🌺 - Bab 71

220 18 4
                                    

Mereka memandang lelaki itu tajam apabila lelaki itu bertanya soalan tersebut, tapi mereka malas nak jawab malah Danisya terus bangun dan mengambil pistol di atas meja tersebut. Entah dekat mana dia ambil pistol itu.

Dia datang dekat dengan lelaki itu apabila lelaki itu meronta dan dia membuat seperti di mana filem selalu buat dekat mangsa mereka, pistol itu digesel dekat kepala lelaki tersebut, lelaki itu kelihatan takut apabila Danisya memegang pistol itu.

"Wey, kau letak pistol tu! Bahaya lah gila!" Marah lelaki itu, apabila Danisya berbaik dengan pistol tersebut.

"Kau tahu tak apa tujuan kitorang datang dekat sini? Ikat kau bagai?" Tanya Emysha sambil berpeluk tubuh.

"Takkan lah sebab aku terlanggar Kaisara kau nak marah aku sampai macam ni! Malam-malam buta kau datang dekat rumah aku sebab nak balas dendam je, gila?" Tanpa tidak sengaja lelaki itu terlepas kata katanya, mungkin itu kerana dia dah panik apabila Danisya bermain dengan pistol.

Emysha, Emylia dan Danisya sedikit terkejut apabila lelaki itu tahu sebab apa mereka datang situ dan lelaki itu juga tahu nama Kaisara. Lelaki itu, memandang ketiga-tiga gadis itu apabila mereka mendiamkan diri, sesaat, dua saat dia sedar ayat dia semula dan dia terlepas cakap. Macam mana ni?

"Kau kenal Kaisara?" Soal Emysha pelik.

"Ye, tak silap aku dia tu ramai peminat! Sapa yang tak kenal dia, korang je yang aku tak kenal! Tak pernah nampak pun seumur hidup aku!" Bohong lelaki tersebut.

"Kurang ajar juga kau kan! Kaisara kau kenal, kitorang kau tak pernah nampak! Wey, 24 jam aku dengan Kaisara. Kau jangan biadab bro!" Tegas suara Danisya berkata kepada lelaki tersebut

"Kau tahu sebab kitorang datang sini. So aku nak tanyalah, apasal kau lari masa kau langgar Kaisara hari tu? Kau taknak bertanggungjawab ke?"

Sebenarnya lelaki itu tidak sanggup berjumpa dengan Kaisara dalam keadaan dia sekarang. Dia ada banyak masalah yang ingin diselesaikan, lelaki itu memandang Danisya dan si kembar tersebut.

"Wey.. tolong aku" kata lelaki itu perlahan.

"Tolong?? Boleh Blah lah kau..!" - Emylia sambil memegang kayu bestball, kayu itu mereka jumpa semasa berhenti di petronas, Amymas kalau benda jumpa diorang rasa boleh pakai, dia akan ambil walaupun dari dulu lagi mama mereka larang. Bagi mereka membazir itu tidak baik.

"Tadi bukan main menjerit tak tentu pasal! Sekarang lembut pula suara kau eh? Kau jangan nak cuba larikan diri sebab Amymas tak akan terperdaya dengan lelaki macam kau" kata Danisya dengan berlagak.

"Tolonglah! Lepaskan aku, aku nak pergi tandas, aku tak tahan dah ni" lelaki itu cuba untuk memancing mereka supaya ikatan itu dibuka.

"Kencing lah dekat situ" selamba Emysha membalas.

"Aku bukan nak kencing..aku nak.." belum habis lelaki itu menjawab Emysha potong dengan pantas, membuatkan lelaki itu sakit hati.

"Berak lah dekat situ" - Emysha

"Aku tak akan lepaskan kau selagi Kaisara tak sedar! Kai faham ke tak? Kalau seminggu baru dia tak bangun, seminggulah kau tak makan, kau tahan kencing, tahan berak, kau tak mandi, kau tak pergi kerja. Kau ingat aku kesian ke tengok kau?" Balas Danisya kasar.

"Korang ni gila! Sebab kawan korang tu je pun, kau sanggup nak ikat aku sampai macam ni? Korang ni psycho!"

Mereka hanya berwajah biasa sahaja.

"Btw.. aku dahaga lah" Emylia pergi ke arah dapur "Air ada tak? Maklumlah kitorangkan tetamu yang tidak diundang" Emylia membuka peti air itu sesuka hati.

Lelaki itu memandang dengan bengang.

"Tapi tak pe.. takut kau haram kan" Emylia menghempas pintu peti air itu dengan kuat dan dia senyum sinis kepada lelaki itu.

"Kau tutup pintu peti air tu elok-elok sikit lah. Ingat beli pakai duit kau ke? Kau pun duit tak ada" perli lelaki itu.

"Setakat peti ais 20 sen, aku boleh beli 10 lah. Kau jangan berlagak sangat, beli peti ais secordhand" perli Emylia balik.

"Hello! Peti ais tu 20 ribu okey, seratus peratus original, kau ada ke?!" Berlagak lelaki itu berkata.

Tanpa memperdulikan kata kata lelaki itu, mereka periksa semua yang ada di dalam rumah itu. Mereka melihat semua yang ada dekat rumah tersebut, boleh tahan cantik juga dan bersih dari rumah mereka.

"Kau ni jantan tapi kemas rumah kalah perempuan kan. Aku yang perempuan ni, lipat kain pun tak reti" Danisya memerli diri sendiri sampai membuka kabinet dapur tersebut.

"Kau tu memang.. korang tiga termasuk Kaisara tu, jantan yang bertukar jantina sebab tulah kain pun tak pandai lipat. Entah-entah lipat pun ala kadar" sindir lelaki tersebut, maaf Kaisara, terpaksa hina awak sebentar. Sorry!

"Apa kadar?" Soal Emylia pelik

"Maaflah. Kitorang ni bahasa melayu fail, maklumlah lahir dekat luar negara, Paris, kau ada? Muka macam negro taik anjing!" Perli Emylia lagi.

"Negro pun lahir dekat luar negara jugalah. Kau tu ada ke? Nak perli pun fikir ayat sendiri lah. Ni jangan nak main lepas je!" Marah lelaki itu.

Lelaki itu memandang Danisya dan Emysha yang tengah membuka semua laci, rak buku sesuka hati diorang sahaja. Ingat rumah mak kau ke? Apabila Danisya hampir sampai dekat dengan satu bilik yang tersorok sedikit di dapur, lelaki itu terus bersuara.

"Korang jangan nak sportchek rumah aku boleh tak? Kalau tak puas hati dengan aku, bincanglah! Aku tahu aku langgar Kaisara hari tu, aku minta maaf okey! Janganlah nak chek rumah aku ni macam korang polis pula"

Mereka tidak memperdulikan kata kata lelaki itu, lelaki itu taknak mengamuk lebih-lebih apabila mereka ada pistol dan dia terfikir dari mana mereka dapat semua alatan tersebut.

Danisya yang hampir sampai depan satu bilik itu berhenti tiba-tiba, dia pelik bilik apa itu? Macam tersembunyi. Dia terus memandang lelaki itu semula, dah macam lelaki yang tak terurus dah aku tengok bisiki hati Danisya.

"Hoi.. bilik apa ni?!" Tanya Danisya kasar.

"Kau jangan berani nak masuk bilik tu!"

"Kenapa?" Soal Danisya pelik

"Aku cakap jangan masuk, janganlah!"

"Kau ingat kitorang peduli ke?" - Emysha

"Arahan kau tak berguna dekat telinga kitorang!"

Mereka pergi ke arah pintu tersebut. Danisya membuat gaya slow-mo untuk membuka pintu itu, dalam masa yang sama lelaki itu tak habis-habis menjerit 'jangan'. Kau silap oranglah, Amymas tu degil, lagi kau kata jangan, selagi tulah diorang akan buat tapi kalau kau kata 'buatlah' mereka memang akan buat.

Pintu itu sudah pun dibuka tetapi mereka tidak memandang ke dalam bilik tersebut malah mereka sempat jelir lidah ke arah lelaki itu. Terus mereka masuk tetapi suasana gelap gelita.

Emysha mencari suis lampu di sekeliling dinding pintu tersebut. Dia memandang ke arah suis itu dan tanpa menunggu lama terus tangan menekan suis itu. Alangkah mereka terkejut apabila melihat isi yang ada dekat dalam bilik itu. Siapa lelaki itu yang sebenar?

"Apa semua ni?!"





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now