🌺 - Bab 132

190 14 1
                                    

Malam pada hari kejadian..

Daniel telah pun selesaikan kes pasal Aminah dan Saleha bersama bapa mereka. Tetapi yang membuat Amymas panas, apabila Daniel sibuk dengan hal mereka. Daniel selesaikan kes tu macam mana pun Amymas dan Lucky Girls tidak tahu.

Daniel mendekati Amymas sebaik sahaja selesai bercakap di telefon. Baru sahaja beberapa langkah dia mendekati mereka, terus mukanya terasa sakit apabila ada sesuatu yang mendarat. Danisya telah baling beg dia dekat muka Daniel, Daniel menyentuh mukanya akibat terasa sakit.

"Kau apasal nak kena kacau hidup aku ha?" Tengking Danisya dengan kuat. "Kau jangan sibuk apa yang kitorang buat boleh tak?"

"Danisya! Kau jaga sikit adab kau!" Marah Faizal

"Kau pun sama lah! Kau pergi ikut celaka ni kacau hidup aku kenapa? Korang tak boleh tengok aku aman kan?" Tengking Danisya dengan kuat sekali, rasanya sampai oversea boleh dengar.

"Beb, sabarlah.. takutlah kau marah-marah macam ni. Kau cakap kau dah berubah kan? Meh duduk sini sayang.." Sally memegang tangan Danisya, tetapi ditepi.

"Butoh kau punya sayang! Berubah kepala jadah kau kalau dah jadi macam ni, berambuslah korang!" Jerit Danisya.

Sally tetap menarik Danisya supaya duduk, Danisya yang rimas itu terus duduk dengan kasar sambil menjeling Daniel, Rayyan dan Faizal dengan tajam.

Amymas melihat mereka diam tanpa berkata apa-apa itu terus menarik begnya di atas meja itu langsung dia bangun dengan kasar, baru je nak gerak, Daniel bersuara.

"Amymas.. duduk. Saya ada benda nak cakap, nak tanya dan nak tegur awak atas tindakan awak dekat rumah Aminah dan Saleha tadi.." beritahu Daniel tanpa memandang ke arah mereka.

"Hey pakcik!" Panggil pakcik kepada Daniel telah kembali "Kalau nak nak cakap, nak tanya nak tegur tu. Yang semua nak kena diam macam tunggul kayu kenapa? Kayu pun bergerak juga sebab kena tolak angin tau.." Danisya melabuhkan punggung dengan kasar. Aduih, sakit tetapi tengah marah.

"Korang kata dekat saya yang korang tak akan berdendam tapi kena korang pergi juga dekat rumah diorang tu? Tu nasib baik lelaki tu pukul anak dia sendiri kalau dia pukul korang macam mana?"

"Kitorang kena pukul ke pakcik yang kena pukul ni? Kenapa pakcik, Lucky Girls, Faizal butoh mak ko hijo dengan Rayyan psycho nak kena sibuk, apahal?" Marah Danisya.

"Hey Nisya. Nama boyfriend aku sebut baik-baik sini. Aku karate kau nanti.." tegur Lucy bengang "Kesian you biy.."

"Kau kena ah Danisya? Kau tak bersyukur langsungkan Encik Daniel datang tolong kau dengan kawan kau dekat rumah diorang tu.. kau tak bersyukur?" Soal Faizal dengan kasar.

"Bersyukur? Lambettt lagi.. buat apa aku nak bersyukur kalau kalau korang sendiri yang kalau hidup aku?" Marah Danisya tegas.

"Nasib baiklah aku panggil Daniel beb, kalau tidak mesti jadi apa-apa dekat korang. Risau kitorang.." beritahu Sally sambil meraba-raba tangan Danisya.

Danisya menarik tangannya kasar dan Sally, Zatty termasuk Lucy yang buat muka tak bersalah itu dipandang tajam.

"Aku suruh korang balik. Korang datang balik eh? Bagus betul korang ni.. lepastu yang nak kena panggil pakcik ni dah kena? Kau panggil lah pakcik kedai runcit ke datang tolong tapi kena pakcik ni?" Tanya Danisya kasar sambil menunjuk Daniel yang mengeluh berat.

"Please Danisya! Kalau ikutkan saya taknak pun ambil kisah pasal awak semua tapi mama saya yang suruh tau.. sebab mama awak minta tolong mama saya beritahu saya suruh saya tolong tengok-tengok kan awak semua lepas diorang tahu yang saya ni pensyarah awak. Kalau ikutkan tak ingin saya dengan awak.." balas Danisl tegas.

"Dah tahu tak ingin tu.. kau beritahulah mama kau dengan mama aku tu yang kau TAKNAK, TAKNAK! Cakap je taknak, selesai masalah.." kata Emylia pula.

"Saya terima sebab saya hormat mama awak tahu.. mama awak tu duduk sorang je.." belum habis Daniel bersuara Danisya potong.

"Nak buat baik pun, buat baik dekat keluarga sendiri jangan nak masuk campur keluarga kitorang! Kau sendiri yang tahukan, kau dengan mama aku sama je bersubahat! Kau dah tahu diorang tu sengaja bunuh bapak aku.. kau masih nak bagi muka? Kalau jumpa dalam keadaan solat, berjubah, bersongkok serban bagai tak apalah kau bagi muka. Tapi ni dalam keadaan mabuk!" Danisya menjeling Daniel.

"Bagi muka? Bukan awak sendiri ke nak bagi diorang duit? Banyak betul duit awak... ops silap, bukan duit awak tapi duit titik peluh mama awak. Duit yang mama awak bagi belanja untuk awak, Boleh awak buat sesuka nak bagi dekat orangkan? Lepastu tak sedar pula tu yang awak marah mama awak.. selfish!" kata Daniel tegas.

"Dahlah.. kes ni pun saya dah selesaikan.. jadi awak semua tak payah kut pergi jumpa diorang dah" beritahu Daniel

Danisya hanya diam, malas nak bersuara dah. Dari tadi asyik dia je yang bercakap.. habislah suara dia. Tetiba semua memandang ke arah Rayyan dan Kaisara.

"Kaisara, awak Okey?" Soal Rayyan

"Aku okey ke tak okey ke, aku nak kau cakap dekat kawan kau jangan sibuk hal kitorang.." beritahu Kaisara dengan tegas.

"Kenapa awak marah macam ni, selalunya awak senyum je Kai.." - Rayyan

"Kau nak aku senyum kan? Aku nak kau marah dulu kawan kau ni.. cakap dengan dia yang aku taknak dia sibuk hal kitorang.."

Daniel dah menggeleng kepala.

"Tapi itu kebaikan awak juga Kai. Kenapa awak nak marah Daniel padahal Daniel, Faizal, Lucky Girls dan selamatkan nyawa awak?" - Rayyan

"Selamatkan nyawa apa? Ada nampak dia ambil kapak nak kerat aku dua puluh ke? Ada nampak dia ambil parang nak bunuh aku ke? Ada nampak dia ambil apa-apa senjata yang membahaya ke? Tak ada kan? Selamatkan nyawa aku kepala stupid kau" marah Danisya kepada Rayyan.

Kaisara malas nak balas.

"Awak dah berjumpa dengan mama awak ke selama 2 bulan ni, ke tak ada jumpa langsung?" Soal Daniel kepada Amymas.

Tetapi Amymas tidak menjawab malam kaki mereka lalu pergi ke arah kereta dengan keadaan yang sangat-sangat marah dan benci dekat semua orang yang nak menangkan mama mereka, bukan taktahu yang mama dah tipu mereka hidup-hidup.

"Daniel.. diorang tak ada jumpa mama diorang pun.. lama dah.." balas Lucy bagi pihak Amymas.

Pantas Daniel memandang Lucy

"Mana awak tahu?"

"Dulu.. diorang ada beritahu yang diorang dah taknak balik kampung dah sebab marah pasal mama diorang menipu tulah.." balas Lucy

"Diorang nak sama kan kitorang tau tak Encik Daniel. Kalau kitorang dah jarang tak balik kampung, diorang tak akan balik kampung langsung.." sambung Lucy

"Melampau betul Amymas ni. Bukan tak tahu yang diorang bukan ada keluarga lain dah.. kenapa nak buat perangai taktahu.. siapa yang nak jaga mama diorang nanti.." bebel Daniel.

Daniel pergi dari situ dalam keadaan yang bengang. Aku ambil berat dekat korang, korang buat taktahu je bisik Daniel

____________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now