🌺 - Bab 18

412 29 1
                                    

Amymas keluar dari tandas itu, dan melihat muka masing-masing didepan cermin sambil menahan marah. Bau durian itu masih lagi belum hilang, serius balik nanti baju itu mereka akan bungkus dan buang.

Kau memang nak cari pasalkan Daniel, kau simbah kitorang dengan air durian? Waw.. kitorang paling suka air durian sampai kitorang muntah. Kau memang hebat.

"Kita kena teruskan dengan rancangan kita. Dia memang dah melebihi had!" Kata Emylia tegas.

"Aku simbah dekat dia air blueberry! Dia simbah aku dengan air buah-buahan yang aku tak suka! Dia memang cari pasal, beb!" Kata Danisya pula.

"Betul. Pasal markah tu, kita bincang lain kali tapi buat masa sekarang, Daniel tengah bermain dengan api. Kita akan buat lebih lagi dari pada tu!" Kata Kaisara sambil menggengam penumbuk.

"Kita memang akan teruskan dengan rancangan kita. Dia bagi kita muntah, kita akan malukan dia dan buat apa sahaja supaya dia susah!" Kata Emysha dengan nada yang geram.

"Aku pelik, girlfriend tua dia tu bukan main baik lagi. Tapi boyfriend macam bangsat! Pensyarah pula tu, dia memang pensyarah yang kurang matang agaknya" perli Kaisara.

"Aku pelik. Macam mana boleh jadi pensyarah lah dia tu, patutnya ambil kerja lain. Dia pun tak matang ada hati nak mengajar orang!" Perli Emylia pula.

"Dia tu memang patut dapat maki! Buat apa nak hormat, umur beza berapa je pun. Dia pun tak hormat kita!" Kaisara berpeluk tubuh sambil memandang rakan lain.

"Kita kena baliklah. Durian tu still bau busuk. Kalau lama-lama macam ni boleh demam aku wey. Jom lah!" Kata Danisya, dia terus keluar diikuti yang lain.

Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari pintu utama restoran itu, langkah mereka terhenti apabila ada beberapa orang menghalang jalan mereka.

Rupa-rupanya itu adalah Lucky Girls. Lucky Girls memandang mereka dengan wajah yang memerli. Amymas pula hanya menjeling dengan ekor mata, malas nak layan minah gedik.

"Eww.. kenapa i ada bau bangkai eh?" Perli Sally sambil ketawa sedikit dan membuat aksi geli.

Emylia dah mula bau semula bajunya. Selepas bau, dia seperti ini muntah sahaja dan dia memang nak termuntah. Bukan buat-buat tapi memang betul busuk. Mereka tidak suka durian.

"Kenapa baju korang basah gila ni? Busuk pula tu? Korang mandi air ikan ke?" Tanya Sally lagi, memerli.

"Bukan lah beb. Ni kan bau durian.. busuk betul lah. You guys mandi air durian ke? Gila betul lah korang ni. Geli i dengar" balas Zatty pula.

Kau yang berkata-kata, kau yang geli dengar ayat kau sendiri. Gila, mental, nyanyuk, semua ada dekat korang.

"Ya tak ya juga kan beb.. patutlah bau macam durian tambah pula bau bangkai. Gila kan" perli Sally lagi.

"Setahu i lah kan.. tak ada orang kebulur durian atau air durian sampai nak basahkan diri dengan air durian. Memang sah guys gila, gila dan gilaa" kata Lucy pula sambil memeluk tubuh.

"Korang ni blah boleh tak? Datang nak cari pasal baik tak payah bro. Aku tak suka betul lah orang bad mood kan aku balik" kata Danisya dengan tegas.

"Tapi kan.. bestlah mandi air durian. Rasa lega je.. korang patut cuba tau. Memang best, kalau korang tak mampu nak bayar pun takpa. Aku sebagai musuh boleh bayar kan untuk korang" kata Kaisara tetiba sambil senyum.

"Excuse me. Kau gila ke? Aku tak suka durian okey, buat apa aku nak kena mandi air durian?" Balas Zatty gedik.

"Dah lah. Busuklah i lama-lama dengan korang ni. Nak muntah i dibuatnya, i datang sini nak makan bukan nak bau bangkai busuk!" Kata Sally dan terus melangkah masuk ke dalam kedai atau restoran itu.

"Mandi lama-lama sikit ye. Busuk" sempat Zatty berpesan sebelum masuk ke dalam restoran itu, mereka hanya menjeling.

"Kai.." panggil Lucy.

Panggil Kai tapi semua pandang Lucy.

"Faizal aku punya. Kau jangan nak berani rampas dia eh. Siap kau aku kerjakan!" Pesan Lucy kepada Kaisara dengan amaran yang menakutkan sangat tu.

"Takutnye.." perli Emysha.

"Macam aku nak sangat dengan si Faizal tu. Bukan handsome pun, handsome boleh lah aku rampas dengan kau" bebel Kaisara sorang-sorang.

Kaisara menuju ke arah mereka dengan wajah yang memasam, yang lain hanya ikut dari belakang. Durian itu sangat busuk, kalau masih bau durian dibadan mereka, Daniel akan ingat difikiran, balas dendam!





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now