🌺 - Bab 116

152 12 1
                                    

Lucy memberi salam dengan sopan. Mak Tom dan Sufiah menoleh ke arah pintu, belum sempat Mak Tom bersuara terus Lucy melangkah masuk ke dalam rumah tersebut

Lucy mendekati Mak Tom dengan senyuman yang kononnya sopan. Kenal satu sama lain tapi sengaja buat-buat tak kenal dulu.

"Ha.. hang! Hanglah yang paling teruk yang aku pernah jumpa hang tau tak? Hang, Sally dengan Zatty sama ja! Tak reti-reti nak balik kampung jumpa nenek hampa ka? Selalu aku dok nampak mak hampa ja yang balik? Hampa kenapa? Patah kaki?" - Mak Tom

Ha.. tak dan nak buat apa-apa dah kena membebel dengan orang tua ni. Lucky Girls dengan Amymas memang tak berapa suka dengan Mak Tom kerana mulutnya tetapi Sufiah boleh diterima. Cuma Amymas sahaja menganggap Sufiah talam dua muka, mak jahat mestilah anak jahat hanya itu yang bermain di kepala Amymas walaupun kenyataan yang Sufiah memang baik orangnya, nak je cari kesalahan dia.

"Kira okeylah tu. Mama kitorang balik melawat mak dia. Yang Mak Tom nak sibuk hal keluarga kitorang kenapa?" Soal Lucy sambil duduk di sofa empuk itu

"Kalau nak bandingkan hampa dengan Amymas ni. Hampa lah yang paling teruk tak reti-reti nak balik kampung ka? Perangai Amymas ni dah nauzubillah tapi hampa berganda nauzubillah!" Perli Mak Tom mak Tom tak berhenti bersuara.

Sufiah menepuk lengan maknya sedikit supaya menjaga suara itu tetapi Mak Tom hanya jeling anaknya dengan sebelah mata.

"Kak.. sihat?" Sufiah ingin menyalam Lucy, Zatty dan Sally yang berada disitu.

Mereka menyambut salam tersebut. Sempat lagi menjeling Mak Tom yang berada dihadapan itu, Anak bagus, mak tak tahu nak kata apa dah.

"Saya sebenarnya peliklah Mak Tom. Kenapa si Sufiah ni sopan orangnya tapi mak dia? Nauzubillah. Ni Piah mesti ikut bapak Piah kan?" Balas Lucy dan dia memandang Sufiah dengan senyuman.

Sufiah tidak menjawab tetapi hanya senyuman sahaja yang diberikan olehnya.

"Ni pasal pa hampa datang sini?" Soal Mak Tom

"Saya datang nak jumpa dengan Mak Tom lah.. lama betul kita tidak ketemu kan? Rinduu yang amattt"

"Hang nak jumpa aku kenapa? Hang dekat kampung tu tak ada fikir pula nak jumpa aku. Ketagih sangat nak dulu KL ni bila dah kaya, nenek hang sendiri pun hang jarang melawat" perli Mak Tom selamba.

"Mak.." tegur Sufiah

"Apa betul lah apa yang aku cakap kan? Diorang ni kalau tak ada hal mustahak mana pernah nak balik kampung, entah-entah nak pijak kaki masuk kampung jijik. Yang Amymas ni pula nasib baik bab balik kampung bagus, tak cuti pun balik kampung, tu mesti sebab dekat fikir yang tak ada sapa nak jaga mak dekat" kata Mak Tom sambil menunjuk Amymas.

Lucky Girls memandang satu sama lain. Diorang yang nak cari gaduh dengan Mak Tom tapi ni nampak gayanya macam Mak Tom ja yang nak cari gaduh. Sabar Lucky Girls!

"Haa.. alang-alang hampa ada dekat ni baguslah. Aku nak tanya hampa satu benda ni"

Lucky Girls memandang satu sama lain. Amymas hanya menjadi pendengar sahaja dirumah sendiri.

"Apa?" Soal Zatty pelik

"Ni Amymas kononnya orang panggil hampa. Hampa dengar betul-betul apa yang aku sembangkan dekat kawan sekampung hampa ni.."

"Kampung apanya? Saya lahir dekat KL tau. Jangan memandai tukar tempat lahir saya" tegur Sally berlagak.

"Lantak hanglah. Aku tanya hang ni, hang tau tak apa punca bapak depa empat ekoq tu meninggal dunia?"

Soalan ini membuatkan Amymas memandang Mak Tom sekilas dan beralih memandang Lucky Girls dengan wajah yang pelik. Lucky Girls turut memandang mereka saling berganti.

Miss TroubleMakersOnde histórias criam vida. Descubra agora