🌺 - Bab 105

203 17 1
                                    

Darwina mencari nombor Mak Tom dan terus nombor itu ditekan oleh hujung jarinya. Pertama kali dan kedua kali tidak diangkat oleh Mak Tom, kali ketiga juga tidak diangkat tetapi Darwina terus menghubungi Mak Tom kerana perkara yang penting baginya. Dia memandang Ellyna dan Karina, Beberapa minit kemudian Mak Tom menjawab callnya.

"Assalammualaikum Tom"

"Wslm. Apa hang mau?"

"Tom, aku nak cakap sikit dengan kau Tom"

"Cakap apa? Hang jangan nak bising pula aku duduk rumah anak hang. Hang sendiri yang kasi aku minta izin nak duduk rumah anak hang kan, la ni dia dah kasi hang nak soh aku pi dari sini pula ka?"

"Aku tahu kau ada dekat rumah anak aku tapi aku bukan nak cakap pasal kau duduk rumah anak aku, tapi pasal arwah papa diorang.. please jangan cerita apa-apa pasal arwah Amran, Nizam dengan Luqman dekat diorang"

"Apa hang ni?" Mak Tom dah tak faham situasi.

"Kau tak perlu tahu kenapa aku nak rahsia kan benda ni dari diorang tapi aku minta sangat dengan kau jangan cerita apa-apa dekat diorang. Kau kata je yang papa diorang accindent sebab Amran kena serangan jantung time drive" Darwina masih memujuk Mak Tom.

"Aku tak berapa nak faham sangat situasi hampa ni. Pasal pa hampa nak rahsia kan benda ni dari depa? Apa yang depa akan buat kalau tahu benda betul?" Mak Tom seperti sengaja nak memberitahu cerita sebenar kepada Amymas.

"Kau tahu kenapa.." jawab Darwina perlahan

"Ka sebab hang takut anak hang pi balas dendam dekat orang tu? Hang nak risau apa? Anak hang tu kalau nak balas dendam pun, depa pi jumpa orang tu lepastu balas dendam cara perang mulut ja. Mana ada buat apa-apa pun kan.."

"Memanglah kau tahu diorang kalau berdendam akan pergi jumpa dan akan perang mulut je tapi kalau diorang ada niat nak BALAS balik apa yang orang tu dah buat. Aku tak make sure hidup anak aku selamat, kita tak kenal siapa diorang, so aku minta tolong kau jangan cerita benda yang sebenarnya.."

"Hang tak payah nak risau ngat aih. Depa tu kata je lebih tapi tak berani pun.."

"Aku kenal anak aku.." potong Darwina

"So hang nak kata depa akan pi cari orang tu sampai dapat walaupun benda ni dah 8 tahun yang lepas ah? Tah-tah orang yang langgar bapak depa pun tak ingat apa-apa.."

"Diorang akan cari juga walaupun benda ni dah 8 tahun yang lepas sebab benda ni berkenaan dengan papa diorang, insan yang diorang sayang. Aku minta tolong sangat dengan kau.. tutup mulut kau tu.."

"Hey! Anak hang tu tak akan berani lah.. pergi jumpa sebab nak cakap pasal benda yang dah beberapa tahun yang lepas. Anak hang gila ka apa? Tak ada sesiapa pun ingat hal ni. Kalau depa pi serang pun tah-tah orang tu kata anak hang gila, sewel!"

"Pasal lah anak hang nak pi cari depa pun. Sekurang-kurang dapat juga depa marah manusia yang mampus kan bapak depa! Hang kenapa macam tak sokong depa ja nak balas dendam depa suami hang?"

"Dendam? Dendam tak boleh nak kembalikan orang yang diorang sayang, entah-entah memudratkan lagi! Aku larang diorang sebab perkara yang diorang nak buat bahaya. Kalau orang tu bukan orang jahat kenapa dia lari waktu accindet tu? Tinggalkan kereta dia macam tu ja?"

"Hang fikiaq lah sikit. Dia takutlah tu, atau tak ada duit nak bayar penguam! Dah tu macam mana hang tau orang tu hilang kawalan?"

"Aku pun tak pasti, aku tak ada dekat situ masa tu. Orang ramai kata kereta tu yang hilang kawalan, tuan kereta tu lari. Sekarang ni.. Aku call kau sebab nak minta tolong je.. tolong jangan cerita semua benda ni dekat anak aku"

"Anak hang dah besaq!"

"Besar besar pun.. diorang perempuan Tom!"

"Anak hang kalau pi balas dendam pun, perang mulut je kan? Hang jangan nak takut sangat lah. Anak hang tu mesti tak dak niat nak bunuh orang tu lagi lah, aku yang tak suka anak hang pun, masih boleh fikiaq anak hang tu masih ada otak"

"Tapi diorang perempuan.. walaupun perang mulut je.. diorang tetapi perempuan Tom. Kalau diorang pergi rumah orang tu, orang tu lelaki. Tak ke kena nyawa anak aku? Kalau anak aku diapa-apakan macam mana huh? Kalau orang tu bunuh anak aku macam mana? So kau jangan cerita benda yang sebenar sebab aku taknak anak aku berdendam je"

"Biarlah diorang tahu. Berdendam je pun"

"Dendam macam ni bahaya Tom! Kalau apa-apa jadi macam mana? Anak aku nak balas dendam lepastu Anak aku mati sebab orang tu macam mana Tom?"

"Buat anak baru.."

"Aku serius Tom!"

Mak Tom hanya buat muka meluat.

"Sampai bila hang nak rahsiakan benda yang betul ah? Hang tak rasa ka suatu hari nanti akan kantoi juga? Huh? So tak payah nak rahsia ngat aih"

"Memanglah akan kantoi juga tapi biar lah kantoi dari mulut aku sendiri asalkan bukan mulut orang lain. So tolong jangan bersuara depan anak aku.." rayu Darwina lagi.

"Okey bye. Aku lapaq nak makan!" Mak TomTerus talian di matikan begitu sahaja, handphonenya dicampak diatas sofa, dia memandang bilik atas yang kepunyaan Amymas. Tanpa berkata apa, dia menjeling.

Darwina perlahan-lahan menjauhkan phone dari telinganya. Ellyna dan Karina seperti tidak sabar nak tahu apa yang dikatakan oleh Mak Tom, muka Darwina kelihatan sayu membuatkan Ellyna dan Kaisara memandang satu sama lain.












___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersМесто, где живут истории. Откройте их для себя