🌺 - Bab 37

334 26 3
                                    

Tuan Malik dan Daniel pergi ke kelas Amymas. Pintu itu dibuka perlahan-lahan, pandang sekeliling, Amymas sedang tidur di dalam dewan itu dengan biadabnya.

Dah agak dah diorang mesti tidur macam ni, selalu mesti diorang tidur, teruk betul perangai anak dara skrang ni Soal Daniel dalam hati.

Malik menahan sabar sementara, kalau anak aku ni dah lama aku belasah teruk-teruk. Biadab betul pergi tidur time belajar. Baik tak payah datang belajar kalau macam ni Soal Malik geram.

Malik dengan Daniel menghampir Amymas, makin dekat makin jelas mata nelihat cara mereka tidur. Nyenyak betul tidur sampai ternganga! Malik memandang Daniel, Daniel memandang bahu, taktahu nak buat apa.

"Amymas!" Tengking Malik dengan kuat sekali. Dia malas nak sebut nama sorang sorang buat terbelik lidah je.

Amymas terkejut! Mereka terperanjat sehingga hampir jatuh dari kerusi tetapi dalam terperanjat mereka itu, mereka mengingau rupanya.

"Oohhh! Jahanam! Teh tarik ikat tengah satuu.. eh eh aku mana minum teh tarik" latah Danisya terus dia sambung tidur.

Emysha, Emylia dan Kaisara terkejut tetapi tidak sampai melatah macam Danisya. Mereka juga turut sambung tidur.

"Mereka dah melampau! Daniel, awak tolong minta cleaner bawakan baldi yang berisi air. Isi penuh-penuh" arah Malik bengang.

"Tapi basahlah baju diorang nanti, tuan" Daniel dapat agaknya Malik ingin mengenakan Amymas macam mana.

"Kita kena ajar diorang, Daniel. Saya dari dulu lagi sabar, macam-macam orang yang prank saya, takkan saya nak biarkan sahaja. Hari ni saya kena tepung, telur dengan lendir hijau apa taktahu, sebab tulah saya pakai t-shirt biasa. Baju saya kotor. Hilang sabar saya dibuatnya"

Daniel hanya mengikut arahan. Beberapa minit Daniel pergi, Malik ada cuba untuk gerak Amymas tetapi gagal. Dia kena cepat kerana pelajar lain sudah tunggu lama.

Daniel muncul dengan seorang cleaner lelaki, mereka menghampiri Malik. Malik mengarah lelaki itu untuk simbah air dekat Amymas tetapi lelaki tersebut tidak berani.

"Tapi Tuan Ma.."

"Awak buat je. Diorang tak berani marah"

"Tapi diorang memang berani Tuan.. diorang kan Amymas, Tuan" - Cleaner.

"Kalau Amymas pun kenapa?"

"Diorang akan marah saya nanti, sama macam Lucky Girls. Terlanggar sikit pun diorang marah saya, apatah lagi kena simbah air ni" terang Cleaner itu.

"Kamu berani ingkar arahan saya sebab budak mentah ni? Awak takut dengan diorang kenapa, diorang budak je. Awak tengok diorang. Tidur sampai tak sedar kita kita berbual dekat sini. Awak tu lagi tua, patutnya tak payah takut!"

"Saya minta maaf tuan!"

Cleaner lelaki itu mengangkat baldi yang penuh dengan air terus simbah kepada Amymas dengan perasaan yang bersalah dan takut. Malik melihat itu senyum sinis

Amymas yang tidur itu terus bangun dengan jeritan yang kuat. Mereka membersihkan muka dengan tangan yang penuh dengan air itu, terbatuk-batuk mereka dibuatnya. Amymas lihat depan.. ada Malik, Daniel dan Cleaner? Mesti cleaner ni yang simbah sebab dia yang pegang baldi.

"Hey orang tua! Apasal kurang ajar sangat? Biadab betullah" amboi kau Danisya, patutnya ayat macam tu sesuai untuk kau je.

"Kalau tak puas hati cakap depan-depan lah! Kau saja nak kena maki ke? Dasar orang tua" betul-betul marah Emylia.

"Kau tengok habis basah baju aku, barang barang aku semua! Arghh.. menyusahkan betullah!" - Danisya

"Tak reti gerak cara baik ke?" Emysha bengang gila, gerak cara baik, korang yang tak bangun.

"Kenapa pakcik simbah air dekat kitorang, gila?" Kaisara masih berlembut kerana Kaisara bukan yang jenis senang marah.

Amymas akan biadab apabila ada orang cari pasal macam ni. Kalau Lucky Girl diorang akan maki, hina dan diorang akan balas balik la la tu juga. Kedua dua kumpulan biadab tetapi kalau nak bandingkan Amymas okey lagi lah.

Malik merampas baldi ditangan Cleaner itu, dia tengok masih ada sisa sisa air di dalam baldi itu. Amymas dipandang, terus dia simbah air itu lagi. Apa lagi? Jeritlah si Amymas.. Malik dipandang penuh perasaan benci.

"Saya betul-betul minta maaf!" Cleaner itu berkata dengan rayuan.

"Takpayah nak minta maaf sangat!" - Malik

"Tuan ni tak insaf insaf lagi ke? Dah jatuh, kena gam, macam macam lah tapi nak cari pasal juga ke tak nak insaf?" Danisya bengang nak mampus.

"Sebab tulah saya nak jumpa kamu semua! Kamu tengok semua pelajar dah pergi tinggal kamu je. Pergi dewan utama cepat! Saya bagi masa 5 minit sahaja!" Tengking Malik.

Semua terkejut dengan tengkingan itu. Malik pergi dari situ, diikuti oleh cleaner tersebut kemudiannya Daniel. Daniel sembah senyum tanda padan muka kepada Amymas. Pakcik ni, rungut mereka kasar.

"Tak padan dengan tua.. ada hati nak main tengking orang. Harap harap dapat serangan jantung" kata Danisya tanpa sedar, marah sangat agaknya.

Amymas bangun dan bajunya diperah. Basah gila sampai boleh melintik air dengan banyak. Air yang ada diatas meja di sapu.

Habis sahaja mereka mengemas meja mereka yang basah itu terus mereka, mengambil beg masing-masing.

"Balik ahh!" Kata Danisya yang sengaja melanggar bahu Daniel diikuti oleh ahli Amymas yang lain.

"Nanti! Siapa izinkan awak balik?"







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now