🌺 - Bab 31

370 29 1
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30, kalau ikutkan kelas Daniel mula pukul 8.10 dan Amymas masih lagi belum sampai ke dewan itu, nak kata sesat tak logik. Sampai sekarang, ada persoalan yang terfikir-fikirkan oleh Daniel.

Kenapa diorang asyik datang lewat? Apa masalah diorang sebenar? Ke diorang nak aku hadiahkan jam loceng, sepuluh pun aku boleh bagi agak diorang sampai kolej awal.

Pintu dewan itu dibuka perlahan. Kelihatan, Amymas baru sahaja masuk dengan riak wajah selamba. Mereka nak menuju ke tempat mereka tapi suara Daniel memberhentikan langkah mereka.

Amymas insaf ke selepas ditangkap dengan Leon Chong? Perkataan insaf, maaf liat untuk diri Amymas dan perangai mereka still sama, Amymas adalah Amymas . Kalau Lucky Girls pun akan cakap benda yang sama, Lucky Girls adalah Lucky Girls.

"Hello, biadab awak berempat ni kan? Main terjah masuk je? Bukan nak datang dekat saya, minta maaf ke yang awak semua datang lewat. Bagi salam ke" tegur Daniel.

Amymas pandang Daniel tajam, malas nak bersuara dengan Daniel, Daniel pula macam tu lah, masing-masing taknak mengalah.

"Saya tak fahamlah. Macam mana Puan Fatimah boleh sabar dengan awak semua ni. Nasib baik saya ganti dia je, kalau ikutkan tak sabar saya nak dia boleh mengajar semula. Taklarat nak menyabar dengan awak berempat"

"Saya pun tak sabar nak tunggu Puan Fatimah datang balik, sebab apa? Sebab kami pun tak suka dekat Encik Daniel. Ehh silap, pakcik. Sesuka hati je nak fail kan kami dengan menolak markah kami kan?" Balas Emylia selamba

"Memang patut pun. Awak semua yang salah, assignment taknak siapkan! Kolej datang lewat"

"Bukan kami sengaja pun nak datang lewat. Dah badan ni bangkit lewat, kat rumah kami tu bukannya ada bibik nak gerakkan kami, pakcik. Ni kalau ikutkan kami bangun pukul 4 atau pukul 5 tau tak?" Beritahu Emylia lagi.

"Itu bukan masalah saya, yang saya nak tahu sekarang ni. Kenapa awak tak hadir semalam? Bukan awak kata awak nak datang ke?"

Amymas pandang satu sama lain, nak bagitahu perkara sebenar ke? Rasanya tak payah kut, tak penting pun bagi Daniel dan yang lain-lain. Danisya memandang Daniel senyum sinis.

"Arrr.. pakcik nak jawapan jujur ke bohong?" Soal Danisya kepada Daniel.

"Jawapan jujurlah. Bohong buat apa?"

"Sha, kau bagitahu dia kenapa kita tak datang semalam" arah Danisya.

"Aku bagitahu?" Emysha menunjuk dirinya sendiri. Okey..

"First and First sekali.. kitorang bangkit lewat dan tengok-tengok dah pukul 12. Oleh sebab itu kami tak datang, pasal janji tu pakcik bayangkan je yang kami tak pernah janji apa-apa tapi kalau dah rasa kami ni tak tunaikan janji. Anggap jelah kami ni mungkir janji" Emysha beritahu berita palsu, di dalam hatinya jujur kepada bohong, bohong kepada jujur.

Betul ke cerita diorang ni? Daniel dah mula susah nak percaya. Tapi aku pilih jujur tadi, mungkin betullah kut diorang ni katakan. Yang aku nak risau pasal diorang semalam kenapa, buat penat otak aku berpusing je.

Amymas terus pergi ke tempat duduk mereka, sebaik sahaja punggung melabuh duduk. Mereka terus meletakkan kepala di atas meja dengan selamba. Daniel kembali melihat file yang ada di meja itu, kelakuan Amymas langsung tidak perasan.

"Kenapa tak datang semalam" tegur rakan sebelah.

"Tulah.. boyfriend aku ajak aku keluar semalam? Ada masalah ke? Yelah tengok cara kau macam pe..nye..buk" balas Danisya selamba.

"Takada lah. Semalam tengok cara Encik Daniel tu macam tunggu korang datang je. Kesian dekat dia" balasnya.

"Kau bagitau lah dia yang aku pergi dating semalam.. tak boleh nak datang. Kalau dia nak potong markah kami.. kata dekat dia.. 'Amymas sembelih leher dia' okey?" Danisya kembali meletakkan kepala di atas meja.

Daniel yang menyimpan semua semua file itu, melihat ke pelajar semua, tiba sahaja bahagian Amymas, terus membuat dia sakit hati. Seorang letak kepala sambil bermain pen yang lagi tidak orang ni baru nak mulakan tidur.

Dah lah masuk lambat, tak cukup cukup ke tidur diorang ni? Dekat sekolah dulu perangai diorang memang macam ni ke? Ikutkan nak je aku sepak-sepak diorang ni.

"Emysha! Emylia! Danisya! Kaisara!" Jerit Daniel dengan kuat.

Semua pelajar turut terkejut dengan jeritan itu. Amymas cepat-cepat mengangkat kepala memandan Daniel dengan pandangan yang terkejut.

"Awak semua ni memang sah! Tak ada adab, kurang ajar! Baru je masuk terus nak tidur? Tak nampak ke saya ada dekat depan ni? Buta?" Marah Daniel.

Amymas membuat muka takada perasan.

"Cuba tengok pelajar lain, boleh je dengar cakap, dari junior sampai senior. Baik je, boleh je buat kerja tapi awak.." Daniel tidak meneruskan katanya.

"Junior sampai ke senior, pakcik kena keluarkan Lucky Girls juga naa.. sebab diorang dua kali lima dengan kitotang. Tak siap kerja" sempat lagi Danisya memberitahu.

"Kami tak siap kerja pun, keputusan markah kami elok je. Tak ada masalah pun" berlagak Danisya berkata

"Pakcik.. saya nak tanya boleh? Beberapa hari yang lepas, tayar kereta pakcik pancit tak?" Soalan tiba-tiba dari Emylia.

Bodohnya. Yang pergi tanya tu dah kenapa?

Daniel pelik kenapa diorang tanya mengenai keretanya? Mesti diorang ada buat sesuatu yang mencurigakan.

"Awak nak kata yang, rancangan awak semua nak pancitkan tayar kereta saya tak menjadi?"

Mereka terkejut dan terus menggeleng kepala, Kaisara menepuk meja sedikit.

"Ehh eh.. pakcik.. tak baik fitnah, berdosa. Fitnah tu lagi berdosa dari membunuh tahu tak?" Bidas Kaisara.

"Awak tak payah nak mengajar saya lah. Ajar diri awak tu dulu, bukannya perfect mana pun" sindir Daniel dan terus mengajar.

Kembang hidung Amymas apabila Daniel berkata begitu. Dia sindir kami ke apa? Ada kami terasa? Tak pun. Mereka tidak letakkan kepala di atas meja dah tapi buku, pen dia atas meja diorang tiada.

"Nak saya ajar satu-satu ke? Buat keluar kerja masing-masing?!" Jerit Daniel tiba-tiba.

Terkejut mereka, mereka terus mengeluarkan kerja masing-masing. Apabila dibuka.. ada yang belum siap lagi tapi mereka mengawal reaksi muka sendiri. Tak siap jemput, ingat ni sekolah rendah ke nak kutip buku?

Semasa Kaisara tengah mengeluarkan kerjanya di dalam beg kecil itu, ada sekeping kertas jatuh dari sebuah buku. Kaisara pelik terus, dia mengambil kertas itu. Kertas apa pula ni? Apabila dibuka

~ Kaisara saya betul-betul cintakan awak boleh awak terima saya tak?

Ayat first pun, Kaisara dah rasa geli, siapa pula yang bagi ni? Memang ramai lelaki yang minatkan dia tetapi siapa satu yang bagi? Faizal ke?

~ Saya janji saya tidak akan sakitkan hati awak bila kita bersama nanti. Awak adalah yang terbaik, yang saya pernah jumpa. Walaupun awak teramat jahat, nakal saya tetap sukakan awak

Dia kata Kaisara jahat, nakal lepastu tu ada hati nak cintakan dia, geli Kaisara dibuatnya.

~ Saya akan buat apa saja yang awak suruh. Sebab cinta saya dekat awak tidak pernah terpadam. Tolong terima saya.

#secretadmire

Emylia nampak Kaisara membaca sesuatu kertas. Dia terus merampas untuk tengok, tengok cara Kaisara macam terkejut. Apabila Emylia dan Danisya baca mereka turut terkejut. Emysha juga baca, siapa yang berani sangat nak lamar kawan aku ni? Siapa lagi kalau bukan si Faizal.







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now