🌺 - Bab 17

429 32 3
                                    

Amymas sedang berfikir bagaimana mereka nak kenakan Daniel, semasa dia tengah dating itu. Semasa tengah berfikir, Kaisara terpandang air yang ada di atas meja mereka itu, dia terus senyum.

"Bawak air tu" arah Kaisara.

Emysha memandang air yang ditunjuk Kaisara dan diberikan kepada Danisya. Kaisara ni, kata kesian lah apa lah tapi ni macam nak simbah air ni dekat Daniel didepan orang ramai je.

Danisya berjalan ke arah mereka seperti tiada apa apa yang berlaku. Kaisara pula mengikut Danisya dari belakang manakala si kembar hanya menunggu di meja makan.

Sebaik sahaja mereka semakin hampir, Kaisara yang dibelakang itu terus menolak Danisya sehingga Danisya hampir terjatuh. Air yang dipegang Danisya terus tercurah keluar dari gelas besi itu, mereka membuat muka terkejut.

"Omaigod!" Danisya menutup mulutnya tanda terkejut, didalam hati bersorak gembira apabila dapat kenakan Daniel.

Kaisara sempat sengih ke arah Emysha dan Emylia yang memerhatikan mereka dari jauh itu apabila dia memandang Daniel dia buat muka seperti orang terkejut beruk.

Air manis itu dengan sengaja Danisya tumpahkan di atas baju Daniel. Kelihatan Daniel dan wanita tua itu terkejut dengan apa yang telah berlaku. Wanita tua itu memandang ke arah Danisya dan Kaisara, wajah mereka seperti orang tidak bersalah.

"Sorry makcik. Kitorang betul-betul tak sengaja tertumpahkan air dekat kekasih makcik" kata Danisya selamba.

Kekasih? Daniel memandang ke arah wanita itu. Alangkah terkejut mereka apabila mengangkat wajah memandang 2 orang gadis tak matang itu. Kau sengaja nak malukan aku ke? Pelajar kurang ajaran.

Apabila perkataan kekasih disebut, wanita tua itu memandang Daniel pelik. Daniel turut memandangnya. Kekasih? Anak aku dia kata kekasih aku? Dah silap 2 orang gadis muda ni.

"Takpe.. benda kecil je ni" balas wanita tua itu yang bernama Diana Sofea iaitu mama kepada Daniel.

"Dani okey kan?" Soal Diana kepada anaknya yang sudah berubah wajah.

Wah! Awek tanya pakwek, okey ke idok? So sweet lah, perli Danisya di dalam hati. Ah puih nak termuntah aku dengar!

"Okey apanye? Melekit ni! Korang ni kenapa ah? Memang sengaja nak kenakan saya ke apa?" Marah Daniel tegas.

"Excuse me, pakcik! Mulut jaga sikit eh. Saya dah kata yang saya tak sengaja kan. Yang nak cari pasal kenapa?!" Balas Danisya tegas.

"Kalau tak percaya tanya kawan saya, beb aku tak sengaja kan?" Tanya Danisya kepada Kaisara dengan tegas.

Kaisara yang memandang sahaja itu terus mengangguk setuju sambil tersenyum. Betul-betul tidak sengaja, konon nye lah.

"Dani, jangan buat kecoh boleh tak? Restoran ni" tegur Diana kepada anak bujangnya itu.

"Kita datang nak makan, bukan datang nak kena simbah air manis! Korang ni memang sah buta, tak nampak! Jalan bukan main luas lagi. Tak sengaja apa kalau dah tumpahkan air dekat baju saya! Ni memang sengajalah!" Marah Daniel kasar + tegas.

"How dare you call me buta?!" Bulat biji mata Danisya apabila lelaki itu kata dia buta. Mata dia bukan main jelas lain.

"Kalau dah buta tu, pakailah spek. Kalau dah mata empat still buta. Taktahu lah nak kata dekat korang ni" Daniel menyapu bajunya untuk mengeringkan dengan cepat.

Emysha dan Emylia yang memerhati itu terkejut apabila Danisya diperli buta. Tak boleh terima ni mereka kena masuk campur sekali. Bukan mereka sahaja yang dengar bualan diorang tetapi semua orang yang berdekatan di situ tengah memerhatikan mereka.

"Hey.. hey.. Excuse me bro! Siapa kau nak kata kawan aku buta? Kau tu elok sangat ke? Baik sangat ke?" Marah Emylia kepada Daniel.

"Makcik! Siapa dia nak marah kawan saya? Kata dia buta bagai?" Mengadu Emylia kepada wanita tua itu.

"Makcik minta maaf naa.. Daniel minta maaf cepat!" Tegur Diana kepada Daniel yang tengah baran itu.

"No! Dani taknak, korang ni memang nak saya jerus air manis ni dekat korang juga ke? Sengaja nak main simbah-simbah air ke apa korang ni"

"Pakcik nak simbah air dekat kitorang. Simbahlah kitorang tak takutlah! Hal kecil nak diperbesarkan apahal? Tak matang langsung!" Balas Kaisara tegas.

Orang ramai yang tengah memerhati itu dibiarkan sahaja, hanya Diana sahaja yang berasa malu melihat anaknya bergaduh dengan wanita.

"Korang yang tak matang!"

"Pakcik nak balas balik ke? Nak simbah air manis dekat kami pula? Simbahlah! Bagi basah baju kami!"

"Korang jangan cabar saya!"

"Dani.. sabarlah" tegur Diana lembut.

"Memang kitorang cabar pakcik! Buat lah kalau berani, cepatlah buat. Tak sabar saya nak rasa kena simbah dengan air manis meletin macam tu!"

"Baik korang minta maaf balik! Jangan cabar saya macam tu, saya tak teragak agak nak buat betul-betul"

"No way lah nak minta maaf! Tak teragak agak konon. Kalau tak teragak agak, simbah lah cepat bro! Hal kecik nak cari gaduh apahal bro? Harap je seorang pensyarah tapi tak matang langsung! Simbah, ambil air ni simbah cep..!" Belum sempat Danisya habiskan kata- kata, ada air telah membasahi mukanya.

Bukan muka Danisya sahaja kena, Emylia, Emysha, Kaisara juga turut kena! Kau buat betul-betul Daniel! Tak gantleman langsunglah kau ni. Diana terkejut dengan buatan anak lelakinya.

"Arghhhhhhh!" Jerit Danisya, satu restoran boleh dengar suara dia.

"Arghh gilaaa!" Jerit Emylia pula.

"Omg! Melekit lah air ni! Arggh!" Jerit Kaisara sambil menyapu mukanya yang penuh dengan air manis itu.

"Gilaa! Apasal aku kena sekali?!" Marah Emysha kepada Daniel, dia memerhatikan lelaki itu tajam!

"Daniel!" Tegur Diana tegas apabila melihat keempat-empat gadis muda itu basah dengan air manis yang berperisa buah-buah itu.

"Wait.. wait. Kenapa aku ada bau something yang busuk eh? Korang bau tak?" Tanya Emylia kepada kawannya.

"Aku pun ada bau lah, busuk gila! Bau apa ni?" Tanya Kaisara dengan tegas.

"Ni kan bau.. durian!" Jerit Danisya kuat.

"Arghhhh! Durian! I hate Durian! Omaigod! Kau memang sial lah Daniel, aku akan cari
kau sampai lubang cacing!" Maki Emylia tegas sambil menunjuk nunjuk ke arah Daniel.

"Aku tak boleh bau Durian ni lama lama lah. Sumpah aku kata aku nak termuntah!" Emysha terus berlari ke arah tandas.

"Arghh, mama! Durian melekat dekat badan kite mama! Arghh!" Kaisara juga lari pergi ke arah tandas.

"Kau tunggu Daniel! Aku akan cari kau sampai dap.. bwekk! Kau.. tungg.. bwek!" Danisya ingin muntah tetapi ditahan.

"Kau dah simbah aku dengan air yang aku tak su.. argghh busuk!! Kau tunggu Daniel!" Emylia terus lari pergi masuk tandas.

"Kau memang menyakitk.. bwekk!" Belum habis Danisya mengatakan sesuatu, kakinya pantas lari ke arah tandas.

Daniel menahan geram dan marah. Padan muka korang! Korang memang dah memalukan aku depan semua orang. Daniel mengajak mamanya pulang apabila ramai yang memerhatikan mereka.





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now