🌺 - Bab 109

181 15 1
                                    


Emylia dan Kaisara berlari menuju ke arah Danisya bersama dengan Faizal and the geng. Faizal membuat muka apabila muncul lagi tiga orang.. aduh. Kau jangan fikir negetif Faizal, dah berubah no masalah.

"Danisya! Kau pergi mana?!"

Soalan Emylia membuatkan Faizal memandang mereka semula dan dia terperasan seseorang lelaki dibelakang mereka yang on the way datang mendekati mereka dan orang lain tu adalah Daniel. Faizal melihat Danisya..

"Nisya! Kau buat apa dekat sini ah? Apasal kau tak ajak kitorang sekali kalau nak lepak dengan Faizal pun?" Soal Emylia lagi.

"Faizal. Kau jangan macam-macam ah. Kalau aku beritahu Lucy ni, confirm dia marah kau sebab curang dengan dia" tegur Emysha dengan tenang.

"Mana ada aku buat apa-apa?"

"Apa korang buat dekat sini?' soal Danisya tiba-tiba sambil menghirup air Faizal

Semua mata memandang ke arah Danisya sambil mengecilkan mata mereka. Danisya sedikit pelik, apa yang berlaku?

"Awak tu yang buat apa dekat ni?!" Tegur Daniel dengan suara yang agak tegas dan kuat.

Danisya yang tidak sedar akan kehadiran Daniel itu terus tersembur air dekat Haziq yang ada didepannya. Terkejut semua apatah lagi tua badan.

"Arghh?" Haziq sedikit terjerit.

"Sorry baby.." Danisya buat muka bersalah sikit, dia bangun terus membuka beg Faizal dan mengambil tisu dan dia lap kawasan baju yang basah dibadan Haziq

"Tak pe.. aku.lap sendiri" - Haziq.

Bulat biji mata Emysha, Emylia dan Kaisara melihatnya. Baby? Apa ni? Siap tolong lapkan lagi baru si Haziq tu.

"Tabahlah. Hobi Amymas dengan Lucky Girls memang suka sembur pun, bukan pakai botol tapi mulut. Bukan kau sorang je kena.. ramai lagi. Bertahanlah" beritahu Faizal perlahan tetapi boleh didengari semua.

"Danisya apa awak buat dekat sini?" Tegur Daniel lagi "Datang nak jumpa boyfriend awak ke? Perlu ke tipu saya yang awak nak pergi tandas? Huh? Ni kalau Lia dengan Kai tak pergi cari awak mesti awak dah lama pergi dating kan?"

Emylia, Kaisara dan Emysha memandang sahaja mereka dengan hati yang pedih. Kau dah langgar peratur Amymas Danisya, dilarang couple! Arghhh.

"Wahh mulut Encik Daniel! Sedapnya mengata saya.. bila masa pula saya pergi dating? Hah? Bila masa saya couple hah? Saya tak sukalah couple-couple ni. Nanti jadi macam Lucy dengan Faizal pula. Ni nasib baik diorang getback kalau tak? Toreh tangan sebab ex-boyfriend sendiri?" Balas Danisya tegas.

"Kau tak couple lah ni?" Soal Kaisara

"Bila masa aku couple?" Pelik Danisya dibuatnya

"Dah tu apasal kau panggil dia baby? Siap lap sisa air liur kau dekat baju dia lagi. Apasal?" Soal Emylia pula.

Danisya senyum.

"Dia nak lap sendiri kan tu.. Nanti aku story-story okey"

Daniel berpura batuk untuk mengambil perhatian semua yang berada disitu terutamanya Danisya. Semua memandang Daniel.

"Habis tu kenapa kata dekat saya nak pergi tandas ah? Last-last terpacak juga dengan kawan awak!"

"Saya bohonglah.."

"Kenapa nak kena bohong.. ingat awak tu dah beru.."

"Saya tahulah" potong Danisya

"Kalau tahu kenapa buat?"

Danisya diam seketika

"Sebab Encik Daniel lah" jawab Danisya tegas

"Sebab saya pula.. apa salah saya?"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now