🌺 - Bab 62

254 20 7
                                    

Lucky Girls menghampiri Daniel, dengan wajah yang baran. Daniel nampak seperti seorang pelajar sahaja, kerana cara dia bertengkar tak nampak macam dia seorang pensyarah. Daniel akan melawan jika pihak musuh makin melampau.

"Kau..." Lucy berhenti betul betul di depan Daniel "Kau apahal haa nak kena hina nama group kami macam kau hina orang?" Soal Lucy tiba tiba sahaja, biji matanya tajam memandang biji mata Daniel.

Daniel mengeluh berat. Bila masa aku hina orang taktahu lah. Datang sini untuk serang aku je? Pensyarah mana yang benarkan mereka keluar ni? Pelajar yang tak tahu perkataan hormat.

"Kau diam kenapa? Aku tengah cakap dengan tunggul kayu bukan dengan binatang! Ikut sedap mulut kau je nak hina nama group kami kan?! Hey! Mak kau tak ajar ke?!" Suara Lucy sedikit kuat, dia kisah apa kalau dianggap biadab.

"Mulut awak jaga sikit. Suka sangat nak babitkan mak ayah orang kenapa bila marah? Kalau marah tu cubalah berzikir ke solat tenangkan diri ni. Ni tahu nak maki hamun je" tegur Daniel.

Dalam masa yang sama Emysha, Kaisara dan Emylia yang masih duduk ditempat mereka itu sedang menonton. Bagaikan menonton bayang free sahaja. Mereka siap membuat nangis lagi, bagaikan cerita yang mereka menonton itu cerita yang sedih. Buku kosong diambil dan kertas itu menjadi tisu.

"Kalau i beritahu mama i, mama i akan saman you. You dengar tak? Sesuka hati you je nak main perli perli nama orang. Perli lah girlfriend tua you tu!" - Zatty

"Awak boleh balik kelas awak tak? Saya nak mengajar sebabkan awak saya dah hilang waktu mengajar tahu tak? So, please get lost!" Daniel tunjuk pintu keluar "Kalau taktahu get lost tu apa.. saya boleh translate kan.. BERAMBUS sekarang!" Kata Daniel tenang.

"Kau tahu halau je, apa malang sangat nasib aku asyik pandang muka kau yang macam beruk ni! Lagi sekali kau perli nama group aku. Aku akan pastikan penjara panggil kau" - Lucy.

Mereka mengugut Daniel tetapi Daniel tak takut langsung dengan ugutan mereka mereka itu. Tak habis habis dengan saman, tak habis habis dengan polis tapi buat pun tak.

"Nanti kalau dah ada dalam penjara jangan nak menangis pula.. MAK TOLONG SAYERR MAK, SAYER AKAN DI PENJARAKAN, time tu mak you pun dah marahkan you sebab apa? Sebab you hina orang" Sally membuat gaya seperti orang minta tolong.

"Korang pergi balik kelas korang!" Tegas suara Daniel.

Habis sahaja kata kata ada seorang cleaner datang dengan tangannya ada bunga dan teddy bear yang besar. Dia memberi salam dan terus menuju ke arah Daniel, Danisya dan Lucky Girls.

"Dekat sini ada orang nama Kaisara tak?" Soal Cleaner itu.

Apabila nama Kaisara disebut semua memandangnya. Kaisara yang dengar namanya dipanggil itu memandang cleaner tersebut.

"Haluuuu! I'm here, yuhuuuu!" Panggil Kaisara sambil menggoyangkan tangannya.

"Haa.. Cik Kaisara, ada orang bagi bunga dan patung beruang ni dekat Cik Kaisara" - Cleaner

Kaisara pelik siapa pula yang bagi? Bukan dia sahaja yang pelik tetapi Emysha, Emylia dan Danisya juga. Baru sahaja Kaisara nak pergi ambil, Danisya terlebih dahulu merampas bunga dan teddy bear tersebut.

"Saya pergi dulu" Cleaner itu blah apabila Danisya menghalaunya tanpa rasa apa apa pun.

"Waw.. ada peminat nampak!" - Sally memerli.

Kad yang ada dibunga itu diambil, laju tangannya ingin buka kad itu. Kerana tangannya penuh, dia membaling teddy bear itu sampai terkena muka Sally, Sally hanya mengeluh geram.

Kaisara, Emysha dan Emylia pun pergi kepada Danisya untuk melihat. Buang masa betul diorang ni, Daniel macam nak halau sahaja! Emylia laju datang dekat dengan Danisya sebab nak baca juga.

~ Sudah lama saya menunggu jawapan dari awak tapi awak tidak membalas walaupun satu patah perkataan pun. Awak jangan menyakitkan hati saya, sebab saya PSYCHO! Hahahaahah

~ Hihihi. Gurau je.. awak takut tak? Saya tak sengaja nak sakitkan hati awak. Saya bergurau sahaja, awak jangan nangis okey, alaa bucuk bucuk ni.. bucuk masam kita ni baik.. jangan nangis okey

~ Ni saya ada bagi awak bunga dengan teddy bear untuk awak maaf kan silap saya tadi. Awak jangan merajuk okey. Saya saja je nak test awak tapi tak sangka awak menangis pula.

~ Boleh tak awak maafkan saya? Saya tahu awak tengah menangis sekarang ni. Tapi saya minta maaf. Saya cakap saya psycho je tapi tak sangka awak sampai nangis teruk macam tu sekali. Maafkan saya ye.

#secretadmire

Danisya yang baca itu kembang hidungnya apabila membaca kad beribut. Ni bukan psycho tapi gila! Danisya memandang Kaisara, tak nangis pun dia ni? Sah.. sapa yang bagi surat ni gila.

"Surat yang paling bengap yang aku pernah dapat!" Jerit Danisya bengang, Emylia memgambil surat itu dan baca.

"Excuse me. Bukan dekat kau kan? Tu untuk Kaisara okey. Aku sendiri yang dengar" kata Lucy.

"Ouh yeke? Ayat yang paling babi yang pernah aku baca!" Jerit Danisya semula. Semua hanya memandang, Daniel juga memandang dengan pandangan yang pedih.

Tak sempat apa-apa, mereka dengar suara yang ketawa. Lihat Emylia, kelihatan Emylia gelak sampai bergolek dekat lantai tersebut. Anak dara ke ni? Ketawa tidak dapat dihentikan.

"Bodoh sial ayat dia! Hahahahhah!" Terlepas kertas itu dari tangan Emylia, tak dapat dia tahan senak perut, Kaisara terus mengambil kertas tersebut terus baca bersama Emysha.

"Gelak gelak juga! Kau tunggu Faizal!" Danisya mengambil teddy bear yang dibalingnya tadi.

Dia pergi dari situ dengan hati yang baran. Emylia, Kaisara dan Emylia mengejar Danisya dari belakang. Daniel yang nampak itu terkejut.

"Hoi! Siapa bagi awak keluar? Tak reti hormat ke?!" Jerit Daniel apabila mereka semakin jatuh.

"Wey.. Nisya sebut Faizal ke tadi?"

"Aku pun dengar benda yang sama, takkan Faizal kut"

"Jomlah!"

Lucky Girl mengejar Amymas apabila mereka semakin jauh ke hadapan. Daniel yang nemanggil itu diabaikan. Apa yang tertulis dekat kad tu sampai macam tu sekali pekaknya.

"Arhh.. lantak koranglah!" Daniel memandang semua pelajar yang dari tadi memandang mereka.

Daniel menyambung pengajaran mereka.



__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now