🌺 - Bab 5

821 45 2
                                    

Faizal hanya menahan sabar. Dia tahu yang Emylia hanya ingin menyakitkannya! Sabar jelah nasib baik kawan Kaisara kalau tak dah lama aku perang mulut dengan diorang ni bisik hati Faizal yang cuba menenangkan hatinya yang panas. Tengah mengelamun Emylia memanggilnya.

"Weh Faizal !" Panggil Emylia.

Faizal menoleh ke arah Emylia. "Ada tisu lagi tak? Tisu kau bagi ni tak cukup lah" rungut Emylia apabila Faizal memandang ke arahnya.

Faizal pun mengeluarkan bekas tisu dari beg galasnya. Baru saja Faizal ingin mengeluarkan satu tisu untuk diberi kepada Emylia tetapi dengan sekelip mata Emylia merampas tisu itu dari Faizal.

Faizal terkejut dengan tindakan Emylia

"Lembab lah kau ni! Btw thanks" ucap Emylia. Dia mengeluarkan tisu itu dan mengelap mukanya.

"Nah Kai, lap muka kau yang basah tu. Kesian pula tengok kau ni" kata Emylia sambil menghulurkan tisu kepada Kaisara.

Kemudian Emysha menghampiri faizal.

"Kau tengok tu, Emylia bagi dia ambil. Kau bagi dia cakap apa? Kesiannn" perli Emysha. Sengaja ingin menyakitkan hati Faizal.

Semasa Emylia dan kaisara sedang mengelap muka masing-masing, tiba-tiba mereka terdengar jeritan seseorang dari belakang. Amymas sekelip mata menoleh belakang untuk melihat gelaran yg menjerit itu.

Lucky girls? Apa diorang nak?

"Faizal! My biyyyyy" jerit Lucy dari jauh. Suara lucy agak kuat itu menarik perhatian orang ramai.

Aduihh. Malu fasa dua pulak kata Emylia dalam hati sambil menepuk dahi. Mereka melihat Lucy yg sedang berlari ke arah mereka diikuti dengan Zatty dan Sally.

"Biy, ape you buat dengan diorang ni?" Tanya Lucy manja sambil memeluk lengan Faizal. Faizal sudah membuat muka rimas, kelihatan seperti tidak suka dengan kehadiran Lucy and the geng.

"Kite dah tak ada ape-ape kan! Tolong hormat keputusan aku boleh tak!" Kata Faizal tegas, siap tepis tangan Lucy lagi.

Tapi Lucy peluk balik tidak peduli orang melihat mereka. Dasar gatal!

"Tapi I sayangkan you baby" kata Lucy dengan nada sedih.

Drama apa pula ni? Geli aku! Menyampah plus nak muntah Amymas melihat drama Faizal dan Lucy. Gedik! Takada maruah ke betina ni? Desis hati Amymas.

"Drama pukul 7 nanti, kau buatlah agenda romantik puas-puas sekarang baru pukul 4" kata Danisya tiba-tiba,

"Nak terkencing aku tengok korang ni" sambung Kaisara. Lucy yang memang tidak sekepala dengannya menjeling tajam.

"Eh Lucy! Tadi kan aku nampak Faizal sorang je dekat sini. Lepastu diorang datang,aku rasa betul lah diorang nak goda Faizal" kata Zatty kepada Lucy.

Memang tak tahu malu betul lah betina sekor ni! Suka hati ja nak menuduh orang! Rasa macam nak bagi kaki betul-betul je! Nasib baik lah kitorang ni perempuan, tak boleh kangkang luas-luas.. tak elok lelaki pandang. Korang yang gedik tu tak pe.. sebab korang bukan perempuan tapi betina? Betina tahu malu ke?

"Hello Emylia! Tadi aku nampak kau ada ambil something dari Faizal, kau bagi balik barang dia!" Kata Lucy sambil menunjuk ke arah Emylia

Aku? Ambil sesuatu dekat Faizal? Emylia fikir balik tak faham apa yang disampaikan oleh Lucy.

"Aku ambik ape?" Soal Emylia blur. Dia betul-betul tak tahu.

"Kau jangan buat-buat tk tahu! Kau bagi balik!" Marah Sally tiba-tiba.

"Hah? Apadia?" Oh my god! Emylia still blur..

"Hello, aku tak buta macam kaulah. Aku nampak kau ambil something dari dia! Kau bagi balik sebelum aku haramkan" marah Lucy.

Ewah! Barang Faizal kau yang haramkan. Hebatnya kamu! Yakinnya kamu!!

"Aku ambil apa?" Tanya Emylia

"Dia suruh kau bagi balik apa yang kau ambil dekat Faizal tadi" ulang Kaisara berbisik sedikit dekat telinga Emylia.

"Masalah sekarang ni aku taktahu aku ambil apa, bodoh!" Tak pasal Kaisara kena maki dengan Emylia

"Tisu tadi la lembab!" Hah kan dah kena balik dengan Kaisara. Kaisara masih dengan nada berbisik.

Ouh.. dia nak tisu ni ke? Emylia memandang Lucy tajam. Kau nak sangatkan!

"Kau nak balik?" Tanya Emylia kepada Lucy dan Lucy hanya memandang serius tanpa berkata.

Emylia memandang tisu yang basah ditangannya kemudian memandang Lucy Semula. Dia senyum jahat!

"Nah! Ambil lah. Aku memang taktau nak buang mana! Elok lah kau mintak. Dah boleh jadi tong sampah bergerak" Emylia terus baling tisu tu ke muka Lucy.

Lucy terkejut dengan tindakan Emylia. Tak guna punya perempuan! Jerit hati Lucy. Yang lain hanya ketawa..

"Kau bongok ke bangang?" Jerkah Lucy kuat kerana sedang menahan marah. "Eeeuuuww" Lucy membaling tisu itu dekat Emylia semula tetapi tisu itu mendarat dekat kaki Emylia

"Dah lah jom balik! Aku dah lah tak selesa dengan badan basah ni! Penat pula tu!" Kata Kaisara tenang. Dia terus pergi dari situ, diikuti oleh Danisya dan Emysha

"Bye Kai, see you later" Faizal senyum kepada Kaisara yang terus pergi itu. Kaisara pula hanya 'hmm' kan sahaja..

Emylia masih di situ menjeling Faizal menyampah! Sempat lagi kau ye Faizal. Kemudian dia pandang Lucy dan memandang pula tisu di kakinya.. tisu basah itu betul-betul berada di kakinya

"Nah ambik balik! Aku tak hadap pun lah tisu murah macam ni!" Kata Emylia menendang tisu basah itu ke arah Lucy! Kau nak sangatkan.. kau ambik lah!

"Jangan buat sampah dekat sini!" Sambung Emylia selamba. Buat sampah? Siapa yang buat sebenarnya? Kau ke dia? Tiba-tiba terdengar suara memanggilnya.

"Emylia!" Jerit Emysha, kakaknya itu! Emylia terkejut!

"Kejap!" Jerit Emylia.. Emylia pandang Lucy serius beberapa saat kemudian senyum.

"Tata beb!" Emylia lambai tangan. "Kutip tu!" Sempat Emylia berpesan. Emylia berlari anak untuk mengejar Emysha, Danisya dan Kaisara yang sudah jauh berjalan.

Lucy mengeluh geram! Arghhh! Faizal pun terus pergi dari situ tanpa memperdulikan Lucy! Faizal turut sama malas hendak melayan mereka. Bencinya! Jerit Lucy dalam hati sambil menghentak hentak kaki kemudian dia mengejar Faizal dari belakang diikuti dengan Zatty dan Sally.





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now