🌺 - Bab 38

355 26 10
                                    

Amymas pergi ke dewan utama selepas diugut oleh Daniel. Sebaik sahaja mereka tiba di permukaan pintu dewan itu, kelihatan ramai pelajar yang tengah menunggu mereka.

Tanpa rasa malu mereka terus masuk. Yang lain ketawa dan ada yang menahan ketawa sebab tak berani nak ketawa tapi Lucky Girls sudah jelas suara mereka tengah gelak. Mereka kelihatan serabai, rambut kembang.

"Waw! Hantu Kak Limah dah muncul. Tepuk hormat sikit!" Jerit Lucy sambil ketawa.

"Diam!" Marah Malik apabila ramai yang ketawakan Amymas, diorang nak ketawa, ketawa jelah.. tapi jangan masa dia nak bercakap.

"Saya kumpulkan kamu semua sebab saya ada something nak tanya dekat kamu. Kamu kena jawab dengan jujur!" - Malik.

"Siapa yang kenakan saya dengan tepung, telur, and lendir apa entah pagi tadi? Kamu ingat saya ni robot ke nak kena menghadap prank yang kamu semua kenakan saya setiap hari?" Sambung Malik tegas.

Amymas pandang satu sama lain, siapa yang kenakan Malik ni? Setahu mereka lah kan, untuk hari ni Amymas tak ada bincang apa-apa lagi untuk kenakan Daniel. Ada orang lain yang dengki dekat Malik ke selain Amymas?

"Mengaku cepat! Saya dah tak larat nak tanya banyak kali" bidas Malik.

"Ehem.. bak kata Lucky Girls itu adalah rezeki untuk Tuan, Tuan dapat bala itu dikira rezeki. Tuan patut bersyukur!" Kata Danisya selamba.

"Mungkin sebab prank prank ni terlalu minatkan Tuan yang botak tengah tuh" - Emysha tenang

"Hoi! Bila masa kitorang cakap? Kau jaga sikit mulut. Aku sumbat dengan kasut tumit aku ni baru tahu!" Marah Zatty bengang.

"Kau tak ingat ke Lucy baling selipar ke kasut entah lah dekat kepala aku! Kau cakap apa? Rezeki kan?" Emysha mengingatkan kisah silam.

"Tu aku cakap dekat kau! Bukan dekat Tuan Malik!" - Zatty.

"Yeke?"

"Yelah!" Balas Zatty Kasar

"Wahai Tuan Malik, Zatty kata itu rezeki Tuan kerana dapat sebuah bala yang datang secara tiba tiba dan kami sebagai Amymas simpati!" Kata Emysha dengan jujur.

"Kau memang bodoh lah!" Maki Zatty.

Amymas memang taktahu pasal tepung, telur ni semua. Ingat birthday party ke nak prank pakai barang masak? Membazir tahu tak? Amymas ni bukan tak ada duit, mak diorang ada bisnes sendiri dan selalu bank in duit untuk diorang tapi tulah.. kedekut.

Sebab itulah boleh beli jam mahal semasa pertama kali terjumpa Daniel dekat shopping Mall tu.

"Jangan gaduh boleh tak?! Setiap kali perjumpaan saya, korang mesti gaduh, berperang mulut! Kamu ingat ni sekolah menengah ke? Perempuan pula tu!" - Malik

"Entah.. saya ingat ni tadika" balas Lucy selamba.

"Kau lah budak tu!" Kaisara membalas kata-kata Lucy sebentar tadi.

"Rambut serabai! Kau tolong diam boleh tak?" - Marah Sally bagi pihak Lucy.

"Kamu memang buat sabar saya semakin hilang! Lagi sekali antara kamu bertujuh bersuara, saya akan telefon mak kamu!" Kata Malik kepada Lucky Girls dan Amymas.

Terus diam Amymas dan Lucky Girls. Mak Amymas memang dah tahu perangai nakal, selalu kenakan orang tu. Dah tegur banyak kali tapi kata-kata mak mereka masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Saya dah tanya banyak kali tapi korang masing-masing taknak jawabkan. Tak pee.. saya akan denda kamu semua!"

Semua pelajar dah mula merungut

"Walaupun saya tahu denda ni salah dan pihak kolej tidak boleh buat macam ni dekat kamu semua kerana kamu dah besar tapi saya akan buat juga! Saya sanggup tanggung risiko untuk mengajar awak semua!"

"Apa yang salah sampai pihak kolej larang tu?" - Danisya

"Denda kamu lah!" - Malik

"Tahu pun.. yang nak denda juga kenapa?
Berani sangat ke nak tanggung risiko?!" Berlagak Danisya bertanya.

Kebetulan Ying Xoo ada disebelah Danisya itu terus tegur kata-kata biadab Danisya. Orang cina pun ada adab.

"Saya berani sebab nak mengajar kamu je! Saya akan paksa kamu semua cuci tandas, semua tandas yang ada dekat kolej ni! Selagi tak siap selagi tu tak boleh sambung belajar!"

Semua pelajar betul-betul terkejut termasuk Puan Choung. Yelah kolej itu sangat besar kalau nak harapkan semua pelajar 20 tahun sahaja yang cuci memang tak akan siaplah! Dahlah salah denda diorang dengan cara macam tu.

"Tuan.. tapi kan terlalu banyak tandas, besar pula tu" tegur Puan Choung kepada Malik, belum sempat Malik bersuara Lucy potong.

"What are you talking about? Mama i pun tak pernah paksa i cuci tandas tahu tak? Sabun tandas pun i tak pernah sentuh and then berani you nak suruh i cuci tandas?" - Lucy.

"Dari kecil sampai sekarang berus tandas, sabun tandas i tak pernah sentuh! You jangan nak paksa i. I beritahu mama i nanti.. cuci tandas? Eeww!" - Sally

"Seumur hidup i, i mana pernah cuci tandas. Bilik i pun bibik yang kemas! Apa ni? Salah lah you nak paksa i cuci tandas!"

Malik dah agak dari awal lagi itu jawapan mereka. Cara nakal mereka pun kena dengan cara hidup harian diorang dekat rumah! Manja sangat!

"Sebab semua tulah kamu melampau. Disebabkan kamu tak pernah basuh tandas saya akan paksa kamu basuh juga, tak pandai buat nanti jadi pandailah!"

Pelajar lain rasa yang Amymas dan Lucky Girls biadab tapi kali ini mereka sokong kerana mereka juga tidak mahu basuh tandas, padahal mereka tidak tahu langsung pasal prank yang dilakukan terhadap Malik.

"Tuan ni tahu menuduh je kan? Mana tahu junior ke senior ke yang buat!" - Kaisara geram.

"Sebab itulah untuk diorang saya akan bagi denda cara lain. Biarlah orang dekat luar sana nak kata peraturan kolej ni terlalu ketat ke apa ke!" - Malik

"Kalau kitorang taknak buat?!" - Emylia

"Kalau korang tak bersihkan, semua saya bagi markah kosong terus! Biar padan muka!" Sokong Daniel.

"Suruhlah sapa yang dah sedia basah dekat sini cuci tandas tu. Baju kitorang dah cantik, nak suruh kitorang cuci apahal?!" - Balas Lucy, kata-katanya menuju ke Amymas.

"Awak semua kena basuh!" - Daniel.

"Kalau kitorang yang cuci tandas, pergi mana semua cleaner dekat sini?!" - Lucy.

"Diorang akan berehat untuk sehari! Kamu boleh dikira datang pahala tolong diorang tu basuh tandas!"

"Pahala apanya kalau kitorang sendiri pun tak ikhlas?" Tanya Kaisara sendiri, tetapi masih boleh didengari semua.

Kata-kata Kaisara diabaikan..

"Kamu boleh pilih kumpulan, satu kumpulan 10 orang!" Beritahu Malik, dia nampak Lucky Girls dan Amymas ingin cari kumpulan terus dia tegur.

"Lucky Girls dan Amymas satu team, yang lain 10 orang, kamu tujuh orang sahaja! Saya nak korang bekerjasama!" Arah Malik.

"Whattt?!!!" Terkejut mereka dengar.

Amymas dan Lucky Girls pandang satu sama lain, benci!





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now