🌺 - Bab 86

184 17 0
                                    

Sufiah memasuki rumahnya dengan perasaan yang sedih. Dia tidak tahu kenapa Amymas memang susah gila nak terima dia dengan seikhlas hati mereka. Ini jumpa je.. perang mulut.

Sufiah memberi salam, dia terus mendekati mak dia yang sedang menonton tv itu, Amymas kata, diorang taknak dekat dengan Sufiah sebab perangai membawang mak dia.

"Ha.. Piah? Baru balik?" Soal Mak Tom sambil memakan keropok dihadapan TV. Anak dara yang dipandang munggunakan ekor mata.

"Ha...mak" balas Sufiah sopan.

"Hang pi mama? Hang pi rumah mak perempuan biadab tu ka?! Pasal apa hang nak kena pi sana?" Soal Mak Tom kasar.

"Mak, kenapa mak cakap macam tu? Kak Sha, Kak Lia dengan sahabat dia tu tak ada lah teruk sangat" beritahu Sufiah perlahan

Mak Tom memandang Sufiah.

"Hang ni pasal pa Piah? Depa tu dah hina hang, perli hang! Hang masih nak kawan dengan depa ka? Depa tu tak layanlah orang umur macam hang tu"

Sufiah hanya mendiamkan diri.

"Mak nampak depa tadi, mak teguq. Punya biadab bahasa depa hang tau dak?! Depa ingat hang tapi.. depa tak ingat mak! Kurang ajaq betui lah! Mak lah paling legend dekat kampung ni, depa fikiaq depa je ka famush"

"Famous mak.." tegur Sufiah kepada maknya.

"Hang jangan nak ajaq aku naa.. aku nak hanya belajaq rajin-rajin kalahkan depa tu. Kaya tapi bahasa biadab, mesti tak berkat rezeki anak diorang tu, boleh depa kata pahala aku dah pi tinggalkan aku?!"

"Mak tak baiklah cakap rezeki depa tak berkat, rezeki depa kan datang dari bisnes mak depa. Mak mesti ada cakap apa-apa yang menyakitkan hati depa kan? Memanglah depa marah" balas Sufiah selamba.

"Aku cakap apa?! Aku tak ada cakap apa-apa pun hang tau tak? Aku cakap yang depa duduk dekat bandaq tu tak ingat kita yang kat sini, lepaih tu, aku cakaplah yang depa tu berseronok dengan jantan kaya dekat sana, sebab tu lah tak balik sini punya lama!" Balas Mak Tom jujur.

Bulat biji kata Sufiah dengar.

"Mak cakap depa berseronok dengan jantan dekat bandar tu? Mak ni kenapa? Mak yang mulakan dulu, kalau Piah pun Piah marah!"

"Piah nak masuk bilik" kata Sufiah sopan, baru sahaja kaki nak melangkah masuk, Mak Tom tahan.

"Hey, mak tanya hang jap. Depa ada cakap ayat ni dekat mak. Hoph toh dai er- aliyh. Apa tu?"

Sufiah kurang faham tetapi dia cuba untuk translate ayat yang lebih kurang macam tu. Hoph toh dai er-aliyh? Apa tuh? Sufiah berfikir lagi. Hope to die early ke?

"Maksud mak, hope to die aerly ke?" Soal Sufiah ingin kepastian.

"Haa.. yang tu lah!" Mak Tom mengangguk awal. "Apa tu?"

Sufiah pelik, kenapa Amyma kata begitu kepada maknya? Arghh.. fikir positif, Sufiah Imina! Jangan fikir yang jahat-jahat!

"Apa maksud dia?"

"Ha?.. depa kata mak.. cantik lagikan berseri-seri.." bohong Sufiah, dia tidak mahu mereka berperang.

Mak Tom senyum happy. Aku tahulah aku ni cantik, bukan macam hampa? Mak Tom berlagak di hadapan anaknya. Sufiah hanya senyum, Sufiah terus masuk ke dalam bilik, malas nak perah otak berfikir.














___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now