🌺 - Bab 126

140 15 1
                                    


Apabila sejam semakin hampir, Amymas mengambil keputusan untuk ketuk rumah tersebut dan berhadapan dengan pemilik rumah itu. Rasa tak ada guna kalau hanya mengintai dari luar.

Amymas memandang sekeliling, tiada orang dan kawasan itu agak sunyi. Di dalam kereta Aminah selalu guna itu dipandang, kosong. Kemudian pintu masuk didekati.

Amymas ketuk pintu tersebut dan ada juga mereka memberi salam. Kena sopan pada mulanya.. takkanlah nak main serebu masuk je dalam rumah itu.

Tetapi tiada sesiapa yang membuka pintu tersebut. Amymas ketuk lagi pintu itu dengan keadaan yang bengang, takkanlah tak ada orang.

Kereta ada je.. lagi pun ke mana je diorang pergi kalau hujung minggu? Berduit sangat ke perli Danisya sambil peluk tubuh.

"Kenapa tak buka pintu ni?" Tanya Kaisara perlahan sambil memandang sekeliling kawasan rumah itu.

Emysha mendekati tingkap dan tingkap itu cuba dibuka. Apabila sudah terbuka sedikit dia mengintai dalam rumah itu, seluruh kawasan rumah itu dipandang.

Tapi mata Emysha terpaku disatu kawasan. Ada sesuatu yang bergerak. Dia memerhatikan dengan teliti, benda itu. Apabila sudah teliti, dia sedikit terkejut apabila sesuatu itu bukanlah benda tetapi itu adalah Aminah dan Saleha.

Emysha menjauhkan dirinya dari tingkap tersebut beberapa langkah. Diorang sengaja taknak buka pintu ni ke? Emysha pergi kepada Kaisara, Danisya dan Emylia.

"Beb, diorang ada dekat dalam" beritahu Emysha sambil tangannya diletakkan didalam poket jaket kulitnya.

Emylia, Danisya dan Kaisara lihat Emysha

"Hah?!!"

"Diorang dekat dalam" ulang Emysha, dia menoleh ke arah pintu rumah itu semula "Aku rasa diorang sengaja taknak bukalah"

"Serius lah? Diorang ni memang cari nahas ke macam mana?" Danisya mula nak naik angin apabila Emysha memberitahu benda tu "Aku macam nak lempang diorang je.. kau tahu tak?"

Tetapi soalan Danisya hanya diabaikan oleh mereka semua. Danisya memandang sahabatnya saling berganti. Guys, aku bercakap dengan korang ni bisik hati Danisya.

"Kau dengar tak aku cakap ni? Aku nak lempang diorang tu. Kau tahu tak?" Ulang Danisya dengan harapan sambil memandang mereka.

Tetapi Emysha, Emylia dan Kaisara hanya mengabaikan Danisya malah mata sibuk meliar di kawasan rumah tersebut.

"Aku cakap dengan korang ni.."

Diabaikan..

"Aku nak lempang diorang. Korang dengar tak?" Ulang Danisya lagi, mereka dipandang.

Diabaikan..

Danisya menahan geram. Dia pergi ke arah Emylia yang dekat dengannya, dengan kasar koler baju Emylia ditarik, habis muka Danisya dan Emylia dekat seperti hendak bercium. Emylia terkejut dengan tindakkan Danisya.

"Hey setan.. kau dengar tak aku cakap dengan kau ni, hah? Kau tak pekak kan?" Geram Danisya, baju itu digenggam dengan kuat.

"Kau apahal bodoh? Lepaslah!" Emylia dengan bengang, ingin menolak Danisya tetapi Danisya tidak mahu melepaskannya.

Emylia hanya membiarkan dengan muka yang serius. Kalau aku tolak dikira aku mencederakan kau pula eh,? Nasib baik aku sayang kau bisik hati Emylia.

Emysha dan Kaisara tidak sedar langsung. Danisya dan Emylia tengah berbual begitu. Emysha dan Kaisara melihat ke rumah itu seperti biasa.

"Lepaslah!" Emylia menepis tangan Danisya tetapi Danisya dengan wajah yang kelihatan marah dia taknak lepaskan.

"Kau tak pekak kak? Tapi kena kenapa kau pekak bila aku tengah bercakap dengan kau?" Tegas suara Danisya.

"Aku sibuklah bodoh nak tengok rumah ni. Takkan kau pekak kut yang Aminah dengan Saleha tu sengaja taknak buka pintu bila Sha beritahu tadi? Kau sendiri dengar kan ke.. kau pun pekak juga?" Sindir Emylia selamba.

"Ye ke? Itu tak bermaksud kau boleh palau bila aku tengah bercakap dengan kau!" Baju Emylia masih Danisya tidak lepaskan

"Kau cakap dengan aku ke? Bukan dengan Sha dengan Kai ka? Dengan aku ke?" Soal Emylia selamba.

"Aku cakap dengan koranglah!"

"Dah tau cakap dengan kitorang! Apahal.." Emylia menolak tubuh Danisya sehingga Danisya melepaskan bajunya "Apahal kau nak kena tarik baju aku ke? Tariklah baju diorang sekali"

Danisya terkejut apabila Emylia menolaknya tetapi dia memandang ke arah Emysha dan Kaisara apabila mendengar soalan daripada Emylia.

"Aku kena buat dekat diorang sekali ke?"

"Of course lah! Kalau seribu orang yang palau kau takkan lah kau nak bunuh sorang je, kenalah buat dekat semua. Barulah fair!" Tegur Emylia dengan tegas sambil menjeling Danisya, sempat lagi dia memperbetulkan pakaiannya

"Tunggu.." - Danisya

Danisya mendekati Emysha yang mengintai rumah Aminah ditengkap yang sedikit terbuka. Emysha langsung tidak sedar yang Danisya mendekatinya

Danisya sempat lagi meletakkan jarinya dimulutnya sendiri untuk suruh Emylia diam, Emylia hanya mengangguk sahaja. Kemudian....

Baju Emysha ditarik dari belakang. Emysha agak terkejut, dan kakinya sedikit terundur, apabila Emysha sudah jauh dari tingkap itu, Danisya terus menarik koler baju Emysha, Emysha tidak sempat menegakkan dirinya sendiri terus bajunya ditarik kasar. Siapa?

"Ehh.." Emysha hampir sahaja jatuh

Emysha memandang ke arah Danisya yang berwajah serius itu. Kedua-dua tangannya telah dinaikkan sehingga paras bahu kerana terkejut.

"What are you doing, Danisya?!" Tegas Emysha bertanya, mati-mati ingat orang jahat yang menariknya.

"Patutnya aku tanya kau!"

Emysha tajam memandang Danisya















________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now