🌺 - Bab 12

528 35 1
                                    

Kau cakap macam kau tak ada kena mengena pula kan Sha? Macam yakin sangat dia tak marah kita.. tapi tadi dia tak marah ka? Tak pasal-pasal kena menendang!

"Kau pun sama lah! Walaupun kau tak backup Lia tapi kau dikaitkan sekali dalam hal ni. Jangan nak rilexs sangat walaupun kau tak ada buat apa-apa!" Kata Kaisara tegas.

"I'm still scared, kalau dia report dekat mama kita macam mana?" Tanya Danisya perlahan. Takut lah kononnye.

"Rilexs lah! Sekarang fokus je dalan kelas! Kita guna lah strategi kita nanti" kata Emysha selamba.

Strategi bermaksud, mereka akan bergurau masa kena marah dan nak buat sesiapa yang marahkan mereka rimas dengan mereka, dan akan halau mereka awal-awal.

"Banyak lah kau punya strategi" balas Emylia.

Mereka hanya fokus di dalam kelas dan tiada sesiapa pun bersuara. Secara tiba-tiba Danisya terus bersuara.

"Kau jangan nak rilexs sangat! Kau pun sama je" soal Danisya tiba-tiba. "So kau akan kena marah juga. Kau yang melawan, kau dengan Lia marah dia, tak cukup dengan tu kau jerkah dia pula!" Sambung Danisya kepada Emysha yang sibuk menulis.

"Kepala otak engkau!" maki Emysha still cool. Sejak bila pula dia melawan nie? Setahu dia, dia hanya diam sahaja.

"Chill lah! Korang ingat ni sekolah rendah ke? Dia suruh kita sit down, kita sit down! Dia suruh kita stand up, kita stand up. Tapi kali ni dia suruh kita sit down, berdiri atas meja jawabnye" sindir Emysha sambil bermain pen, dia ketawa sedikit.

Semasa mereka tengah bersembang mereka mendengar ada suara menegur mereka. Memang sah jantan ni dengki dengannya!

"Yang belakang tu! Tak faham ke saya suruh senyap sikit?" Marah Daniel.

"Kurang faham! Sebab tulah datang belajor!" Sindir Danisya kuat, sambil ketawa perlahan. Dia mengetuk ketuk meja sedikit. Kelakar kononnye.

Kelihatan diwajah Daniel sangat tegas dan menahan marah. Itu pun tidak lagi memberi kesan kepada mereka berempat. Nak kena belasah dulu baru nak dengar cakap ke?!

"Bising sangat ke kita sembang?" Tanya Emylia sambil mengeluarkan buku kerjannya. Dia masih tidak sedar bahawa suaranya agak kuat.

"Entah, aku rasa slow je" sokong Kaisara.

Daniel menahan geram yang amat, dah tegur masih lagi bersembang! Kalau adik aku ni dah lama aku belasah je, nasib baik lah anak orang dan nasib baik lah aku ingat tuhan sebelum aku bertindak keterlaluan!

"Hey! Belakang tu, ini amaran terakhir okey!" Suara Daniel tegas.

Kau nak sangat kitorang senyap sikitkan.. okey kitorang boleh je senyap sikit. Tapi.. sikit je lah.. banyak melebih pula kan?

"Kau rasa sekarang suara aku dah perlahan ke?" Soal Danisya.

"Ye lah kot" Emylia menyoal dengan suara perlahan juga.

"Aku cakap slow juga kan?" Sampuk Kaisara pula.

Tiba tiba...

"Slow apa kalau saya masih boleh dengar suara korang?!" Sampuk Daniel yang mencengkam pinggang.

Mereka sedikit terkejut. Perlahan-lahan menoleh ke arah Daniel. Kau ni kan pakcik! Memang sah kau nak cari pasal dengan aku kan? Kau kann!

"Hey pakcik! Kenapa kami je yang kena? Ramai lagi yang bersembang kan!" Jerit Danisya dah hilang sabar dan dia bangun tiba-tiba dari duduk semakin lama semakin geram pula dia, malu lagi, aku tahu malu ke?.

Pelajar lain agak terkejut dengan jeritan Danisya tiba-tiba itu. Mereka faham yang Danisya dah hilang sabar.

"Sebab awak and the geng bercakap macam pontianak nak beranak" kata Daniel tegas.

"Dah saya taknak dengar suara awak dah! Jangan ingat awak dah pandai awak boleh buat bising dan tak payah belajar lagi. Kalau taknak belajar sangat, rasa dah pandai sangat, dipersilakan berhenti kolej, pergi balik lipat kain lagi bagus" sambung Daniel tegas, hilang sabar kalau dengan 4 orang Miss TroubleMakers ni, dia menyambung pelajaran.

Lipat kain? Ada nampak muka diorang ni macam bibik jalanan ke? Kain diorang lipat macam tak lipat je.. kalau duduk dengan mama diorang, semua mama diorang yang buatkan.

"Lipat kain?" Soal Danisya perlahan

"Pakcik kata taknak dengar seberang suarakan, so pakcik pun diam lah!" Sambung Danisya dengan penuh keberanian.

Daniel memandang tajam ke arah 4 orang wanita biadap itu.

"Lepas habis kelas saya nak jumpa dengan awak berempat" kata Daniel dengan nada yang tegas.

Emysha yang bersuara sikit itu pun kena juga.

"Tapi lepas ni balik lah!" Bantah Danisya

"I dont care! Saya nak jumpa awak semua juga!" Kata Daniel tegas yang amat,

Danisya mengeluh geram, dia duduk atas kerusi semula.

"Kau punya pasal lah ni. Pergi melawan kenapa?" Bebel Kaisara perlahan.

"Kau pun sama" Danisya salahkan Kaisara.

"Okey pakcik!" Soal Emylia tiba-tiba.

Kemudian dia memandang sekeliling. Kisah apa mereka? Malu pun malu lah! Mereka hanya menjeling Daniel yang tengah mengajar itu, benci! Dalam masa yang sama Daniel juga tidak puas hati dengan 4 orang wanita biadap itu, tak reti nak hormat langsung.

Mentang-mentang aku tua 7 tahun je dengan diorang. Selamba badak diorang melawan cakap aku, sekurang-kurang hormat lah aku sebagai pensyarah diorang. Ni tak, memalukan aku lagi adalah! Desis hati kecil Daniel.



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now