🌺 - Bab 36

333 25 2
                                    

Semua pelajar belajar dengan penuh fokus kecuali Amymas, mereka tengah tidur tanpa memperdulikan yang lain. Puan Choung yang nak siapkan kerja itu terpandang Amymas.

Puan Choung kenal sangat dengan perangai mereka itu. Kalau tegur, kena dekat dia balik.. tapi tidak boleh dibiarkan sahaja kerana mereka datang kolej kenalah berlajar bukan tidur.

Baru sahaja dia nak gerak Amymas tiba-tiba ada seseorang datang masuk ke dalam dewan itu datang kepada Puan Choung. Puan Choung memandang ke arah pelajar lelaki tersebut.

"Hello Puan Choung" sahut lelaki itu.

"Hello, ada apa jumpa saya?"

"Saya datang nak beritahu yang Tuan Malik panggil diorang semua jumpa dekat dewan utama" balas lelaki itu.

"Kenapa?" Choung ingin tahu.

"Taktahu lah. Katanya dia nak denda diorang semua"

"Denda? Diorang buat apa?"

"Taktahu. Saya hanya sampaikan pesanan dia, suruh diorang pergi dewan utama sahaja" balas lelaki itu dengan penuh sopan.

Apa diorang dah buat dekat Tuan Malik? Kenapa Malik nak kena denda diorang? Pelik betul si Malik ni, selalu sangat dapat bala.

"Pelajar! Tolong berikan perhatian. Awak semua kemas barang dahulu sebab Tuan Malik nak jumpa awak semua dekat dewan utama" beritahu Choung.

Semua cina yang ada dekat kolej itu dah terbiasa dengan bahasa melayu dan english sebab itulah bahasa cina diorang tak pekat sangat.

Semua pelajar menutup buku masing-masing dan mereka baru dari tempat duduk terus menuju ke pintu keluar tetapi Amymas...

Lena betul diorang tidur tanpa sedar situasi sekeliling. Puan Choung yang turut ikut sama itu tidak perasan tentang Amymas yang lena itu.

Mereka semua sampai dibahagian dewan utama. Kelihatan kelas, Lucky Girls ada sekali. Kenapa si Malik ni nak kena panggil dia? Tak padan dengan Tuan ada hati nak denda kami.

Puan Choung lihat di situ ada Tuan Malik dan pensyarah baru, Encik Daniel. Mereka berkumpul untuk apa ni? Ada motivasi ke? Kalau ada mereka akan berbincang sekali.

Puan Choung datang dekat mereka. Kelihatan Tuan Malik tidak memakai baju kemeja iaitu baju bekerja lah kan.. tadi pagi dia pakai je baju kemeja, elok je and then kenapa tukar baju?

Puan Choung tanya kenapa kena berkumpul dan Tuan Malik ceritakan hal yang sebenar. Mereka memang dah melampau.

Daniel menajamkan matanya memerhatikan sekeliling, mata tajam mencari Amymas, empat orang budak perempuan ni licik sedikit. Cari.. cari.. tak jumpa.

Korang sengaja nak lari dari masalah ke? Daniel menunggu Puan Choung dengan Tuan Malik habis berbual, baru dia tegur Tuan Malik.

"Tuan, saya kira tak cukup lagi empat orang" kata Daniel sengaja, padahal dia tidak tahu pun jumlah keseluruhan murid.

"Tak cukup? Siapa dia?"

"Ermm.. Amymas"

Sebut sahaja nama itu Malik terus kenal, tak payah penat-penat berfikir panjang. Budak yang bermasalah kan.. sapa yang tak kenal?

"Puan Choung, Amymas ada datang tak?"

"Ada. Kenapa?"

"Diorang tak ada pun dekat sini. Saya mula berbicara dah ni" balas Malik perlahan sambil memandang sekeliling.

"Tak ada?" Choung berfikir "Alamak Tuan. Mereka tidur di dalam kelas tadi. Saya lupa nak gerak dia lah tuan" sambung Puan Choung dengan wajah yang bersalah.

Tidur????

"Tuan Malik!" Jerit Sally dari jauh!

"Kenapa nak suruh kitorang berdiri punya lama macam ni? Apa yang nak beritahu sangat ni? Saya panaslah!" Sambung Sally tegas.

"Cepatlah cakap! Malas nak tunggu lama-lama macam nilah ! Saya bukan tunggul kayu, tiang, batang kayu nak berdiri lama-lama. Cepat cakap!"

Malik tidak membalas lalu terus memandang ke arah Daniel dan Choung saling berganti.

"Tuan, nak pergi panggil diorang ke? Lucky Girls dah bising sangat tu" soal Daniel kepada Malik.

Lucky Girls dan Amymas spesis sahaja! Mereka ni sangat cerewet dan kalau pelajar lain.. mesti dah lama berundurkan diri sebab perangai biadab mereka itu pelajar lain tak boleh lawan.






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now