🌺 - Bab 77

223 19 1
                                    

Banyak kali dah Daniel cuba untuk membuka ikatan tersebut tetapi ikatan itu terlalu ketat untuk dibuka, Daniel mengeluh berat, Amymas dan Rayyan dilihat saling berganti. Apa yang diorang letak dekat tali ni sampai tak boleh nak buka?

"Amymas! Saya sebenarnya dah hilang sabar tahu tak dengan awak berempat ni. Dari hari pertama sampai lah sekarang, tak pernah-pernah nak senangkan hidup saya. Ni tahu nak buat masalah saja! Awak ingat dunia ciptaan awak ke? Sesuka hati nak buat semua benda ikut hati korang?"

"Pakcik, pintu rumah tu. Bukalah luas-luas sikit, saya tak sanggup nak kena tangkap basah. Lepastu, kawin dengan pakcik, sekali dengan si gila tu. Saya lebih rela kawin dengan orang OKU!" Kata Emylia sambil menunjuk pintu keluar masuk.

"Awak ni bodoh ke? Perempuan mana boleh kawin dua!" Tegur Daniel geram.

"Sapa kata tak boleh?" - Emylia

"Hukum hakam kata tak boleh!" - Daniel

"Alaa.. kawin cerai..kawin cerai lah. Apa susahkan, tu pun tak tahu, macam mana boleh jadi pensyarah kalau yang tidak berpelajaran macam pakcik ni" perli Emylia.

"Saya dah tanya berapa kali dah, kenapa awak buat kawan saya macam ni? Awak kalau tak puas hati dengan saya, lepaskan dekat saya bukan dekat kawan saya!" Marah Daniel

"Pakcik nak tahu kena kitorang buat macam ni? Tanyalah kawan pakcik tu. Apa yang dia dah buat dekat kitorang, ada dua sebab. Sebab yang pertama..." Danisya memandang Daniel kemudian Rayyan "Tanyalah dia sendiri.. dan sebab kedua.. tanya dia juga!" Balas Danisya tegas.

"Apa yang dia dah buat sampai macam ni sekali korang buat dekat dia? Korang ni memang dah melebih tahu tak?!" Marah Daniel tegas.

"I sudah kater dekat you. Tanyerr dia sendiqhi! Nak i yang beritahu juga kenapa? Dia ada mulut, and then dia yang buat salah. Dia lah yang jawab sendirih!" Balas Danisya kasar sambil menjeling Daniel.

Daniel turut menjeling Amymas.

"Bro! Kau buat apa sampai jadi macam ni? Baru berapa hari aku tinggal dengan mama aku! Kau dah jadi macam ni? Apa yang dah berlaku sebenarnya?" Tanya Daniel ingin tahu kebenaran yang sebenar.

"Bro! Aku terlanggar Kaisara je. Diorang nak marah aku sampai macam ni sekali dah kenapa?" Jawab Rayyan "Bro, bukalah ikatan aku ni" Rayyan menegur apabila Daniel dah berhenti buka ikatan tersebut.

"Aku nak pergi ambil pisau atau gunting jap!" - Daniel

"Pakcikkkkk!" Jerit Danisya kuat.

Terkejut Daniel dan Rayyan dibuatnya.

"Pakcik jangan berani nak buka ikatan dia eh. Saya boleh ikat pakcik sekali nanti. Nampak tak pistol dengan kayu ni? Dua-dua kena dekat pakcik, bukan setakat mati tapi boleh pengsan sekali tau!"

Daniel dan Rayyan berfikir. Bukan setakat mati tapi boleh pengsan sekali? Ayat dia terbalik ke dia sengaja terbalik kan ayat dia? Soal Daniel dalam hati.

"Dia kan langgar Kaisara sikit je. Yang awak semua nak baran tiba-tiba ni kenapa? Cubalah mengucap sikit. Ni tahu nak dendam je" - Daniel.

"Sikit???! Hello Uncle Muhd Izz Daniel binti bapak youh! Si Ruhayah ni langgar Kaisara sampai Kaisara masuk hospital. Pakcik sendiri pun dah tahu kann!" Geram Danisya dibuatnya, dia mengambil sehelai tisu yang berada di atas meja lalu dibaling ke arah Daniel dan Rayyan.

Tetapi tisu itu mendarat betul-betul dihadapan Danisya, Danisya mengambil dan ingin baling semula kepada Daniel tetapi jadi benda yang sama, masih mendarat pada kaki Danisya. Daniel menepuk dahi.

"Awak kalau nak baling sesuatu tu, boleh fikir tak sebelum bertindak? Sehelai tisu mana boleh sampai dekat saya yang jauh ni.." baru sahaja Daniel habis cakap, ayat dia terhenti apabila ada sesuatu kena pada mukanya.

Danisya mengambil kotak tisu itu semasa Daniel tengah membebel dan dia baling ke arah Daniel, kena Daniel dan kemudiannya jatuh ke atas kelapa Rayyan yang duduk diatas kerusi itu. Daniel menyentuh muka yang kesakitan!

"Amymas!!!" Jerit Daniel sakit

"Nak sangatkan? Kan dah kena!" Emysha selamba.

"Rayyan! Kau bagitahu apa yang kau dah buat dekat Kaisara..! Okey kau taknak habaq! Mai chik habaq, pakcik kalau pakcik nak tahu! Rayyan ni dia dah langgar Kaisara sampai Kaisara tak sedar tiga hari, itu sebab pertama. Dan sebab yang kedua, kawan pakcik ni psycho sebab dia dah jadi secret admire Kaisara!" Terang Emylia dalam nada yang bengang!

Bulat mata Daniel apabila Emylia berkata begitu. Rayyan dan Amymas dipandang berganti. Apa yang dia dengar ni betul ke? Tapi boleh ke aku percayakan si Amymas ni? Daniel sudah mula keliru.

"Saya tak percaya awak yang bermasalah ni dan saya nak tanya kenapa awak nak kena dera kawan saya macam ni? Awak ingat dia robot ke?!" Marah Daniel

"Pakcik dengan kawan pakcik.. dua-dua sama je. Sorang berlagak bagus, sorang psycho. Nanti kalau korang guy, dapat anak psycho lepastu berlagak!" Danisya menjeling Daniel dengan menyampah.

"Apa yang awak merepek, Emylia?" - Daniel

"Pakcik ni gila lah! Duduk rumah dengan kawan sendiri tapi tak tahu apa yang kawan pakcik dah buat dekat rumah pakcik ni. Bilik ni pun pakcik kata pakcik tak pernah masuk?" Danisya menunjuk bilik tersebut.

Daniel dah malas nak lama-lama dengan keadaan yang begitu. Bagi dia, Amymas memang sangat-sangat dah melampau, suka sengat timbulkan masalah dekat dirinya. Daniel menuju ke arah bilik tersebut tetapi dihalang.

"Daniel! Kau masuk aku tikam kau!" Ugut Rayyan.

"Kau tak padan dengan kena ikat, ada hati nak cakap macam tu? Aku nak kena buktikan yang kau tak salah dalam hal ni selepas aku tengok keputusan dalam bilik tu. Aku nak tengok apa yang minah empat ekor ni kata betul atau tidak!" Daniel menuju ke arah bilik itu.

"Masuklah pakcik! Pakcik ingat kitorang ni penipu besar macam pakcik ke?! Pergilah masuk dalam tu, tengok puas-puas gambar Kaisara yang cantik lagikan menawan!" - Emylia.

"Jangan pengsan sudah" Emysha ketawa sedikit.

"Doa dulu pakcik" tegur Kaisara

"Jangan kau masuk dalam bilik tu Daniel! Aku akan saman kau walaupun kau kawan aku! Kau kawan yang menyakitkan hati aku, aku dah kata jangan masuk, janganlah masuk dalam bilik tu!" Marah Rayyan.

Daniel tidak memperdulikan kata-kata Amymas terutamanya Rayyan. Apabila dia masuk sahaja dalam bilik tersebut. Kelihatan Daniel turut juga terkejut melihat isi dalam bilik itu. Kelihatan Amymas tidak bohong padanya.

Daniel keluar dan dia mendekati Rayyan. Macam-macam soalan yang ditanya kepada Rayyan. Amymas juga turut kena marah kerana telah menceroboh rumahnya, bagi pecah pasu dia, mengikat Rayyan dan telah membiarkan Rayyan begitu selama satu hari.

Rayyan tak habis-habis menjawab dia terlalu minatkan Kaisara dan Amymas juga tak habis-habis salahkan Rayyan dan Daniel dalam hal itu. Daniel menjadi marah dan dia mengugut Amymas, kalau Amymas tidak mahu meminta maaf kepada Rayyan. Walaupun diugut dengan Daniel, Amymas tetap taknak minta maaf. Kaisara lagi lah taknak minta maaf kerana dia tidak bersalah langsung dalam hal ni.








___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now