🌺 - Bab 99

225 18 1
                                    

Amymas membuka laptop dan dia membuat video call bersama mama mereka kerana rindukan mama mereka, tidak dapat balik kerana mereka masih lagi berlajar di kolej tersebut. Niat ingin balik semestinya ada kerana rindukan mama tapi mama tak bagi mereka ponteng seperti mama mereka pernah ponteng selama ini.

"Mama! Rinduuuuuuuuu!" Kata Kaisara memandang screen komputer tersebut dengan senyuman rindu kepada mama mereka.

"Mama.. bila mama nak datang sini?" - Emylia

"Mama kan busy dengan bisnes mama. Korang pula sibuk dengan assignment korang. Mana sempat kita nak jumpa satu sama lain kan? So, bila masa yang mana nak pergi rumah korang kalau mama pun sibuk dengan bisnes?" Soal Darwina dengan lembut.

"Tapi kitorang rindukan mama lah! Kitorang balik sana mama tak bagi sebab taknak kitorang ponteng kelaskan. Habistu nak jumpa macam mana mama?" Soal Danisya dengan suara yang sedih

"Nanti cuti kita jumpa lah. Mama taknak korang ponteng kelas macam dulu, mama nak korang berlajar sampai pandai, buat bisnes sampai maju macam mama buat ni. Taknaklah nanti korang susah pula" balas Ellyna.

"Ala.. boleh je ambil ahli tugas mama nanti"

Mereka hanya tersenyum.

"Korang ni betul ke dah berubah ni? Ke dekat sana perangai korang still sama? Dah dekat sebulan tahu tak?" Soal Ellyna

"Kitorang berubah dahlah. Mana ada panggil Daniel tu pakcik dah, kitorang da tukar jadi Encik Daniel okey" kata Danisya dengan bangga.

"Yang tu je? Yang lain?"

"Kitorang dah minta maaf dekat semua orang tahu tahu tak?"

"Baguslah kalau macam tu, jangan nak buat perangai dah lepas ni tahu. Mama taknak perangai kurang ajar, biadab korang muncul balik, tak payah nak jadi Miss TroubleMakers dah lepas ni" balas Karina tegas.

"MasyaAllah mama ni.. Kitorang berubahlah! Mama nak kitorang jadi macam asal balik ke? Ah? Ah? Ahh.. tahu pun takut" kata Kaisara sengaja sambil tersengih sendiri.

"Mama tahu tak? Orang dah kawan dengan kitorang tahu tak? Tapi diorang tu tak boleh pakai lah mama, sebab Nisya cakap macam tu? Sebab setiap kali mesti Nisya yang kena tegur diorang tapi diorang tak tegur pun kitorang"

"Diorang still takut dengan korang kut"

"Wahai mama-mama ku. Lihatlah wajah yang cantik ini" Danisya mendekatkan muka dekat screen laptop "Adakah kelihatan seperti hantu yang baru lepas berjoget di dalam tandas ah?"

Mereka senyum melihat Amymas lagi.

"Alhamdulilah lah kalau korang dah berubah" kata Ellyna pula sambil tersenyum.

Amymas juga turut senyum.

"Mama! Kenapa kitorang kena pergi kolej, kitorang nak balik sana nak duduk sama-sama dengan mama. Lepas papa tak ada, kita makin jauh kan mama" tegur Kaisara tiba-tiba sambil memandang screen laptop.

Apabila perkataan papa disebut mereka semua terdiam dan terus terpandang Kaisara yang menundukkan wajah itu. Kemudian memandang satu sama lain dan kembali memandang screen laptop itu.

"Papa korang dulu baik je kan.. selalu tolong orang. Orang mengutuk diorang sabar, orang menipu diorang pun diorang masih sabar tak pernah pun diorang merungut macam mana korang pernah merungut" balas Darwina.

"Korang sayang betul dekat papa korang sampai tak keluar bilik, mama panggil makan pun korang buat taktahu padahal korang masih kecil, kena makan, bila mama panggil je mama yang kena marah balik"

Amymas menunduk muka..

"Mama.. kenapa papa boleh accident? Apa yang dah berlaku sebenarnya?" Soal Emysha dengan suara yang agak sedih.

"Papa pergi bekerja dekat sabah beberapa hari lepastu bila dia nak balik dia accident" balas Ellyna dengan suara yang agak perlahan.

"Tahu lah diorang accident mama tapi sebab apa? Jatuh lombong ke langgar kereta ke hilang kawalan semasa memandu ke.. sebab apa?" Soal Danisya dengan mengeluh sedikit.

Mama mereka seperti berat nak beritahu hal sebenar.

"Papa Am kena serangan jantung bila memandu" balas Ellyna dengan serba salah dia juga menunduk muka daripada memandang anak sendiri.

Amymas sedikit pelik.

"Bila masa papa ada serangan jantung mama?"

"Dah lama.."

"Ouh macam tu tapikan mama. Sha ada jumpa satu surat ni, surat tu papa yang tulis. Papa tulis situ dia meninggal sebab ada langgar papa kut.. lepastu papa tak habis-habis tulis jangan berdendam. Kena serangan jantung ke kena langgar mama?" Soal Danisya agak pelik.

Ellyna, Karina dan Darwina memandang satu sama lain. Wajah mereka seperti serba salah ingin memberitahu hal sebenarnya. Mereka yang sebenarnya meletakan almbum lama itu dekat bilik Emylia tetapi tidak tahu pula isi dalam surat itu.

"Papa pergi sebab ajal papa dah dekat, sayang. Kita kena redha dengan ketentuan allah" balas Darwina sedikit sedih apabila teringatkan suami mereka yang susah payah bersama mereka.

"Ouh.. papa pergi sebab papa kena serangan jantung kan mama? Kesian papa sebab kena serangan jatung masa tengah memandu sampai papa Nizam dengan Luqman terbabit sekali kan.." Emylia membuat mulut muncung yang kelihatan sedih diwajahnya.

Danisya senyum.

"Tak ape mama! Kitorangkan still ada mama yang tak pernah tinggalkan kitorang! Sayang mama semua! Mama tunggu cuti ni, kitorang balik kampung tau mama!" Kata Danisya dengan suara sengaja diceriakan untuk melihat senyuman dari mama mereka.

Mereka mula happy semula dan tidak bercakap pasal arwah papa mereka dan mereka hanyalah bersembang untuk melepaskan rindu masing-masing. Assignment yang tidak siap telah disiapkan semula selama hampir sebulan mereka berubah.











___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu