🌺 - Bab 2

1.4K 72 3
                                    

Dalam mereka sedang gelak ketawa tiba-tiba ada kasut yang melayang. Kasut tersebut terkena kepala Emysha, Emysha terkejut lalu dia memegang kepalanya kerana terasa sakit. Emysha apa lagi, mengamuklah!

"Hoi! Sape yang kurang ajar baling kasut nie? Mak bapak tak ajar ke?!" Jerit Emysha dengan kuat, geram!

Emylia, Danisya dan Kaisara memandang Emysha serentak kerana terkejut apabila Emysha menjerit secara tiba-tiba.

"Kau kenapa, Sha?" Tanya Danisya pelik.

"Ada benda baling kasut dekat kepala aku yang cantik menawan ni!" Balas Emysha geram. Dalam masa yang sama sempat dia memuji dirinya sendiri.

Serentak mereka menoleh belakang apabila mendengar bunyi tapak kasut. Mereka melihat 3 wajah wanita itu ! Lukcy Girls? Ketiga-tiga wanita itu adalah musuh ketat mereka. Mereka masih tidak puas hati lagi ke dengan Amymas? Suka cari pasal dengan diorang.

"Ouh, diorang ni rupanya!" Rungut Emylia kelihatan seperti meluat. Jeling !

Lucky Girls terdiri daripada 3 orang iaitu Lucy, Zatty dan Sally. Mereka ini adalah musuh ketat kepada Amymas. Bukan Amymas sahaja yang bermasalah di kolej itu, termasuk Lucky Girls sekali. Sesiapa sahaja sebut nama mereka mesti ingat akan mereka ini. Famous!

"Apa korang tak puas hati dengan kitorang ah? Tak habis-habis nak cari gaduh je kerja korang ni!" Kaisara meninggikan suara. Menyampah! Tak aman hidup kalau dengan diorang ni.

"Aku tak puas hati dengan kau tu!" Balas Lucy sambil jari telunjuk lurus menunjuk ke arah Kaisara. Kau tunggu Kaisara!

Danisya dan Emylia pelik, apa yang Kaisara dah buat? Emysha hanya diam kerana dia tahu yang Kaisara dah rampas boyfriend Lucy. Actually, bukan rampas tapi boyfriend dia, si Failzal tu yang minat dekat Kaisara, Kaisara pula hanya layan untuk menyakitkan hati Lucy and the geng.

Tetapi Emysha masih tidak puas hati, kenapa kasut tu kena kepalanya? Padahal dia tiada kena mengena. Lurus biji mata Emysha memandang Lucy! Geram! Sakit kut dia baling!

"Kau rampas boyfriend aku! Disebabkan kau dia tinggalkan aku!" Jerit Lucy tidak puas hati.

"Dasar perempuan murah!" Jerit Sally

"Hoi! Sekarang ni yang rampas tu Kaisara kan? Tapi kenapa kasut tu melayang dekat kepala aku?" Emysha melepaskan geram juga akhirnya!

Zatty memandang Emysha yang memegang kepalanya itu. Dia senyum sinis kepada Emysha.

"Dah rezeki kau kasut tu nak mendarat dekat kepala kau, nak buat macam mana? Salah kasut tu lah!" Sindir Zatty kemudian dia melakukan hi-5 dengan Sally sambil ketawa.

Emysha yang baru sahaja melepaskan geram itu, kembali semula geramnya! Kau main kasar dengan aku ehh?

"Korang tu yang tak pandai jaga laki memang laki lari lah jawabnya! Lepas tu diorang pun taknak lah dengan korang sebab korang perempuan murahan" Emysha bersama dengan ketawa yang kuat untuk sakitkan hati Lucky Girls kemudian dia pula yang hi-5 dengan Emylia sambil ketawa lagi kuat. Balas dendam!

"Mulut kau jaga sikit eh? Mulut celupar!" Marah Lucy.

Amymas pandang satu sama lain. Mulut siapa yang celupar sebenarnya ni? Tak sedar diri langsung lah minah gedik nie.

"Mulut korang tu yang celupar! Ejek org tak kena tempat!" Tegur Emylia sengaja nak sedarkan mereka bertiga.

"Yang kau cakap pasal kasut, pasal mulut kenapa? Masalah sekarang.." Lucy memandang Kaisara. "Kai, kau tu dah rampas boyfriend aku! Kau dengar ke tak?" Tanya Lucy, wanita gedik itu jerit kuat gila.

Nasib baiklah kawasan sunyi kalau tidak malu diorang. Kalau ikutkan minah ni nak kena penumbuk rasanya.

"Laki kau tu yang gatal. Setakat jantan macam tu sebelah mata pun aku tak pandanglah!" Balas Kaisara.

"Boyfriend kau tu ada betina lain, tak sedar ke?" Sambung Kaisara, dia tidak jerit tetapi suaranya jelas didengari semua.

Zetty memandang Kaisara. "Kaisara, kau lah betina tu" kata Zatty kuat.

Kaisara buat muka pelik, aku sekali pun tak pernah keluar dating dengan si Faizal tu.. tup tup aku pula perempuan tu, ajaib yang tidak jangka. Kaisara dah berfikir sendiri.

"Bukan Kai!" Emysha dengan selamba membantah kata-kata Zatty.

"Kalau bukan perempuan sundal tu, sapa lagi? Dia lah tu" marah Lucy.. Mungkin dia dah hilang sabar.

"Aku!" Danisya menjerit tiba-tiba. Dia dah penat berperang mulut dengan Lucky Girls. Dah lah baru balik dari kelab malam!

Semua terkejut dengan pengakuan Danisya termasuk kumpulannya sendiri. Kawasan bising itu menjadi sunyi seperti sedia kala. Mereka memandang satu sama lain, biar betul apa yang Danisya katakan ni? Kenapa geng dia sendiri tak tahu tentang perkara itu.

"Seriously beb?" Tanya Emysha. Memang susah gila nak percaya apa yang Danisya katakan.

Baru Danisya nak buka mulut tiba-tiba Lucy potong terlebih dahulu, terkejut ke?.. aku ni kalau bab menipu memang power bisik hati Danisya, dia ketawa dalam hati.

"Kau jangan nak kencing aku!" Lucy menahan geram.

"Sapa kencing kau? Ada orang nak kencing dekat kau ke? Diorang ingat kau lampin kot" Pantas Emylia bersuara dan sempat perli Lucy.

"Kau diam lah!" Suara Lucy kuat.

"Kalau dah perampas tu sedarlah diri, jangan nak bajet alim pulak. Dah lah baju kau tu macam mak lampin mana entah" Sokong Sally sambil memandang Kaisara dengan pandangan memerli.

Kaisara menarik muka.. eh ehh.. tiba-tiba je nama aku kena sekali apasal? Danisya dah jujur tu.. aku lagi yang kena? Nak ungkit pasal design aku kenapa? Korang memang tak faham apa itu kejujuran lah. Tau lah korang tu tak pakai bergaya perli Kaisara.. Tak pandai bergaya? Diorang punya bergaya tu kalah dato, tan sri tau!

Zatty hanya mengangguk setuju.

"Ye lah! Aku dah mengaku kan? Ape yang korang nak lagi? Si Faizal tu yang datang dekat kitorang!" Kata Danisya tegas. Pekak ke apa?

Lucky Girls pandang Amymas sekilas. Diorang selalu nampak Faizal dan Kaisara bersama tapi apa kena mengena dengan Danisya pula? Memang diorang tak percaya lah jawabnya.

"Dah tau kan aku ada skandal dengan dia? So aku minta diri dulu lah yee.. jom gais" Ajak Danisya dan mereka terus berlalu dari situ.

Emysha sempat baling kasut tu ke arah Lucky Girls, mereka seakan-akan menjerit jijik dengan kasut itu. Lucky Girls seperti tidak memahami situasi. Mereka rasa seperti diperbodohkan oleh Amymas, tetapi itu lah realitinya.



___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now