🌺 - Bab 83

197 18 2
                                    

Amymas sengaja masuk lewat semasa Daniel mengajar, mereka masuk kelas lewat 30 minit seperti biasa. Sengaja ingin mengacau waktu mengajar Daniel. Mereka ingin serang Daniel akibat Daniel telah membuat mama mereka marah.

Amymas mengintai di dalam kelas itu sedikit. Kelihatan Daniel tengah mengajar seperti biasa, Amymas bersiap sedia untuk menganggu masa mengajar Daniel sebentar saja lagi, tapi tak lama agaknya.

Amymas memandang satu sama lain dan senyum jahat sebelum masuk ke dalam kelas. Setapak mereka masuk terus mereka ketuk pintu dewan itu menggunakan tukul. Mereka taknak ketuk pintu dewan yang besar itu menggunakan tangan, boleh patah tangan mereka.

Daniel yang mengajar itu terkejut dan terus menoleh ke arah pintu masuk. Muncul terus rasa sakit hati, meluat, menyampah terhadap Amymas. Rasa tidak sedap hati apabila ada tukul ditangan Danisya.

"Assalammualaikum kelas!" Jerit Danisya, sengaja nak ganggu kelas Daniel.

Tetapi salam yang Danisya beri tiada sesiapa pun jawab, malah dewan itu menjadi lebih sunyi dari sebelumnya. Mungkin rasa takut Amymas buat masalah dan mereka akan marah apatah lagi bila nampak tukul ditangan Danisya. Mana mereka dapat agaknya.

"Korang kafir ke tak reti jawab salam?" Sindir Danisya selamba tanpa memperdulikan Daniel.

"Tak ada sesiapa nak jawab salam tak ikhlas awak tulah!" Balas Daniel kasar.

Amymas memandang Daniel apabila lelaki itu bersuara dengan suara yang kasar ataupun suara yang sengaja ditegaskan. Daniel memandang Amymas kecil besar, kecil besar sahaja. Bengang dia dibuatnya.

"Awak kalau dah masuk lewat tu tak payah nak buat kecoh lah! Kalau tak reti nak minta maaf, awak masuk terus duduk tempat awak dan buat kerja awak sendiri kalau awak malas nak belajar! Rasa diri tu dah pandai sangatkan?" Marah Daniel

"Pakcik.. pakcik.. pakcik" Danisya datang dekat dengan Daniel siap membelai tukul itu seperti dia membelai kucing.

Daniel dah tidak sedap hati. Psycho? Bisik hati Daniel. Padahal Danisya sengaja buat macam tu, kerana Emysha yang paksa. Pada mulanya Danisya taknak sebab takut dihadap psycho tetapi bila dipaksa dia hanya buat.

Danisya mendekati Daniel dan diikuti yang lain. Danisya mengambil kerusi pensyarah lalu terus dia duduk di kerusi itu dengan selamba, dia rasa sakit hati apabila Daniel buat mama mereka marahkan mereka.

"Awak jangan nak buat gila, Danisya! Saya tengah mengajarkan, saya taknak dianggap makan gaji buta. Jadi, please jangan kacau saya nak mengajar!" Tegas suara Daniel memarahi Danisya, Emysha, Kaisara dan Emylia.

"Pakcik gila ke saya gila?" Soal Danisya ketawa seperti orang gila, ini pun dipaksa oleh Emysha.

"Awak letak tukul tu, Danisya! Awak tahu tak kalau terkena dekat sesiapa ni, boleh patah cedera an boleh masuk hospital awak tahu tak? Mana awak dapat tukul tu?" Soal Daniel tegas sambil memandang tukul yang bersaiz besar itu.

Danisya mengeluh, berapa kali agaknya nak kena beritahu Daniel ah? Danisya memandang Emylia, itu tanda Danisya ingin Emylia yang memberitahu.

"Kitorang jumpa lah pakcik!" Jawab Emylia selamba.

"Jumpa? Lepastu ambil? Saya rasa awak ni memang taktahu apa itu 'mencuri' kut" perli Daniel sambil berpeluk tubuh.

Danisya memandang Daniel.

"Pakcik bodoh juga kan? Pakcik tak reti beza ke mencuri dengan jumpa?" Soal Danisya tegas, siap jeling Daniel lagi.

"Masalahnya cara tu salah, awak ambil tak minta izin tu dikira mencuri"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now