🌺 - Bab 66

239 20 6
                                    

Air mata tak habis habis mengalir sejak petang tadi. Mereka sangat sedih apabila sahabat mereka kena langgar dan orang yang langgar itu hanya pergi macam tu je tanpa berasa nak bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan kepada Kaisara.

Darwina, Karina dan Ellyna yang sudah ingin pulang ke rumah mereka, tidak jadi pulang kerana dapat tahu anak mereka kena langgar lari dan mereka berbincang untuk pulang ke rumah apabila Kaisara betul betul sudah sihat.

Emysha yang sombong, yang tak banyak cakap itu menangis menitik air mata melihat Kaisara yang terbaring diatas katil tersebut. Kepala dan tangan Kaisara berbalut tebal, hujung bibir Kaisara lebam seperti ditumbuk.

Danisya dan juga Emylia turut menangis kerana orang yang mereka sangat sayang dah macam adik beradik kandung jadi begini. Kenapa kau tak cakap kau sakit Kai, kau sengaja nak buat aku risaukan kau kan? Kau memang babi bisik hati Danisya dengan tangisan.

"Dah dah lah tu nangis. Mama Rina pun tak nangis macam korang walaupun mama Rina ni mak kandung Kai. Korang pula yang menangis melebih, over sangat kenapa?" Tanya Darwina tetapi di dalam hati berasa sedih juga kerana anak kawan baiknya dan sahabat kepada anaknya accident.

Danisya tidak pedulikan dengan kata mamanya, dia hanya melepaskan tangisan sampai berhingus-hingus di penjuru sofa yang berada dalam wad tersebut, turut sama dengan Emylia. Emysha duduk berjauhan sedikit dari mereka semua, dia hanya menangis air mata menitik tidak berhenti.

"Kai just kena balut tangan dan dahi je. Yang korang menangis teruk sampai macam tu kenapa? Memanglah korang tengok dekat tempat kejadian banyak darah tapi luka tak teruk pun" Darwina cuba untuk berhentikan tangisan anak angkatnya yang lain.

"Sabarlah. Jangan nak menangis teruk sangat, cantik cantik jadi hodoh" usik Karina pula, walaupun anaknya yang accident, dia cuba nak menjadi happy dan menceriakan Emysha, Emylia dan Danisya.

"Miss TroubleMakers yang mama kenal dah lain bila Kaisara accident, selalunya banyak cakap, banyak membebel. Korang dah macam berubah bila Kaisara jadi macam ni. Mama nak tengok korang ceria macam dulu bukan menangis macam ni" Ellyna pula cuba memujuk anak mereka.

"Kalau korang nangis macam ni, mesti Kai pun tak suka bila tengok kawan baik dia sendiri menangis" balas Karina lagi.

"Mama cakap senanglah! Yang accident tu Kai, Nur Kaisara Hazel Binti Luqman!" Tegas suara Emylia.

"Luqman tu bapak aku okey! Kaisara Binti Amran lah" Balas Danisya tiba tiba dalam keadaan serius.

"Ouh silap.. eh Amran bapak aku! Haa.. Bukan orang yang kitorang tak kenal, bukan kawan yang kitorang baru kenal setahun dua tahun. Dari kecil lagi! Takkan mama taktahu?" Sambung Emylia bersuara juga dengan tegas.

"Mama faham.. tapi mama Ri.." belum habis Ellyna bersuara Emylia memotongnya dengan lebih pantas.

"Mama tak faham! Mama Rina sayangkan Kaisara tapi dia tak tunjuk, mama Rina simpan dalam hati. Kitorang ni sayangkan Kaisara tapi tak boleh nak tahan air mata! Beza tahu tak seorang kawan dengan seorang mak!" Balas Emylia lagi, air mata dilap dengan tisu. Macam kau tahu sangat.

"Entah.. lepastu orang yang langgar Kai ni pula main blah macam tu je! Kalau kitorang ada dekat situ dah lama kitorang belasah dia teruk teruk! Buta ke ada orang dekat jalan tu?" - Danisya

"Korang ni keluar selepas Kaisara kan.. so korang taktahu lagi yang Kaisara accident... Jadi, mama rasa korang mesti ada perli ke hina pemandu tu dengan Kaisara kan?" Ellyna memandang mereka "Mama tahu korang ni tak akan perli satu sama lain, maki pun gurau je tapi kalau orang lain seikhlas hati korangkan?"

"Apa mama nak cakap sebenarnya?!"

"Korang tak tahu siapa kena langgar dan mestilah korang ada perli diorang. Contoh, si pemandu ni lalai bodoh dan macam macam. Yang kena langgar ni, mesti bodoh pergi berdiri tengah jalan. Betul tak? Mama taktahu lah ayat mama sama ke tak dengan korang dan bagi seorang mak. Mak dapat rasakan yang korang ada perli orang tu" - Ellyna.

"Kitorang tak faham. Straight to the poin!"

"Korang taktahu Kaisara yang kena langgarkan? So, sekarang ni dah tahu Kaisara sebenarnya kena langgar. Ayat yang korang perli tu memang nak tuju dekat Kaisara dengan pemandu tu ke?" - Ellyna

"Ayat apa?" - Danisya

"Kitorang takfaham lah!" - Emylia

"Ayat yang korang perli tu lah. Pemandu ni.. tu lah ni lah. Si mangsa pula, tak ada akal pergi berdiri tengah jalan. Ada tak korang perli dulu sebelum tengok siapa yang accindent?" - Ellyna

"Mana mama tahu kitorang perli?" Emylia malas nak jawab soalan berikut dan taknak mengaku.

"Korang menyesal tak, tahu si mangsa tu sebenarnya Kaisara? Ayat perli tu nak tarik balik tak?" Soal Ellyna.

"Memang.. taklah! Kaisara pun bodoh, tak ada akal, bengong, babi, celaka, otak kat lutut. Sakit taknak bagitahu awal awal! Lepastu sengaja nak buat orang menangis risaukan dia, kalau dia sedar dah lama Lia maki depan depan! Bangsat!" Emylia melepaskan geram tetapi sayang.

Ellyna, Karina dan Darwina geleng kepala. Anak mereka tahu nak maki je, terutamanya Emylia dan Danisya yang banyak cakap dan mesti banyak lepaskan perkataan maki.

"Orang yang langgar Kai ni bodoh ke taknak tanggung jawab?" Soal Emysha dengan tegas yang menghampiri mereka semua.

"Kita biar jelah. Dia akan dapat balasan dia nanti, korang fokus je dengan study korang" balas Ellyna dia ingin menenangkan Emysha dengan menggosok belakangnya tetapi Emysha menepis dengan kasar.

"Apa mama cakap?! Biar? Dia blah macam tu je mama tahu tak?! Dia ingat ni game main langgar langgar ke? Bawak kereta kehulu kehilir, nak langgar orang sesuka hati tok nenek moyang dia?" Emysha melepaskan marah, Emysha kalau marah dia sangat serius.

"Janganlah nak marah sangat. Kaisara bukannya teruk sangat pun" tegur Darwina pula.

"Tak teruk apa kalau dari tadi tak sedar sedar lagi? Kalau orang tak teruk dua tiga minit dah sedar, tak pun masa nurse tengah tolak katil dia nak masuk wad tapi ni.. dah macam duduk dekat ICU!" Balas Emysha.

"Siapa yang langgar Kai tu, aku doa kan dia masuk ICU, patah kaki, patah tangan, isi perut terkeluar! Biar padan muka... haa.. otak berkecai!" Danisya sangat marah sampai tak berapa sedar dengan sendiri.

"Ya allah budak ni! Janganlah doa yang bukan bukan! Doalah supaya dia dapat pengajaran. Janganlah sampai macam tu! Jangan nak berdendam sangat, baik kamu pergi ambil apa apa tutup rambut tu teman mama baca doa, yasin dekat Kaisara ni" - Ellyna

"Buat apa nak baca yasin? Mama saja nak dia mati kan? Dia tak mati lagi pun!" Balas Emylia kasar.

"Hey, baca yasin bukan untuk orang meninggal je, baca yasin boleh bila bila je. Boleh baca dekat orang sakit sekali!"

Emysha masih sakit hati dan marah.

"Aku akan cari kau sampai dapat!" Kata Emysha perlahan..

Dengan keadaan marah Emysha keluar dari situ, pintu dibuka dengan kasar dan ditutup sehingga berbunyi kuat, membuatkan semua terkejut! Melihat Emysha, Danisya turut keluar dan diikuti dengan Emylia.

Mama mereka tak tahu dah nak tegur macam mana, dari petang tadi sampailah malam. Mereka still tak berhenti menangis! Darwina, Karina dan Ellyna sambung membaca yasin.

Emysha, Emylia, Danisya keluar dari hospital tersebut. Emysha sambil menghentak kaki geram dengan siapa yang langgar Kaisara dan taknak bertanggungjawab. Kalau Kaisara tak sedar sedar mereka akan cari siapa yang langgar itu.

Mereka plan untuk mencari pemandu tersebut dan balas balik dengan cara mereka sendiri tetapi mereka kena minta tolong seseorang untuk membantu mereka.







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now