🌺 - Bab 138 Tamat

835 22 0
                                    

Amymas telefon mamanya untuk bertanya khabar mereka. Skrin telefon itu dilihat dan speaker dibuka supaya semua boleh dengar apa yang disembang.

"Mama taknak korang buat masalah okey.."

"Yeee.. berapa kali mana nak tegur. Buat masa ni kitorang memang dah tak cari pasal dengan sesiapa dah. Kitorang kan tengah berusaha untuk tak cari masalah.. tak percaya tanya Encik Daniel" balas Kaisara.

"Kalau macam tu tak apa lah, mama risau je korang buat masalah balik. Kalau korang dah tak buat perangai, mama rasa lega.." balas Karina

"Mama rasa lega? Mestilah sebab kitorangkan dah tak cari pasal dengan sesiapa, mengumpat, perli pun dah tak ada dah. Cuma Lucky Girls je yang masing buat semua tu.." balas Kaisara.

"Lucky Girls tu korang tegurlah diorang.."

"Taknak lah.. malas! Dah banyak kali kitorang ajak berubah lagi. Jangan sampai diorang hasut kitorang sudah.." balas Kaisara pula

"Tak baik cakap, diorang nak hasut korang tau. Takkan lah diorang nak suruh korang buat benda yang bukan-bukan.. diorang pun risaukan korang juga.. kalau korang tak boleh buat perangai tu, mama faham sebab korang dah terbiasa kan?" beritahu Karina lembut

"Hmm.." malas Kaisara hendak jawab

"Okeylah.. mana nak kena masak ni. Bye.. i love you all, nanti cuti balik okey" Karina tersenyum sedikit disebalik telefon.

"Bye.. i love you too, mama" Talian telefon di matikan begitu.

Amymas duduk diruang tamu mereka sambil menonton tv besar tersebut. Bila berusaha nak berubah, menjadi bosan tiba-tiba, Danisya yang banyak bercakap tu pun dah tak bercakap banyak dah dekat dalam kelas.

Dekat kelas pun mereka sudah tidak tidur, tidak berbual atau pun datang lambat. Macam mana pelajar biasa datang kolej untuk belajar, itulah Amymas yang sekarang.

Mata mereka tertumpu ke arah pintu apabila itu rumah mereka dibuka secara tiba-tiba. Mereka agak terkejut, ingatkan perompak ke apa, rupa-rupanya Lucky Girls yang datang.

"Hello guys! I ada new story for you guys.."

"Aku taknak dengarlah.." - Emylia

Selalunya macam ni lah. Lucky Girls akan datang kepada Amymas untuk menceritakan semua benda kepada mereka tetapi Amymas cuba untuk tidak masuk campur hal itu.

"Kau ni dah macam Mak Tom kau tahu tak? Tak habis-habis sampaikan berita macam mana diorang sampai kan dekat kawan dia tu.." tegur Emysha

"Kau jangan nak sama kan aku dengan dia. Wey.. cerita kali ni mesti korang tertarik tahu tak?!" Lucy masih nak ceritakan hal itu.

"Astaghfirullahalazim.. lailahaillallah"

"Kau berzikir macam mana sekali pun aku tetap nak kau dengar cerita aku dah confirm kau akan suka dengan cerita aku.."

Amymas hanya mengabaikan sahaja..

"Lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah.."

"Cerita ni best gila.. aku nak beritahu je dan kalau kau taknak pergi jumpa dengan diorang pun punya pasal dekat koranglah. Aku nak beritahu je benda ni" balas Sally dengan senyuman gembira.

"MasyaAllah. Kau sendiri yang tahu kan tak baik nak bergosip nanti tak pasal-pasal dapat dosa bergosip macam Mak Tom. Nak ke? Astaghfirullahalazim kau ni.." tegur Emylia pula dengan wajah yang serius.

"Lailahaillallah, lailahaillallah.. MasyaAllah.." Danisya masih teruskan dia punya zikir, malas hendak dengar cerita daripada Lucky Girls.

Amymas dah lah masih ada sisa-sisa perangai Miss TroubleMakers. Kalau korang sengaja nak hasut diorang, confirm jadi perangai asal semula.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now