🌺 - Bab 102

183 16 1
                                    

Amymas mengeliatkan badan masing-masing dibilik masing-masing apabila kedengaran loceng berbunyi kuat. Siapa yang datang pagi-pagi budak ni? Bisik hatu Amymas. Mereka melihat jam loceng yang menunjuk pukul 11 pagi. Bunyi orang tekan loceng pintu dekat luar itu seperti mahu cari gaduh sahaja, sekali dua tekan susahlah, ni nak tekan sampai meletuk loceng tu ke?

Danisya menyelak selimutnya apabila dia sudah tidak tahan mendengar bunyi loceng tersebut. Dia bangun dan terus keluar dari biliknya, pintu utama itu dipandang dahulu sebelum dia menurun tangga mendekati pintu tersebut.

Danisya ingin memandang diruang pelihatan yang berada dipintu tersebut tetapi telah ditutup oleh mereka yang berada diluar itu. Kurang asam betul! Kerana ketukan itu terus Danisya membuka pintu tersebut dengan luar. Terkejut sedikit apabila melihat kedua-dua tubuh milik mereka tu.

"Sufiah? Mak Tom?"

"Hang pekak ka aku tok-tok pintu ni hah? Hang tau dak? Nak patah tangan aku tekan dengan ketuk pintu dengan loceng rumah hampa ni!" Marah Mak Tom yang seperti orang tidak tahu malu.

Meluat Danisya melihat, tiba-tiba Danisya terpandang ditangan mereka kelihatan ada beberapa beg yang dipegang ditangan. Lari ke? Terus Danisya memandang Sufiah dan Mak Tom saling berganti.

"Aku mai sini nak tumpang umah hampa!" Jawab Mak Tom sambil mengipas dirinya dengan gaya yang gedik. Cara percakapan Mak Tom seperti orang yang tak tahu malu dan seperti orang ingin mencari gaduh.

"What?!!!" Jerit Emylia yang berada di penjuru tangga itu, dia mendekati mereka yang berdiri di pintu tersebut. Orang tua itu dan anaknya dipandang tajam!

"Hampa ni pekak ka? Aku kata aku nak tumpang rumah hampa?!" Baru sahaja Mak Tom nak melangkah masuk ke dalam rumah tersebut terus dihalanh oleh Danisya yang kelihatan bengang itu.

"Mak Tom boleh cakap elok-elok tak bila nak datang duduk rumah kitorang ah? Kitorang malas lah nak berperang mulut dengan Mak Tom pagi-pagi buta ni" Danisya berpeluk tubuh

"Pagi buta hang kata? Hang tengok jam hang dah pukul 12 tau tak? Hampa ni buta ka? Tak cukup dengan pekak ja?" Sindir Mak Tom dengan selamba.

Emylia dan Danisya tahan marah

"Mak Tom! Kitorang dah insaf tau. Malas nak bergaduh dengan mak Tom pagi-pagi buta ni. Baik korang beritahu apa yang korang nak dan apa yang korang buat dekat.." Emylia memandang Mak Tom "Dekat KL ni ah?" Sengaja perkataan KL dikuatkan.

Sufiah menghalang Maknya untuk bersuara. Bersuara nak cari gaduh kenapa? Baik tak payah. Sufiah memandang kedua-dua gadis yang dianggap kakak dan dari dulu sampai sekarang ingin rapat dengan Amymas tetapi tahu-tahu jelah yang Amymas ni bukan senang nak rapat dengan diorang.

"Kak Lia, Kak Nisya. Sebenarnya kitorang nak tumpang rumah akak sementara Piah dapat sambung belajar. Piah nak cari kerja dekat sini tapi Piah nak sewa rumah tapi mak tak kasi. Dia suruh duduk dengan akak sebab nak jimat duit" jujur Sufiah kepada Amymas, kenapa Amymas sebab dia nampak Emysha dan Kaisara tengah berbual di belakang mereka.

Sufiah dan Amymas memandang mak Tom yang tidak tahu malu malang menjeling Amymas lagi. Dah lah nak tumpang rumah orang sebab nak jimat duit kau tapi cara nkau minta nak tumpang rumah kitorang ni macam.. faham-faham jelah.

"Ouh? Kalau.." belum habis Danisya bersuara Mak Tom memotong dengan pantas dan mengipas dirinya.

"Hang tok sah dok banyak cakaplah. Mak hang pun kasi aku dengan anak aku duduk umah hang! Hang pula yang melebih!"

Sufiah menyuruh maknya menutup mulut.

"Piah minta maaf kak. Sebelum datang diri Mak ada pergi jumpa mak akak minta nak duduk rumah agak sebab nak jimat duit tapi mak akak suruh minta dekat akak dulu. So.." Sufiah memandang maknya "Boleh kitorang tumpang sementara waktu ni? Sampai Piah dapat sambung belajar je"

"Kenapa kau tak kerja je dekat kampung tu? Tak pun kau tak payah lah kerja. Pergi suruh abang kau tu tanggung kau dengan mak bawang kau ni. Dia anak jantan kan? Kenapa tak habis-habis kau je dengan mak kau ah? Pergi mana abang kau tu?" Balas Emysha dengan sombong dibelakang Danisya dan Emylia. Sejujurnya dia tidak suka akan kehadiran Mak Tom.

Kerana Mak Tom, Sufiah yang mengidolakan mereka itu menjadi mangsa sekali. Kerana Mak Tom, sufiah akan kena marah dan kena hina dengan Amymas juga. Walaupun bagaimana Sufiah buat baik dari dulu, hanya pandangan buruk yang dibalas oleh Amymas.

"Piah.. de..dekat kampung dah tak ada kerja dengan susah nak cari kerja akak. Sebab tulah kitorang datang nak cari kerja dekat KL ni dan mak pula minta tumpang rumah akak" balas Sufiah dengan sopan dan lembut.

"Kau yang nak kerjakan? Habis tu mak kau ikut sekali kenapa? Kalau kau je, bolehlah aku bagi kau tumpang. Takpayah nak berdiri lama-lama dekat luar ni dah tapi bila nampak je muka mak kau..." ayat Danisya sengaja dihentikan.

"Mulut hampa tu jaga sikit eh! Aku mai sini hampa patut bersyukur lah. Ramai orang suka dan berminat bila nampak aku dan jumpa aku tapi hampa sama je. Biadab! Dulu hampa minta maaf, hampa ikhlas ka tak?!" Marah mak Tom yang berdiri tegak itu.

Amymas memandang satu sama lain.

"Arghh! Masuklah!" Kata Emylia dengan menyampah

Mak Tom senyum apabila dijemput masuk walaupun tanpa kerelaan hati mereka, Mak Tom menolak bahu Emylia sedikit menggunakan bahunya. Kau ni orang tua, kalau aku sama-sama dengan kau jadi tua.. dah lama aku tarik rambut kau!

Sufiah berkata terima kasih tetapi apabila Sufiah nak masuk dia dihalang oleh tangan Danisya yang berada, terundur kakinya selangkah. Sufiah berada tidak sedap hati. Dia memandang Danisya.

"Welcome to the hell budak. Kau pesan dekat mak kau, jangan nak sentuh apa-apa dekat rumah aku. Tandas kalau dah pakai, terus basuh!" Pesan Danisya dengan senyuman sinis.

Sufiah hanya mengangguk dengan ketakutan. Danisya sengaja nak menakutkan budak itu walaupun dia tahu Sufiah tidak takut cuma rada seram dan takut sikit kut. Hahaha.

Amymas memandang Mak Tom yang buka tv sesuka hati dan baring diatas sofa meraka yang empuk itu. Kalau patah aku suruh anak jantan kau ganti balik! Amymas berbisik dan mengumpat dihadapan pintu tersebut..

Tiba-tibaa..

"Hoi! Ada makanan tak?! Aku laparlah! Miskinnya dapur hampa. Mak hampa kaya tapi hampa tak dak duit nak beli makanan dapur ka? Miskin betullah hampa ni. Kaya sajaaa!"

"Butoh kau aa.. orang tua.." terlepas dari mulut Danisya, kecik besar kecik besar je dia memandang orang tua yang menganggap rumah mereka seperti rumahnya.

Amymas memandang masing-masing semula.







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now