysha memberitahu.

"Kau lari, kitorang datang. Macam main kejar-kejar, alah-lah romantik kan?" Perli Danisya.

"Aku minta maaf lah awal-awal kan?! Aku cakap betul, selagi Kaisara tak sedar aku tak akan lepaskan kau! Kau ingat eh.. kalau Kaisara tak sedar sampai bila-bila, aku akan pastikan kau mati kebulur!"

"Tolonglah lepaskan aku! Aku minta maaf! Aku tahu aku salah! Aku tak sengaja nak langgar Kaisara time tu, janganlah buat aku macam ni. Aku selamatkan kau, kau buat aku sampai macam ni, kau memang tak kenal siapa aku yang sebenarnya lah!"

"Tak kenal kau apanye? Kau lah punca Kaisara jadi macam tu, kau lah secret admire yang bagi macam-macam kad dan surat dekat Kaisara! Kau lah semuanya!" Danisya jadi hilang sabar,

Dia teringat macam mana sakitnya Kaisara semasa terbaring di jalan tar itu. Rayyan pula, boleh pergi macam tu je, bukan nak datang minta maaf ke.. tetapi Amymas tak boleh terima perkataan maaf.

"Sekurang kurangnya kau datanglah bertanggungjawab atas apa kau dah buat dekat Kaisara. Ni kau blah macam tu je, minat dia tapi kau lari time dia sakit? Apa ni?!" - Emysha.

Mereka memarahi Rayyan sampai macam-macam ayat maki yang keluar dari mulut mereka. Mereka terus pergi dari situ, tetapi Rayyan hanya dibiarkan begitu sahaja. Mereka akan datang balik untuk berjumpa dengan Rayyan.

Mereka tahu kalau Kaisara ada, Kaisara tidak suka dengan tindakan yang telah Emysha, Emylia dan Danisya buat kerana itu lebih kepada mendera seseorang, walaupun Amymas bermasalah tetapi Kaisara jenis yang baik, sporting dan lemah lembut sedikit.

Tapi kalau sesiapa yang dah sakitkan ahli mereka, mereka yang lain akan balas dendam tanpa memperdulikan elok atau tak elok! Baik atau jahat! Balas dendam tetap balas dendam bagi Amymas!



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now