🌺 - Bab 23

387 30 1
                                    

Amymas pulang ke rumah tetapi Emylia keluar semua kerana dia ingin membeli tali, baldi, dan sebagainya untuk aktiviti mengenakan Daniel esok hari, mereka tidak pergi sekali kerana yang lain ingin berehat.

Emylia parking kereta ditepi jalan, tanpa dia sedar di telah block sebuah kereta. Emylia terus keluar dari kereta dan menguncinya.

Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai itu. Barang keperluan perlu dicari untuk mengenakan Daniel itu. Dia sudah jumpa tali, dia perlu cari yang lain pula.

Sebaik sahaja semua sudah jumpa, dia terus pergi ke kaunter untuk membayar semua itu. Selepas bayar Emylia pergi ke terus kereta.

Baru sahaja tangan ingin membuka pintu kereta, bahunya ditepuk sedikit membuatkan dia terkejut sikit. Kepalanya laju menoleh ke arah seseorang itu. Mukanya berubah apabila melihat lelaki itu.

"Pakcik rupanye! Apa masalah pakcik? Terkejut saya lah!" Marah Emylia ingin membuka pintu kereta tetapi dihalang.

"Ewah kau! Awak dah block kereta saya lepastu awak buat muka tak bersalah eh? Awak sengaja nak sakitkan hati saya ke apa? Awak memang sengaja kan? Awak tahu tak saya dah lambat dah ni!" Bising Daniel kepada Emylia.

Emylia buat muka tak bersalah. Sejak bila aku block kereta dia ni? Tak perasan pun aku. Emylia memerhatikan kereta yang telah dia block itu lalu memandang Daniel kembali.

"Bukan sayalah yang block kereta pakcik" kata Emylia selamba dengan muka yang tak bersalah langsung.

"Bukan awak yang block? Terang menerang lagi kan tersuluh, yang block kereta saya. Lain lah kawan awak yang lain tu bawak kereta ni tapi diorang tak ada pun. Awaklah yang block"

"Saya dah kata yang saya tak block kereta pakcik. Saya nak tanya ni, betul ke peribahasa pakcik tu? Bukan ke ayat dia 'terang merang bukan dimain, lagikan menyuruh' en?" Tanya Emylia selamba, dia tahu ayat dia tu salah tapi sengaja nak cari pasal.

Emylia ingin membuka pintu kereta tetapi di tahan oleh Daniel lagi. Sabar, ikutkan nak je dia tumbuk lelaki tu, kau ingat ni.. duk main sweet-sweet tepi jalan ke?

"Awak memang tak reti nak minta maaf ke apa? Buat salah lepastu buat muka tak bersalah!"

"Macam mana muka bersalah?"

"Ya allah, awak dengan kawan awak memang suka menyakitkan hati ke? Kenapa lah aku ditemukan oleh 4 orang budak gila! Ni.. sebab awak saya dah lambat balik tahu tak!" Marah Daniel tegas.

"Ada saya kisah?" Selamba sahaja Emylia bersuara sambil menjeling.

"Arghh.. kenapa perkataan maaf susah sangat nak keluar dari mulut awak semua ah? Memang mak ayah awak pun tak reti nak minta maaf juga ke?" Daniel dah kaitkan mak bapak pula.

"Pakcik jangan nak libatkan mak ayah saya okey! Jangan sampai saya pula yang libatkan mak ayah pakcik" masih tenang suara Emylia.

"Saya nak awak minta maaf dekat saya sebab awak dah block kereta saya. Disebabkan perangai awak ni, saya dah lambat tahu tak?!"

"Mana lah saya tahu"

"Aduh.. sakitnya hati cakap dengan dia ni!"

"Pakcik ni apa masalah. Saya nak balik lah, sibuk je pakcik ni, dok halang saya kenapa? Buang terbiat?"

"Awak dah block kereta saya. Awak dah buat saya lambat! Awak boleh buat muka tak bersalah langsung, awak tahu tak, tak baik buat macam ni"

"Ouh.. baru tahu" Malas Emylia nak layan.

"Kenapa awak tak cari je parking tempat lain? Yang nak kena block kereta saya kenapa? Merata tempat asyik nampak muka awak dengan kawan awak je!"

"Suka hati saya lah kereta saya!"

"Kalau saya call polis dah lama kereta awak ditarik lepastu kena bayar saman!"

"Kenapa tak call je?" Selamba Emylia.

"Saya dah lambat sebab awak! Ya allah susahnya cakap dengan orang lurus bendul macam ni. Awak nak saya ulang berapa kali? Sebab awak saya lambat!"

"Aku lah pakcik ni.." Emylia pandang ke arah Daniel tajam.

"Lambat-lambat dari tadi! Bila saya nak buka pintu kereta, saya nak balik, bukan main halang lagi! Membebel sana, membebel sini! Sekrang nak komplen lambat pula, aku lempang satgi.. pakcik ni kang!"

"Kalau dah lambat tu buat lah cara lambat, ni ada hati nak halang saya lepastu nak ceramah saya! Bohong saya ke apa yang pakcik dah lambat?" Bengang Emylia dibuatnya.

"Saya bukan pembohong macam awak"

"Dah tahu lambat kan? Tepi lah saya nak balik!" Emylia membuka pintu keretanya.

Sempat dia menjeling ke arah Daniel sebelum kereta itu mula meluncur pergi dari kedai itu. Daniel sakit hati dengan diorang, diorang pun sakit hati dengan Daniel ni!






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now